CERPEN - 3.1

1.2K 39 0
                                    

"Whatt?!!" Zaim membentak.

Firras di hadapannya, dipandang. Marah menguasai dirinya apabila mengetahui duduk hal yang sebenar.

"Don't you think about yourself?!" Soal Zaim.

Kesal apabila sahabatnya itu mengambil tindakan terburu-buru. Tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain.

"Zaim,aku dah fikir masak-masak." Ujar Firras.

Zaim tercengang.

"Kau tahu tak,satu batch tahu yang dia aje terhegeh-hegeh nak kat kau? Kau pulak reject dia mentah-mentah. And then,kau terima dia. What's wrong with you?" Balas Zaim.

Firras tertunduk.

Zaim,sorry. Aku tak berniat nak rahsiakan. Aku still jaga maruah dia...gumam Firras dalam hati.

"Firras,tell me!" Keras suara Zaim.

"Aku dah bulat hati,time tu."

Zaim mengeluh,berat. Dia meraup wajah.

"Kau pernah fikir tak pasal perasaan dia? Pernah tak,walau sekali kau cuba faham dia? Kau tetapkan janji sebelum ni,tapi apa yang jadi?" Bidas Zaim.

Buatkan Firras terdiam,menekur pandangan ke lantai.

"Zaim,please. Don't ask again." Pinta Firras.

Sungguh,dia tak mahu perkara ini terjadi. Tapi,dia hanya tunaikan permintaan terakhir gadis itu sebelum gadis itu menjarakkan diri antara mereka dengan lebih jauh. Mungkin, tiada lagi perbualan antara mereka.

"Up to you. Tapi,aku kecewa dengan kau." Putus Zaim.

Firras tidak sempat menahan Zaim dari berlalu pergi. Dia sedih. Tapi,kepada siapa dia hendak luahkan?

Keluhan demi keluhan keluar dari bibirnya.

---

"Sorry." Firras panggung kepala.

Dia mengetap bibir lantas menoleh kiri dan kanan. Bimbang kalau-kalau ada orang nampak mereka berdua.

"Aku dah tengok line. Takde orang." Seakan tahu,Anis berbicara.

"Then? Aku tak kisahlah." Nafi lelaki itu.

Anis senyum,sinis.

Sabarlah,hati...gemanya dalam hati.

Terasa? Dah lama. Cuma malas nak bangkitkan. Dia tahu lelaki di hadapannya,tidak akan memandangnya.

"Erm,Firras. Kita break?" Anis menyoal,berani.

Firras kelu. Mengapa dia seakan berat nak melepaskan? Dia menghembus nafas,berat.

"Why? Kau kata tiga bulan. Sekarang,dua bulan pun tak cukup lagi." Balas Firras.

"Sebab aku,kau gaduh dengan Zaim. Kawan kelas kita pun tak cakap dah dengan kau."

Firras merenung Anis,dalam-dalam. Hatinya jatuh kesian.

Kenapa kau masih fikir pasal aku sedangkan kau pun sama?..Firras bersuara dalam hati.

Bukan dia tak tahu,sejak mereka berdua menjalinkan hubungan,ramai kawan kelas mereka seakan menjauhi mereka. Dia juga bukannya buta sampaikan tidak perasan layanan kawan-kawan perempuannya terhadap Anis.

cerpenWhere stories live. Discover now