CERPEN - 13

693 24 2
                                    

Theme song;Peluang kedua

----------------------

"Heh,kau sedar tak kau tu macam mana? Gemuk,hodoh,tak pandai nak bergaya tapi ada hati nak suka aku. Cermin diri tu dululah,perempuan!" Kepala Nasuha beralih ke kiri dan kanan. Mimpi itu semakin kerap menghantui dirinya sejak dua bulan lalu berbanding tahun-tahun lepas.

Air mata mengalir tanpa disedari bila dia dibayangi kata-kata hinaan dan cerca dari lelaki yang dia sukai, Adam Danial. Sudah 14 tahun benda itu berlalu. Dan, meninggalkan kesan luka yang amat mendalam.

Selama itu juga,dia menderita. Ramai orang anggap dia gila. Bahkan, ibu dan ayahnya sendiri juga sanggup menghantarnya ke hospital psikiatrik untuk rawatan.

"Cukup!" Dia terus bangun dari baringannya. Dadanya berombak,deras. Wajahnya, diraup. Tiba-tiba, lampu tidur terpasang.

"Chua." Bahunya, disentuh. Pantas, dia turun dari katil. Menjauhi orang di sebelahnya.

Kelihatan seorang lelaki yang dia kenali sedang memisat-misat matanya. Mungkin terganggu lenanya akibat dia menjerit tak tentu pasal tadi.

"A-Adam?" Dia bingung. Kenapa orang yang buat dia menderita dahulu, ada di sebelahnya? Dan, tidur sekatil dengannya?

Matanya tak lepas dari melihat Adam Danial. Seolah berjaga-jaga jika lelaki itu berniat mahu mendekatinya.

"Sayang? Kenapa ni?" Soal Adam Danial sambil memberikan pandangan keliru pada sang isteri. Wanita itu sepertinya takut akannya.

"K-kenapa kau panggil aku 'sayang'? Dulu,kau kata aku hodoh bagai." Naik seoktaf nada Nasuha. Adam Danial mengeluh.

Dah boleh diagak kenangan itu datang lagi mengganggu emosi isterinya. Dia menyelak selimutnya seraya turun dari katil. Langkah, dibuka dengan berhati-hati ke arah Nasuha.

Risau juga kalau-kalau wanita itu mahu mencederakan diri lagi. Luka kesan torehan pada dua bulan lepas masih belum sembuh sepenuhnya.

"Jangan dekat." Tegas Nasuha. Tangannya menggigil kerana takut akan dihina dan dimalukan seperti dulu.

"Chua, saya suami awak. Tak ingat ke kita dah kahwin 3 tahun lepas? And, please lower down your voice. Anak kita tengah tidur." Nasuha menggeleng.

Anak?

Dia berundur ke belakang, setapak bila jaraknya dengan Adam Danial dekat. Lelaki itu masih berjalan menuju dirinya.

"K-kau jangan dekat d-dengan aku. Aku benci kau!" Keras suara Nasuha. Berserta juraian air mata mengalir ke pipi.

Dia tiada tempat berlindung.

Adam Danial hela nafas. Serta-merta,dia menghentikan pergerakannya. Dia angkat kedua-dua tangannya tanda mengalah. Lemah apabila buat Nasuha menangis. Dia tak suka melihat wajah sedih isterinya.

"Sayang.." Dia cuba meraih lengan wanita itu. Tapi, ditepis, kasar.

"I said don't call me 'sayang'. I'm not. Go to your Farah!" Tengking Nasuha. Geram dengan perangai tak faham bahasa lelaki itu.

Tak semena-mena, tangisan seorang kanak-kanak bergema di segenap bilik tidurnya. Dia tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Rimas pula.

cerpenWhere stories live. Discover now