CERPEN - 9

618 22 2
                                    

"Pelakon terbaik untuk tahun ini jatuh kepada..." Maryam yang berada di hadapan televisyen menggulingkan mata ke atas. Kuat betul volume adiknya,Maisarah buka.

"Adik." Panggilannya tak diendahkan langsung.

"Rayden Haykal!!" Bergema tepukan dan sorakan dari dalam kaca televisyen. Si Maisarah pun ikut terkinja-kinja. Suka benar dengan lelaki itu.

Pantas,Maryam baling bantal kusyen yang kebetulan berada di sebelahnya. Tepat mengenai belakang kepala adiknya.

"Aduh! Sakitlah,kak." Maisarah gosok kepalanya. Potong stim je!

Maryam menjelirkan lidah.

"Kau pun ikut sekali buat drama. Dik,benda tu dah berapa kali kau ulang? Sudahlah. Bukannya kau dapat dia pun." Kutuk Maryam. Maisarah mencebik. Dia menukar siaran biasa.

"Alaa,orang tengok sebab dia handsome je. Orang tahulah dia tu siapa." Nada adiknya berubah sayu. Maryam ketawa,sakan.

"Bab nak merajuk,laju je. Dahlah. Bagi remote tu. It's my turn." Maisarah cemberutkan wajah. Kakaknya itu memang tiada hati dan perasaan. Langsung tak menyokong.

Dia beri remote itu dengan kasar sebelum berlari naik ke atas. Maryam senyum,nipis.

"Elok-elok naik tangga. Takut-takut jatuh pastu injured. Akak minta maaf raya tahun depan jelah." Laungan dari kakaknya itu buatkan Maisarah menghempas pintu bilik.

Maryam geleng. Adiknya itu nampak sahaja keras di luar tapi benda-benda remeh pun budak tu akan menangis. Hati tisu sungguh.

Berbeza pula dengan dirinya. Sejak arwah ibu mereka,Puan Haida meninggal,dia berubah menjadi pendiam. Hanya meluah apabila perlu. Itupun hal yang tidak penting. Umurnya pun dah masuk 24 tahun.

Abah mereka,Tuan Zainal pula selalu sibuk. Tak kira malam atau siang. Jadi,sejak arwah ibu mereka tiada 10 tahun yang lalu,dialah menggalas tugas untuk menjaga kedua orang adiknya,Maisarah dan Muammar.

Pelajarannya pun tergendala. Hanya sempat ambil SPM dan ayahnya memaksa dia untuk tidak sambung pelajaran. Jadi,di sinilah dia.

Mimpi je kalau nak sambung study.

Haaa...

Ditongkat dagu memandang televisyen. Tak sangka pula tengah tayang iklan yang dutanya ialah Rayden Haykal. Pelakon yang telah tiga tahun berturut-turut menempa nama di setiap pelusuk dunia.

'Mesti senang kan,kehidupan kau.' Dia tersenyum pada lelaki yang berada dalam kaca itu. Namun,tak lama apabila deruman enjin kereta kedengaran memasuki halaman rumah.

Oh shit!

---

"Akak,Rayden dah balik ke?" Soal Maisarah sambil menjenguk-jenguk ke luar tingkap. Maryam mendengus kasar apabila mendengar nama lelaki itu. Entah kenapa,dia jadi tak suka.

Maisarah memerhati. Dia duduk di sebelah kakaknya. Bahu Maryam,disentuh.

"Apesal muka akak masam ni? Ada masalah ke?" Maryam menekup muka apabila ditanya sebegitu. Sungguh,dia tak sangka ini penamat zaman bujangnya.

"Dik." Maryam memeluk adiknya sebelum meluahkan segalanya. Dia menceritakan apa yang terjadi semasa makan malam di luar tadi.

"Abah,ni siapa?" Maryam pelik. Dia ingat hanya dia yang dibawa oleh Tuan Zainal ke restoran lima bintang ini. Tapi,ada seorang lelaki yang dia tak kenal.

Wajah itu seperti pernah dilihat tapi tak ingat di mana. Pelanduk dua serupa mungkin.

"Kamu betul tak kenal ke?" Maryam mengerutkan dahi apabila wajah ayahnya nampak terkejut. Dah kenapa ni? Penting sangat ke lelaki itu?

cerpenWhere stories live. Discover now