Theme song;The high and the low
----------------------
Mirza meletakkan kasut di rak sebelum masuk ke dalam rumah. Pintu rumah segera dia kunci. Badannya dah rasa lenguh dan juga matanya mula memberat. Ketika melalui ruang tamu,dia ternampak susuk tubuh sang isteri terbaring di sofa.
"Awaklah...Saya dah kata jangan tunggu. Degil betul." Keluhnya,perlahan. Dia menghampiri isterinya yang nyenyak di alam mimpi.
Tangan mencempung tubuh isterinya untuk dibawa ke dalam bilik. Risau juga dia. Sejak kebelakangan ini,keadaan kesihatan isterinya tak menentu.
Afiqah yang merasakan dirinya diangkat,terbuka matanya. Dia menggosok matanya sambil menguap. Wajah suaminya menyapa pandangan.
Tahulah dia bawa suaminya itu membawanya naik masuk ke dalam bilik. Pukul berapa suaminya itu balik? Dia menunggu dari 10 malam tadi,tapi kelibat suaminya itu tak muncul-muncul.
Bukan apa,hari ini merupakan hari jadi anak sulung mereka,Hana,yang ke-12. Dia dan adiknya,Harraz,juga tercongok menunggu kehadiran ayah mereka.
"Awak." Panggil Afiqah. Mirza menunduk,mencari wajah isterinya. Tak perasan pula wanita itu sudah terjaga.
"Kenapa?" Soal Mirza,senada. Afiqah mengetap bibir.
"Awak tak ingat ke hari ni hari apa?" Balas Afiqah. Suaminya itu hanya mengerutkan dahi.
"Penting sangat ke hari ni sampai awak tanya? Saya penat baru balik dari tempat kerja,awak taknak tanya pula." Itulah jawapan Mirza. Lelaki itu menolak daun pintu bilik.
Afiqah terdiam. Dibiarkan sahaja suaminya itu meletakkan ke atas katil. Cepat-cepat dia membelakangi Mirza. Dia menghamburkan tangisan sambil menekup mulut.
Mirza mula risau. "Afiqah,kenapa ni?" Dia bertanya. Tiba-tiba sahaja,wanita itu menangis.
"A-awak tak ingat ke..hari ni hari apa?" Mirza mengeluh. Terasakah isterinya itu? Dia ingat. Tak pernah lupa.
Sikitpun tidak akan luput dari ingatannya hari di mana dia bertemu Hana untuk pertama kali di muka bumi ini. Hari yang amat bermakna untuk dia dan Afiqah. Menjadikan mereka ibu bapa untuk kali pertama.
"I'm sorry. Saya sibuk hari ni. Banyak masalah nak kena selesaikan." Dia mendakap tubuh isterinya yang masih teresak.
Afiqah menggeleng. "Saya tak kisah. Awak buatlah saya terasa macam mana sekalipun,saya tak kisah. Tapi,anak kita. Saya taknak diorang buruk sangka pada awak." Terang Afiqah.
Memang betul. Dia tak pernah ambil peduli jika Mirza buat dia kecil hati. Hana dan Harraz kini sukar nak luangkan masa dengan ayah mereka. Dia tak mahu hubungan antara anak dan suaminya itu,renggang.
"Sayang,saya minta maaf. Janganlah menangis macam ni. Awak sendiri tahu awak dengan anak-anak kita kepentingan saya." Pujuk Mirza. Afiqah memeluk erat suaminya.
"Saya sayang awak. Sungguh,saya faham kerja awak. Tapi,saya taknak anak-anak kita salah faham." Mirza angguk.
Isterinya itu memang pendamping hidup dan ibu yang baik. Tak pernah merungut soal kerjanya. Dahi Afiqah,dikucup. Dia membalas pelukan si isteri.