CERPEN - 15

693 25 6
                                    

Malam itu,anak,cucu dan cicit Encik Abu Hassan dan Puan Nursiah berkumpul di rumah Puan Rusma. Mengadakan makan malam keluarga. Riuh-rendah suara budak-budak kecil dalam rumah itu.

Anis memandang dari kejauhan. Dia mahu menyertai sekali tapi perutnya dari tadi rasa tidak selesa. Jadi,di sinilah dia berada sekarang ini. Tersandar lemah di sofa ruang tamu.

Tangan dilekapkan di atas perut yang berlapikkan baju. Dia memejamkan mata. Tidur sekejap pun jadilah. Mungkin sakit tu akan hilang.

"Anis.." Kedengaran,suara ibunya,Puan Khairul memanggil. Anis cepat-cepat bangkit. Nyaris tak terlepas erangannya. Pinggang pula dah terasa nak tercabut.

"Mana botol air ibu?"

"N-ni." Dengan penuh kepayahan,dia ambil botol air berwarna merah jambu milik ibunya yang terletak di meja kopi. Diserahkan pada Puan Khairul.

"Thanks. Ni,kenapa duduk sini? Tak join diorang?" Anis menggeleng. Dia duduk semula bila kelibat Puan Khairul dah hilang.

Berpinar-pinar pandangannya. Sakit di perut,menyerang lagi. Nak dipanggil adik-adiknya,mereka sedang bermain di halaman rumah Puan Rusma.

Dia batalkan saja niatnya.

"Adik-eh,Anis! Kenapa duduk sini?" Tegur abang sepupunya,Firdaus. Kebetulan,dia mahu ke dapur dan perlu melalui ruang tamu.

"T-takde..apa." Sebenarnya,Anis gugup. Dia segan dengan abang sepupunya yang seorang ini.

Firdaus pula mengerutkan dahi. Wajah adik sepupunya itu jelas lagi nyata pucat. Dia duduk mencangkung di hadapan Anis. Kaki gadis itu,ditilik.

"A-abang Firdaus b-buat apa ni?" Sedaya-upaya,dia duduk dengan sopan.

"Awak period ke?" Merona kemerahan wajah Anis. Kenapa abang sepupunya ini straightforward sangat?

"T-tak.." Jawabnya. Memang dia awal-awal lagi dah periksa sebelum balik kampung. Kalau ye pun,awal sangat dari tarikh biasa dia datang bulan.

"Firdaus." Puan Rusma memanggil sambil melangkah ke arah Anis dan anak lelakinya. Firdaus bangun.

"Ye,mak? Kenapa?"

"Mak nak minta tolong kejap. Ambilkan pisau kat belakang. Nak potong kek." Puan Rusma memberitahu.

Ah! Betullah. Hari ni pun,hari jadi tokwan mereka. Patutlah semua datang. Baru Anis teringat. Dia mahu bangkit sebelum Firdaus menahan. Terduduk dia semula. Puan Rusma dah tengok mereka,hairan.

Anis menunduk.

"Anis rehat dalam bilik abang dulu. Kalau nak guna bilik lain,dah penuh. Pergilah. Selimut ada bawah bantal." Cadang Firdaus. Adik sepupunya itu dah macam nak pitam je.

"B-bolehke?" Takut-takut,Anis menyoal. Bukan apa,dia sendiri tak selesa. Puan Rusma ketawa,kecil. Makin menunduk kepala gadis itu.

"Boleh,sayang. Mak Long tengok muka Anis dah pucat sangat tu." Puan Rusma memberi kebenaran. Betul apa yang dia cakap.

Wajah anak saudaranya pucat. Tak salah tindakan Firdaus. Hanya menumpangkan bilik tidur untuk seketika gadis itu berehat.

"Firdaus bawaklah dia. Biar mak je pergi ambil pisau. Tertunggu pula diorang." Putus Puan Rusma. Firdaus angguk.

"Jom?" Ajak Firdaus sebaik sahaja susuk tubuh emaknya menghilang di balik pintu dapur.

Anis menurut langkah abang sepupunya dengan pelbagai perasaan bercampur-baur. Sungguh,dia pelik. Firdaus tak pernah menegurnya. Tapi,hari ini ringan pula mulut abang sepupunya itu bersoal jawab dengannya.

cerpenWhere stories live. Discover now