Sekarang aku berdiri betul-betul di depan Empire Holdings. Untuk kali ke 3 aku menjejakkan kaki ke sini. Masih sama. Bangunannya masih gah dan mewah. Sama seperti pertama kali aku ke sini. Jika hari tu aku datang untuk hantar Kak Dira, kali ni bukan. Niatku kali ni untuk berjumpa dengan CEO Empire Holdings.
Tiba-tiba terasa jantungku berdegup dengan kuat. Nervous agaknya. Mungkin aku takkan jumpa Izz yang sama macam aku jumpa dia dekat luar office. Playful and caring. But now, maybe aku akan jumpa dengan Tengku Izz Adrian Tengku Iskandar yang strict and professional.
Apa apa pun, aku tetap kena jumpa dia! Pandai-pandai dia aje masuk minang aku ye? Bila masa aku bagi green light? Tiba-tiba cakap aku setuju. Eh eh lebih mamat ni.
Tanpa melengahkan masa, aku pergi ke hadapan kaunter.
"Cik Aira?" tanya perempuan dekat kaunter tu.
Aku sedikit terkejut. Dia kenal aku ke?
"You know me? Have we meet before?" Tanyaku.
"We all know who you are" jawabnya.
"How?"
Perempuan itu diam seketika.
"Oh, ya. Cik Aira kenapa datang sini?" nampaknya dia tukar topik. It's ok, yang tu tak penting. Apa yang penting sekarang ni aku nak jumpa Izz!
"Saya nak jumpa your boss. So bilik dia dekat level berapa ya?"
"Hm tapi kan --"
"Cakap aje office boss kat mana" aku terus mencelah. Aku malas nak dengar ayat yang ada perkataan 'bos suruh'.
"Hmm.. Level 21" jawabnya.
"Thank you" jawabku sepatah. Terus kaki laju melangkah ke arah lif. Masuk aje dalam lif, butang 20 ditekan. Makin tinggi lif naik, makin bertambah laju degupan jantung aku.
Tak sampai 3 minit, pintu lif terbuka. Aku keluar dari lif. Sunyi. Semua tengah buat kerja masing-masing.
Aku mula berjalan. Belok kiri lah, kanan lah. Manalah aku tau bilik Izz. Nak tanya orang, takut mengganggu pula nanti.
Mataku terpandang sebuah bilik. Pintu kacanya tertulis 'Secretary, Miss Shelin' Dia mesti tahu punya bilik Izz! Kalau tanya kejap, tak apa kan?
Aku mengetuk pintu.
"Masuk" suara Miss Shelin kedengaran di sebalik pintu masuk.
Kaki melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia mendongakkan kepala memandangku.
"Who are you? What do you want?" Tanya dia pelik.
"Saya datang nak jumpa boss. Bilik boss dekat mana ya?" dengan sopannya aku bertanya.
"You nak jumpa Izz? Nak buat apa?" Tanya dia balik. Eh eh! Jawab je lah kat mana. Bukan susah pun.
"Ada private thing nak discuss dengan dia" jawabku.
"No. You boleh balik. Lagipun boss tak suka orang ganggu dia time dia tengah fokus kerja. I bukan nak saje-saje halang you jumpa dia. Tapi sekarang kami yang dalam company ni pun tak boleh jumpa dia. Kalau ada urusan dengan dia, kami jumpa Arman, PA dia."
Sampai macam tu sekali? Nak masuk bilik dia pun tak boleh ke? Ni selfish tahap apa ye.
"Tapi ada hal penting ni" aku takkan berputus asa! Nak jugak jumpa Izz!
"Pasal kerja?"
"Tak"
"Then, no! Who the hell you think you are?" jawab dia lagi. Amboi bahasa! Nak aje aku jawab I'm her future wife! Baru lah time tu kau nak tersedak air liur agaknya kan!
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...