CERPEN - 2

2K 41 3
                                    

Afiqah merenung sedalam-dalamnya ke arah tasik itu. Hatinya terasa ringan sedikit dari melihat peristiwa yang menyakitkan tadi.

"Oitt!" Alya dari belakang menyapa.

Afiqah senyum ke arah rakannya itu saat dia menoleh. Dia mempelawa Alya duduk di sebelahnya.

"Apesal? Kau ada apa-apa masalah ke?" Soal Alya.

Dia tahu saat melihat raut wajah Afiqah yang seakan keruh itu,namun sengaja dia bertanya. Afiqah lebih suka memendamkan perasaannya.

"Takde apa. Saja."

Alya tersenyum,sinis. Sangkaannya ternyata tidak meleset.

"Takde apa sampai call aku datang sini? Piqah,better you burst it out than keep it alone." Ujar Alya.

Afiqah diam seketika.

"Alya,you know what's hurt in liking someone you don't have a chance with? It's so worse when we just standing there and look at them without nothing happened." Afiqah menahan sebak.

Alya yang memandang turut merasa tempiasnya. Dia memeluk bahu Afiqah sekadar memberi kekuatan sedikit.

"Piqah,kau tahukan apa yang jadi ada hikmah-Nya. Bukan sekarang kita nampak,kita nampak esok. Kau kena reda. Belajar cukupkan hati tu." Nasihat Alya.

Afiqah mengiyakan kata-kata Alya. Ada betulnya juga.

"Alya,aku rasa kalau aku bukan sekelas dengan dia maybe aku takkan suka dia selama macam nih." Afiqah memberi pendapat.

"Then,kau kena lepaskan dia. Bila kita jauhkan diri kita dengan dia,baru kita tahu kita suka dia sebab nafsu atau sebab Allah." Alya memandang Afiqah.

Dia mengambil nafas.

"Kalau kita suka dia kerana nafsu,kita mulalah rasa tak senang duduk,rasa gelisah bila dia dengan perempuan lain macam-macam lagi. Dari sudut kita suka dia kerana Allah,kita tak contact ataupun berjumpa tanpa sebab. Kau kena yakin semua tu. Kalau kau rindu sangat dekat lelaki tu,khabarkanlah kepada Allah. Insya Allah,mungkin lelaki itu akan merasakan yang sama."

Afiqah menghadam dengan sebaiknya.

"Dan,jangan pernah lupa Allah takkan berhenti uji hamba-Nya yang sabar kerana dia tahu hamba-Nya itu mampu menempuhi dugaan-Nya. Bukanlah aku nak kata orang yang tak sabar tak kena uji,tapi lain orang,lain ujian yang dianugerahkan. Ikut tahap kemampuan. Allah takkan uji hamba-Nya dengan keadaan dia tak mampu." Alya tersenyum.

Dalam hatinya,senang melihat rakannya gembira. Jadi,dia sedaya upaya cuba untuk selesaikan masalah yang rakannya hadapi.

"Thanks,Alya. Kau memang kawan yang baik. Aku sayang kau dunia akhirat." Afiqah memeluk rakannya itu.

Alya senyum.

Di sebalik senyuman itu,tiada siapa menyangka yang dia juga banyak masalah dan ujian melanda.

---

Alya segera mendail nombor suaminya. Setelah tiga kali panggilan,barulah kedengaran suaminya dari hujung talian. Salam diberi.

"Walaikumussalam. Kenapa,call?" Dingin suara suaminya.

Alya senyum,sedikit.

"Abang,sihat ke? Bila abang nak balik Malaysia? Kesian kat Mummy abang,asyik tanya je. Risau dia kat abang." Ujar Alya.

Kedengaran suara di corong telefon,merengus kasar. Senyuman Alya,sirna begitu sahaja.

cerpenWhere stories live. Discover now