CERPEN - 10.2

585 20 0
                                    

Azib melangkah ke arah Zarif dan Dania yang sudah berada di meja. Payah juga nak sampai ke pasangan itu. Sesak dengan orang. Sebenarnya,dia tak mahu pun datang ke majlis reunion ini. Tapi,dah Zarif pujuk rayu dia juga. Terpaksa dia mencemar duli.

Bukan apa,dia tak mahu terjumpa sesiapa yang tidak berkenaan. Dia datang pun hanya untuk makan lepas itu,balik. Dulu pun,dia jarang bergaul kerana penampilannya yang agak nerd.

Semua orang menjauh kecuali Zarif. Sahabatnya itulah sentiasa ada di sisinya. Mengharungi segalanya.

"Hey,bro!" Sapa Zarif dari jauh,menyentakkan Azib dari lamunan. Azib senyum,nipis seraya angkat tangan sebagai balasan.

"Apa khabar?" Soal Zarif. Azib menghulurkan tangan untuk berjabat. Dah lama mereka tak berjumpa. Berhubung pun menggunakan telefon.

"Aku baik je. Kau?" Zarif tersengih. Dia menarik sahabatnya itu ke meja mereka.

"Alhamdulillah,sihat. Makin handsome kau sekarang." Azib ketawa,kekok. Lehernya,digosok.

"Mana ada. Biasa je." Perlahan,suaranya. Zarif tertawa. Sikap Azib yang dia sentiasa hafal,akan gosok leher bila segan jika dipuji.

"Eh,duduklah!" Azib menurut. Dia ambil tempat di hadapan Zarif dan Dania.

"Dee,ni abang kenalkan. Kawan abang,Azib. Yang abang cerita tu." Dania yang khusyuk bermain dengan anak mereka,ditegur. Wanita itu angkat wajah.

Azib cuma senyum.

Dania terkedu. "A-Azib?" Zarif mengerutkan dahi. Rasa cemburu pula. Tak tahu pula isterinya kenal dengan Azib.

"Ye,saya. Kenapa terkejut sangat? Kita pernah jumpa ke?" Dalam janggal,dia bersuara. Pelik juga dia.

"A-awak kan,'kekasih dua hari' Hani? Betul tak?" Zarif dan Azib,berpandangan. Dania memicingkan mata pada sahabat suaminya itu.

Kalau ikutkan gambar,memang betul. Lelaki di hadapannya inilah yang selalu disebut-sebut oleh Hani tak lama dulu.

Azib mengeluh,berat. Inilah sebab dia tak mahu hadiri apa-apa majlis kalau berkaitan student kolej mereka. Hani Iwana. Bekas kekasihnya yang hanya bertahan selama dua hari.

Dia tidak berasa sedih apabila mereka putus cuma dia kecewa ditinggalkan begitu tanpa sebab yang munasabah. Langsung,gadis itu tidak mahu menjelaskan. Mungkin,kerana penampilan dan gayanya itu.

Dia pasti akan hal itu.

"Maaf,ye? Tapi,saya tak pernah kenal siapa Hani tu. Kawan awak ke?" Azib senyum,kelat. Sebolehnya,kalau dia nak menipu,memang dia mahu. Rahsianya hanya dia dan Zarif saja tahu.

"Oh." Dania hampa. Mungkin benar apa yang dikatakan sahabat Zarif itu. Kerana,yang berada di depan mata agak berbeza dengan yang sebelum ini.

Kaca mata pun sudah tiada. Rambut disisir ala-ala badboy. Dan,juga wajah lelaki itu bersih dari sebarang jerawat.

Tapi,nama mereka sama.

"Awak-"

"-sayang,awak lapar tak?" Zarif memotong percakapan isterinya. Bahu wanita itu,dirangkul.

cerpenWhere stories live. Discover now