CERPEN - 6

819 31 1
                                    

Year 2003

"Hai!" Tegur Ain.

Entah dari mana datang keberanian dia menegur lelaki beku itu. Sepanjang tiga tahun dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.

"Nak apa?" Soal Syakir. Ain senyum sumbing.

"Mana mak ayah?" Ain menyoal semula.

Syakir mencerlung ke arah Ain.

"Kakak aku je datang. Kau ni,apesal? Kenal pun tidak." Bidas Syakir.

Ain termalu,sendiri. Sedar salah sendiri.

"Saja. Nak tangkap gambar,boleh?" Soal Ain.

Segan juga ingin meminta memandangkan Syakir ni senior dia yang baru datang ambil slip SPM tahun 2002.

"Kau nak tangkap dengan aku ke?" Ain menggeleng.

"Nak gambar je. Bukan nak bergambar bersama." Ain membetulkan pernyataan Syakir.

"Oh. Okay,then. Kau budak redaksi ke?" Ain laju mengangguk.

Syakir tidak syak apa-apa. Namun,dia tidak pernah perasan pun budak perempuan ini dalam kelab tersebut.

"Boleh pose. 1,2,3! Say cheese." Bicara Ain,agak kuat.

Dia menangkap gambar pujaan hatinya. Bunyi 'klik' terhasil. Dan,Ain dapat lebih daripada 12 foto.

"Cantik." Gumam Ain,sendirian.

Bermacam gaya yang Syakir buat. Bolehlah buat jadi peneman di kala rindu mendatang.

"Terima kasih." Ain terus berlalu,pergi.

Sebaik sahaja kelibat gadis itu hilang,ada satu tangan menepuk bahu Syakir. Syakir menoleh.

Adam a.k.a Koden.

"Ha,Den. Kau kenal budak tu? Kau kan ketua Kelab Sidang Redaksi. Mana tahu kenal." Ujar Syakir.

Sejak tadi,Adam sudah melihat. Lepas gadis itu pergi,baru dia mahu pergi ke arah Syakir.

Adam mengecilkan mata. Dia kenal tapi dia memilih untuk mendiamkan saja.

Betul seperti dikatakan adiknya. Kawannya akan datang. Adam senyum,geli hati.

"Oi! Aku tanya ni." Terus mati senyuman Adam.

"Betullah tu. Dia budak redaksi." Adam tipu sunat.

"Tapi,peliklah. Kenapa aku sorang je yang dia ambil gambar?" Syakir curiga.

Tadi,tak fikir pula.

"Entah-entah,dia nak santau aku tak?" Adam menunjal dahi sahabatnya itu.

Kolot betul pemikiran.

"Dahlah. Duduk dengan kau,bukan dapat apa pun. Ada ke fikir macam tu? Kau tu,hensem tak apalah jugak." Bebel Adam.

Syakir merengus.

Adam sengih memandang Syakir. Makin galak dia mahu mengenakan rakannya itu.

"Nanti,kita sembang lagi,okay? Aku nak jumpa adik aku." Pamit Adam.

"Nak ikut?" Soal Syakir.

"Tak payah. Tu,kakak kau dah panggil. Bye!" Adam terus lari.

Syakir memandang tajam Adam yang kian menjauh.

Adam menoleh ke belakang. Dia senyum. Lepas ni,banyak salah dia kena mohon maaf dengan Syakir.

Nanti kau tahulah,Syakir..gemanya dalam hati.

cerpenWhere stories live. Discover now