"Bella!" Sergah Iman seraya mengambil tempat di sebelah buah hatinya,Bella.
Bella seakan terkena renjatan elektrik akibat daripada terkejut dengan perlakuan tiba-tiba Iman. Laju sahaja tangannya mencubit lengan lelaki itu.
"Buat apa?" Soal Iman,sekadar berbasa-basi. Bella senyum.
"Tak nampak ke saya tengah baca buku ni,sayang?" Sarkastik nada Bella menjawab.
Iman menarik sengih. Tahu tapi saja tanya. Seharian tidak mendengar suara sang pujangga hati,rasa tidak lengkap hidupnya.
"Man,awak ada nampak Ikmal tak?" Soal Bella.
Belumpun sempat Iman menjawab,terasa sesuatu merayap di tengkuk Bella. Pantas,gadis itu menarik 'sesuatu' itu ke hadapan.
Bukk!
Bulat mata Bella memandang figura di hadapan mereka. Rupa-rupanya,'sesuatu' tadi itu,tangan si Ikmal. Terus Bella bangun dan bersimpuh di sisi Ikmal.
"Are you okay? Is it hurt you?" Soal Bella,risau.
"Okay. Aku okay je." Jawab Ikmal. Namun,mulutnya masih berdesis menahan sakit.
"Betul ni--"
"Dahlah,sayang. Mengada betul si Ikmal tu." Terus lengan gadis kesayangannya itu,direntap agar Bella duduk semula di tempatnya.
Bukannya dia tidak merasakan apa-apa,namun memikirkan lelaki itu juga sahabatnya,jadi dia diamkan sahaja kemarahan itu. Cemburunya bukan boleh dikawal.
"Tak baiklah buat dia macam tu. Dia kawan kita,kan?" Bidas Bella.
"Fine! Go on with your worries. I'm done here." Ujar Iman sebelum berlalu pergi dari situ. Bella yang memandang hanya menggeleng.
"Sorry." Ikmal kerut dahi.
"Untuk apalah?" Bella senyum.
"Sebab perangai Iman. Macam budak-budak. Cemburu tak bertempat." Balas Bella. Ikmal ketawa.
"Tanda dia sayang kau. Susah tau nak cari lelaki yang setia ni." Bella turut ketawa mendengar bicara Ikmal.
Dia terhibur.
"Tangan? Dah baik ke?" Ikmal cuma geleng. Bella menarik tangan Ikmal ingin melihat namun,pantas sahaja lelaki itu menghalang.
"Alaa..kenapa? Aku nak tengok je." Ikmal geleng. Memanglah mereka kawan,tapi dia tak sanggup tengok Iman itu cemburu kerananya.
Takut jadi KIFARAH pula pada dirinya.
"Bella,listen. Kita memang kawan but please. Jaga hati Iman. He's your friend,too. Good friend of yours." Tegur Ikmal. Bella senyum. Lelaki itu memang baik.
"Yelah." Setelah itu,mereka pun bergerak menuju haluan masing-masing. Dah nak dekat senja.
---
"Okay,look. Saya minta maaf." Ucap Bella. Dah berkali-kali dia memohon maaf dari lelaki itu. Namun,lelaki itu diam. Tidak langsung memberi respons.
"Yang,kalau awak diam macam ni,saya letaklah." Ugut Bella. Kalini,dia memang tak dapat tahan sabar.
Tak semena-mena,kedengaran tawa dari hujung talian. Bella pun ikut senyum. Ah,bahagianya!
"You know,babe,I just want to play with you. It's bored here. Dengar suara awak dah boleh ada mood." Kata Iman. Bella memejamkan mata. Suara lelaki itu lembut dalam garau. Seksi!
Aww,saiyya cair!
"Amin,saya sayang awak. Tak sangka,dari kawan kita dah bercinta sampai sekarang. You take my heart." Iman hanya ketawa di seberang sana. Suka mendengar pencuri hatinya,berceloteh.