CERPEN - 7

847 22 2
                                    

Hakim merenung tunak ke arah gadis kesayangannya yang sudah lama tidak dilihat. Gadis itu sudah pulih dan kelihatan sangat gembira.

Senyuman itu.

Hakim menggeleng. Ya! Dia gilakan senyuman itu saban waktu. Dengan kulit wajah gadis itu yang putih kemerah-merahan.

Ingin sahaja dia mendekati gadis itu tapi dia tidaklah kurang waras mahu menyapa dalam keadaan dia yang sekarang ini.

Seluruh badannya berlumuran darah dan ada yang melekat pada baju kemeja putihnya. Bau hamis darah menyengat rongga hidung orang yang lalu-lalang.

Mata Hakim makin lama,makin kuyu. Kepalanya terasa berat dan pandangannya berbalam. Dia memegang kepalanya.

"Janganlah buat hal.." Keluh Hakim,sendirian.

Dia tak mahu dirinya diketahui kerana kedudukannya amat dekat dengan Bee Cafe. Tempat gadis itu bekerja.

Handphonenya yang bergetar,dicapai. Dia menjawab panggilan dari rakan kerjanya.

"Hello,bro!" Suara di hujung talian kedengaran cemas.

"Apesal nih?" Balas Hakim.

"Amri cedera. Dia kena tembak. Kau kat mana,bro?" Hakim senyum,payah mendengar bicara rakannya,Syahmie.

"Aku ada kat lorong Desa. Sesak kat sini. Kejaplagi,aku sampai. Korang kat mana?" Syahmie mengeluh.

Nampak sangat Hakim menipu. Sebabnya,dia pun ada kat tempat tu. Tapi,kelibat Hakim langsung tak nampak.

"Are you serious,man? Ke kau pergi lepaskan rindu kau kat dia?" Hakim diam.

Nampaknya,dia tak perlu menipu Syahmie. Segalanya sudah diketahui.

Dalam melayan perasaan,Hakim ternampak satu adegan di mana cafe di hadapannya dikunjungi oleh sekumpulan lelaki berbadan besar.

"Bro,aku call kau balik." Jaket disarung sebaik sahaja talian dimatikan.

Pekerja di situ kelihatan diugut oleh lelaki-lelaki itu. Hakim terus berlari walau sakit di badan masih terasa.

Pintu cafe ditolak dan dia terjah masuk. Semua yang ada di situ,mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Miss,can I have an order. Please?" Soal Hakim,selamba. Kaki kirinya disilangkan.

Pelayan yang berada berdekatan kaunter,takut-takut menghampiri Hakim. Untung Hakim apabila yang datang itu,gadis kesayangannya.

Dia tidak boleh menahan dari tersenyum. Comel sahaja riak wajah gadis itu. Ketakutan dan dia suka.

Tiba-tiba,seorang lelaki yang berparut panjang di mata menghentak tangannya ke meja dengan kuat. Menarik perhatian semua.

"Kau siapa,bodoh?!! Datang sini buat macam tempat ni bapak kau punya!!" Jerkah lelaki itu.

Hakim mencerlung tajam lelaki itu.

"Habis,kau? Bapak kau punya jugak ke?" Balas Hakim,tenang.

Dia tidak gentar menghadapi musuhnya yang satu itu. Lebih besar daripada ini pun dia pernah selesaikan. Tak menjadi masalah baginya.

Tidak disangka,lelaki itu menarik gadis kesayangan Hakim dan mengacukan pisau di leher gadis itu. Hakim menggenggam penumbuknya.

"Kalau kau tak keluar,aku bunuh perempuan ni." Ugut lelaki itu.

cerpenWhere stories live. Discover now