CERPEN - 21

326 18 1
                                    

Nisa cuma merenung dari kejauhan lelaki yang dia sukai selama 5 tahun itu. Wajah lelaki itu terpalit rasa gembira di samping kawan-kawannya. Kaki Nisa tidak langsung mahu mengikut kata hati untuk menuju ke arahnya. Biarpun perasaan yang terpendam meronta-ronta, memohon untuk diluahkan.

Sudah selesai perjalanan dia di sini.

Tamat sahaja belajar, bererti pengakhiran kisah dia dan lelaki itu sudah muncul. Suka yang hadir hanya sementara. Bukan selama-lamanya.

Mungkin, dia akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik daripada lelaki itu. Nisa senyum, tanpa ada kemanisan yang terserlah.

"Nisa!" Ros memanggil. Baru dia sedar, ada titisan air mata membasahi pipi. Segera, dia menyeka dengan kasar.

Sebelum, beralih pada Ros.

"Kenapa?"

"Jom. Nak tangkap gambar ramai-ramai. Last dah ni." Ajaknya, penuh rasa teruja. Nisa angguk seraya menurut langkah Ros.

Dia sempat mengerling sekilas pada lelaki itu.

Untuk kali terakhir.

Firash.

***

"Tahniah!" Nisa memeluk tubuh kawannya, Nadhirah. Erat. Seorang lagi antara mereka yang sudah masuk ke fasa berkahwin. Masing-masing mengikut suami belajar di institut yang sama. Ada juga yang sudah habis peringkat Ijazah, terus memohon pekerjaan.

"Thanks. Dah makan ke?"

Nisa angguk.

"Jangan risaulah. Semua makanan aku dah rasa tadi." Tambahnya.

Senyuman Nadhirah makin melebar.

"Eh, lupa! Ada tempat duduk khas untuk budak kelas kita. Aku dah request awal-awal dengan ibu aku. Kau duduk situ tak tadi? Join kawan-kawan kita?" Erk! Nisa sengih, tak bersalah.

"Aku...tak perasan." Balasnya.

Nadhirah tergeleng.

Dia tanpa membuang masa, menarik Nisa ke sudut yang diperkatakan olehnya. Meninggalkan si suami melayan tetamu seorang diri.

"Nad, kotor nanti baju kau." Perlahan suaranya. Dia malu apabila orang ramai di dalam dewan itu sudah memfokuskan pandangan mereka ke arah pengantin.

Tidak tahu mahu menyorok di mana.

"Ha..ni!" Sedia maklum dengan suara Nadhirah yang kuat, Nisa mengeluh.

Apa lagilah ujian?

"Korang, ada Nisa." Tubuh Nisa mengeras apabila namanya disebut. Meja panjang yang tersedia banyak kerusi itu, direnung.

Ada penghuni di setiap tempat duduk.

"Hai..?" Nisa angkat tangan.

Kekok pun ada.

"Ehem, duduklah." Satu suara garau mempelawa yang amat dia kenali. Nisa senyum, tipis. Kepala digelengkan.

"Aku dah nak balik. Nad yang tarik datang sebab aku tak nampak pun korang tadi." Beritahunya. Ros mendongak.

"Awalnya. Majlis sampai malam kut.."

Nisa garu kepala.

"Itulah, Nisa. Tidur sini pun tak apa." Eh, eh? Tak sedar ke dia tu pengantin baru, nak ajak oramg tidur suka-suka hati?

"Aku ada-"

"Duduk." Nisa teguk liur, kesat.

Nadhirah sengih, penuh makna. Dia membawa kawannya itu untuk melabuhkan punggung. Ros dan Alya juga memberi pandangan yang Nisa sudah faham akan maksudnya. Bekas teman-teman sebiliknya itu memang suka mengusik.

Dia merungut dalam hati.

***

Hilang sahaja kelibat Nadhirah, semua menyambung semula perbualan rancak mereka. Tidak menghiraukan suasana tegang antara Nisa dan Firash. Masing-masing bertukar cerita tentang pasangan masing-masing.

Nisa buntu akal.

Dia-

"Sihat?"

Suara itu lagi.

Nisa angguk, sedikit. Jantungnya berdebar-debar. Tidak pasti dengan perasaan sendiri, dia cuma diam.

Merenung meja.

"Dah ada someone? "

"Huh? " Dahi Nisa berkerut.

"Come on, lady. You know what I meant." Makin dalam suara Firash. Buatkan Nisa makin gemuruh. Fikirnya, dia sudah tiada apa-apa perasaan pada lelaki itu.

Namun, segera dinafikan.

"Belum. Aku dalam proses nak buat business. Kecil-kecil je." Jawabnya.

Matanya melingas sekeliling. Masih ada lagi rakan sekelas mereka yang belum hadir. Di meja itu, tidak lagi sepenuh beberapa minit lepas.

"Nisa."

Terkedu.

Dia menoleh ke arah Firash. Lelaki itu dari tadi cuba untuk mengajaknya berbual. Tidak memberi peluang untuk jantung Nisa berehat.

Dan, kali pertama setelah bertahun-tahun mereka terpisah. Dia akui ada sedikit rasa rindu yang tenggelam bersama luka lama.

Dia hela nafas.

"Kenapa?"

"Nothing. Just..I've been wondering all these years back, did you have something you want to tell me? " Nafas Nisa seolah mahu terhenti bila Firash bertanyakan soalan itu.

Pantas, dia berpaling ke arah lain.

"T-tak." Gugup.

Firash sembunyi senyum.

***

[ flashback ]

Keluar sahaja dari dewan Al-jazari itu, Firash memerhati sekeliling. Tiada lagi kelibat yang dicari. Mungkin, masih di dalam-berpelukan sesama mereka.

Biasalah..

Perempuan.

"Firash, sini!" Aiman memanggil dari kejauhan. Di sisinya, semua kawan-kawan mereka satu batch berkumpul. Firash ketap bibir.

Dia mahu menolak tapi serba salah pula.

Jika dia pergi ke sana, peluang untuk berjumpa dengan Nisa amatlah kecil. Dalam masa yang sama, dia perlu menjaga hati kawan-kawannya. Dia hela nafas, berat.

Akhirnya, dia dengan separuh rasa rela, menuju ke arah Aiman dan yang lain.

"1, 2, 3, smile! "

klik!

[ end of flashback ]

***

End.






Just a short imagination.









cerpenWhere stories live. Discover now