Dah dua hari sejak Izz pergi Johor. Nampaknya busy betul dia. Malam je call aku. Tapi ok lah, at least dia call dalam sehari tu. Tanya aku sihat ke tak.
"So, lepas ni Aira nak pergi mana?" Suara Kak Effy tiba-tiba bertanya.
Aku baru sahaja habis photoshoot dekat tempat Kak Effy. Macam biasa lah. Alhamdulillah, dapat sambutan. Tak sangka juga aku. Butik pun makin terkenal sejak butik aku mula dikenalkan di televisyen.
"Aira ingat nak pergi mall kejap. Cari barang sikit" jawabku sambil mengemas segala barang.
"Ouh. Aira, kalau Aira free ke bosan ke duduk rumah sebab Izz tak ada, datang lah rumah Mama dengan Papa tau. Boleh dinner sama - sama ke spend time ke kan? Diorang pun rindu kat Aira " Kata Kak Effy.
Tersenyum aku mendengarnya.
"InshaAllah. Esok Aira datang, okey?" teruja pula nak datang tengok mama. Kalau tak busy, sekarang jugak Aku pergi villa Papa Mama tau.
"Alright! Ni nak pergi mall kan? Take care okey. Jaga diri" Sempat Kak Effy memberi pesanan.
" Ok, Kak Effy. Aira pergi dulu" Aku meminta diri.
_______________
Penat dah pusing - pusing satu mall tak jumpa jugak Victoria Secret Shop. Haih, lenguh kaki aku!
Last round, tak jumpa jugak. Aku balik! Nak rest. Dah lah hari ni jadual full. Pagi sampai tengah hari kat butik. Petang, terus shooting.
Tiba-tiba teringatkan Izz. Rindu dia.
"Ah!" Aku menggosok-gosok bahu sendiri.
Seseorang melanggar bahuku sampai aku terjatuh atas lantai. Haih, apa lah nasib. Aku pandang gerangan orang gila mana yang jalan tak tengok depan belakang kiri kanan.
Lelaki rupanya. Patutlah senang macam angin je aku jatuh. Aku dah lah pendek.
"I'm sorry" dia menolong aku bangun. Terus aku tepis tangan dia.
"Jangan pegang" aku bagi amaran. Aku cuba untuk bangun sendiri.
Muka lelaki tu aku pandang.
"Eh, awak?" Kata lelaki tu.
Kenapa? Dia kenal aku ke?
"Why? Kita kenal each other ke?" Aku tanya meminta kepastian.
"Tak ingat saya?" tanya lelaki itu.
Aku menggeleng. Yelah, dia siapa kan aku nak ingat?
"Saya Shahril. Just call me Aril. Kita pernah terserempak dekat lif hospital dulu" kata lelaki yang bernama Shahril.
Oh, ya? Bila ya? Aku cuba ingat balik.
Tak lama, baru aku ingat! Time tu aku nak lawat Izz kat hospital. Lah, dia ke!
"Ingat tak?" Tanya dia.
Aku mengangguk "Ingat, ingat"
"Well, tak sangka awak sekarang dah famous! Dulu saya tengok biasa-biasa je dengan beg silang tepinya. Sekarang, wow! Dari atas sampai bawah barang branded" Aril nampak terpegun melihatku.
"Tak ada lah, biasa je ni" jawabku merendah diri.
"Yelah, kahwin dengan CEO terkenal kan, kaya dia tu. By the way, mana husband awak?" Tiba-tiba sahaja Aril tanya pasal Izz.
"Oh, dia ada kerja kat Johor" jawabku.
"So, dia tinggalkan awak sorang je? Kalau saya lah kan, tak berani nak tinggalkan wife lawa sorang-sorang. Bahaya" tiba-tiba dia masuk campur. Annoying pun ada tapi tak apa lah. Layan je.
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...