Segala pakaian dan bajuku sudahpun siap dikemas. Kemas awal - awal ni senang sikit. Tak payah nak gelabah.
"Wah! Kita nak pergi lusa tau. Bukan esok. Awal betul sayang kemas?" Izz tiba- tiba saja muncul di pintu bilik kami.
"Mestilah! Kemas awal ni senang sikit. Bukan macam abang! Semua nak Aira yang kemaskan. That's why Aira kemas barang Aira hari ni. Esok nanti nak kena lipat kemeja tu lah, masukkan tie lah, stokin lagi" aku membebel seorang diri.
"Honey merungut ke macam mana ni? Kalau tak nak kemaskan takpe, abang tak paksa. Abang boleh la kemas sendiri" jawab Izz. Ha sudah dia merajuk pulak ke.
"Hahaha, no! Aira gurau je. Aira dah anggap tu tanggungjawab Aira. So, abang tak payah lah terasa! Aira gurau je.. ok?" aku menepuk perlahan dagu Izz.
Mataku memerhatikan jambangnya yang sedikit keperang- perangan itu.
Aku menyentuh jambang Izz dengan lembut. Setiap inci jambangnya aku usap.
"Abang tak pernah terfikir ke nak cukur terus? Mesti pelik kan sebab Aira kenal abang pun memang dah terletak rapi jambang abang dekat sini" aku bertanya. Nampak sedikit pelik soalan aku tapi tak mengapa.
"Kenapa? Aira teringin ke nak tengok abang tak ada jambang?" Izz tanya aku balik.
"Tak ada lah teringin. Aira cuma tanya je" terangku. Yelah, tanya saje saje. Takkan tak boleh.
"Ada sebab kenapa abang bela jambang sampai sekarang. Abang tak minat sangat pun ada jambang tapi I think this is the best way" jawab Izz.
Aku mula berkerut kening. "Why?"
"For hide my identity. Abang tak nak semua orang kenal abang. Abang tak kesah kalau diorang kenal abang as Izz Adrian but not Fernando. I'm not ready yet" wajah Izz mula berubah. Dia menundukkan mukanya sedikit.
Wajahnya aku usap lembut. "No. Abang jangan lah macam tu. Fernando Davinci is a good person. Everyone knows it. He try to save his own grandfather" aku memujuk Izz.
"I killed him" kata Izz.
"He might be happy for that. He will always pray for you dekat sana. Dia mesti nak semua orang tau yang abang someone yang baik, kuat, bertanggungjawab" aku bermain dengan tangannya.
"Aira want too. I want you to be proud about that. Be proud of yourself" aku meletakkan tangan Izz di pipiku.
Izz senyum. Tangannya mencubit pipiku.
"Auch! Abang! Sakitlah" aku menggosok-gosok pipi sendiri.
"Geram. Macam nak kiss banyak - banyak". Hah dah mula dah perangai manja tak bertempat dia tu.
"Abang ni asyik nak kiss Aira je. Bagi lah Aira pulak kiss abang!" Aku mencuit hidung mancungnya.
"Malas lah. Nanti Aira main - main lagi dengan abang" dia mencebik.
"Aira malu lah nak kiss abang. Nanti cicak nampak, semut nampak" Aku mencipta alasan.
"Oh, sekarang baru fikir cicak, semut, biawak semua? Yang haritu Aira goda abang tu? Huh? Tak ada pun nak terfikir segala haiwan bagai" Izz mencubit pipiku kedua.
"Abang!" Aku menggosok lagi pipiku.
"Dah call Tiara dengan Dira?" Izz tanya aku.
"Done! Diorang excited sangat! Thank you abang sebab izinkan diorang pegi sekali!" Aku excited sendiri! Mesti best dapat pergi jauh - jauh dengan dua mak nenek tu.
"No hal. Abang just nak ada orang temankan Aira kalau abang busy dekat sana. One more, at least ramai sikit orang yang nak tengok - tengok kan honey. Yelah, honey kan tak suka kalau abang hantar bodyguard untuk jaga honey" kata Izz.
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...