“Arghh!” Masyitah mengusutkan rambutnya. Gadis itu jadi tidak senang duduk apabila mendapat tahu ke mana Mail sepanjang ketidakhadiran lelaki itu beberapa hari lepas. Gara-gara dia mencuri dengar perbualan kawan sekelas Mail.
Botol-botol minyak wangi di atas meja soleknya, ditolak ke bawah. Akibatnya, bunyi deraian kaca kedengaran sehingga ke luar bilik.
tok. tok.
“Masyitah?” Teguran itu menyentakkan Masyitah. Bengis pandangan Masyitah ke arah pintu biliknya yang tertutup itu.
Marah akan semua orang.
“Kau nak apa?!” Herdik Masyitah. Tahu siapa gerangan di sebalik daun pintu tersebut. Pastinya, Ainaa, teman serumahnya yang sama-sama menyewa rumah teres itu sejak dua tahun lepas.
“Err..aku risau. Dah dua hari kau tak keluar bilik. Lecturer pun asyik tanya pasal kau.” Walaupun gementar dengan sikap Masyitah yang baru pertama kali dia saksikan, dia cuba membalas. Tidak mahu Masyitah salah anggap dirinya sebagai penyibuk atau seangkatan dengannya.
“Ugh! Mind your own bussiness.” Bentak Masyitah. Ainaa ketap bibir. Seraya itu, dia terus berlalu. Kelasnya akan bermula beberapa jam lagi. Lebih baik dia bersiap dulu.
***
“Ehem...”
Mei Mei yang ralit merenung cincin di jari manisnya, terperanjat. Kepalanya dipusingkan ke kiri, melihat siapa yang datang menegurnya secara tiba-tiba.
Rupanya, Mail.
“Err..Ma—sorry, I mean, abang. A-abang dari mana? Awal pagi d-dah hilang.” Ujar Mei Mei, berbasa-basi.
Sejak mereka diijabkabulkan tempoh hari, makin menebal rasa malunya jika berhadapan dengan Mail. Suaminya itu pula cuma berlagak selamba seolah tiada apa yang berlaku.
Mail senyum, tipis.
Dia perlahan melangkah, pergi mendapatkan Mei Mei di birai katil. Ruang kosong di sebelah isterinya, dia penuhkan. Hampir sahaja tawanya terletus saat Mei Mei menjarakkan diri mereka.
“Malu lagi ke, Bǎobèi? ” Merona kemerahan wajah Mei Mei bila Mail memanggilnya sebegitu. Memang sudah berkali, namun, dia masih belum terbiasa.
“A-abang dah makan?”
Mail hela nafas sambil tergeleng. Belakang kepala Mei Mei, diusap. Hanya itu sahaja tempat yang isterinya benarkan dia sentuh.
“Already had, love. You?” Mei Mei menahan sahaja rasa hati yang kian berbunga saat ini. Dia anggukkan kepala.
“Bila kita nak pergi honeymoon?” Terus, Mei Mei angkat wajah. Merenung tepat suaminya.
Melihatkan redup mata Mei Mei, Mail seakan dapat menangkap. Dia mencebir.
“Tak sudi pergi dengan abang ke? Kalau macam tu, sampai bila-bila kita takkan kenal each other. I wanna know who's my wife after those 20 years. Can I?” Mei Mei menggenggam erat buku limanya. Dia tidak tahu hendak membalas apa.
“Bǎobèi? ”
“Sayang..?”
“S-stop it. I know, but I'm not ready. Not long after we met, kita nikah. Bukan saya tak terima abang, but this is new for me. I hope you understand.” Mail terkedu.