Lepas solat isyak dan makan malam beramai-ramai tadi kami semua masuk ke dalam bilik masing-masing.
Semuanya nak berehat lepas penat menguruskan majlis bersanding aku dengan Izz dekat dewan tadi.Sekarang aku berada di rumah Papa dan Mama. Tokma juga tumpang rumah Papa untuk malam ni. Penat sangat katanya. Esok Kak Dira yang akan hantar Tokma pulang ke Johor. Aku? Aku stay sini lah dengan Izz.
Aku memerhati sekeliling bilik Izz. Besar! Dah macam master room. Serba lengkap. Kemas dan wangi. Bilik dia bau macam minyak wangi yang dia selalu pakai. Teringin juga aku nak tahu minyak wangi dia yang selama ni menarik perhatian aku.
Kaki melangkah ke arah balkoni. Luas wei balkoni dia. Siap ada sofa dengan meja kaca yang bersaiz kecil. Mata meneliti lagi setiap satu yang ada dalam biliknya. Ada juga sudut membaca dalam biliknya. Penuh satu rak tu dengan bahan bacaan dan tersedia satu sofa kecil berhampiran rak itu.
Bunyi pintu bilik air dibuka. Terus mata memandang ke arah homo sapiens itu. Izz keluar dari tandas dengan tak berbaju. Yelah, lelaki mana tidur pakai baju Kan?
"Lama tunggu?" Tanya dia.
"Berjanggut lah juga Aira tunggu" jawabku. Saje je nak bergurau. Walaupun hambar tapi mampu membuat suamiku ketawa perlahan.
Dia berjalan ke arahku. Dan terus jantung aku berdebar. Baru lah aku sedar yang aku akan tidur sekatil dengan suami aku kejap lagi. Sungguh aku nervous bila memikirkan hal itu. Bukan apa, tak pernah aku serapat dan sedekat itu dengan lelaki sebelum ni so nervous lah!
Sekarang Izz betul-betul dekat depan aku. Dan seperti biasa, aku kenalah naikkan sedikit tengkuk aku ni hah kalau nak pandang suami aku.
"Hello wife" katanya.
"Ya, husband. Hello" jawabku. Cuba menyembunyikan perasaan takut aku. Takut weh diri depan lelaki handsome macam ni. Berdebar aku dibuatnya.
"You nervous?" dia tanya. Ah semua benda aku buat, aku rasa, mesti dia tau. Macam mana tah dia boleh tahu. So conclusionnya Aira, kalau nanti kau ada terlintas nak tipu suami kau, kirim salam je lah. Silap-silap Izz jadi bapak singa nanti. Jangan cari pasal.
"A bit, maybe" jawabku jujur. Nak tipu pun tak guna kan?
"Well, let's fight your nervous"kata dia. Terus tubuh kecilku ditarik rapat ke arahnya. Kedua tangannya kini berada di pinggangku.
"Everytime I do this, you know what you need to do then" kata Izz lagi. Aku cuba untuk menangkap maksud di sebalik ayat dia. Oh! Aku ingat.
"Hands on your shoulder?" aku tanya. Sekadar meminta kepastian. Nampak sahaja Izz mengangguk, aku segera meletakkan tangan di atas bahunya.
Izz makin menarik tubuh kecilku rapat dengan tubuh tegapnya itu. Aku sedikit tersentak dan terkejut. Badan kami kini bersentuhan. Aku macam nak gila sekarang ni tahan segala rasa yang ada. Happy, takut, nervous! Dan Izz je yang mampu buat aku rasa macam ni. Kedua tanganku mula mencengkam kedua bahu Izz. Bahu dia tempat aku berpaut sekarang ni. Kalau tak boleh pengsan aku dibuatnya!
Dia tersenyum sinis melihat aku. Mesti puaskan hati dia dapat buat aku nervous macam ni! Kurang asam betul! Nasib baik suami.
"Let's introduce each other. I'm Tengku Izz Adrian. Thirty one years old. CEO of Empire Holdings. And I'm your handsome husband. How about you pretty lady?". Ceh! Perasan heh! Boleh dia selit perkataan handsome tu. Tapi memang handsome pun!
Aku senyum."I'm Aira Qaisarah Abdul Hadi. Twenty four years old. Boss of Qaisarah's Boutique. And I'm your beautiful wife" jawabku. Alah sekali sekala angkat bakul sendiri apa salahnya kan?
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomantizmAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...