Bab 32

176 5 0
                                    

Aku membuka mata dengan perlahan-lahan dan memerhati sekeliling. Semestinya di bilik tidur lah kan. Aku pandang sebelah.

Kosong.

Mana Izz? Terus aku rasa down. Setiap kali aku bangun tidur mesti dia tak ada sebelah aku. Selalu bangun lagi awal dari aku.

Mata memerhati ke hadapan katil di mana terdapat cermin besar itu. Seorang lelaki sedang memakai kemeja putih.

Yes! That's my husband!

"Abang?" aku memanggilnya.

"Morning, honey" jawabnya.

Aku memerhati Izz dari atas ke bawah. Dia pakai siap-siap, handsome-handsome macam ni nak pergi mana pula??

"Well, how I look honey? Am I good?" Dia tanya aku.

"Abang nak pergi mana pakai macam ni?" tanyaku pelik.

Dia hanya senyum sambil membutang kemeja putihnya itu.

"Can you pick one of my tie?". Ha? Dia bagi arahan ke tu?

"Aira? Pilihkan tie untuk abang?" tanyaku mendapatkan kepastian.

"Yes. Nampak macam ada orang lain ke dalam bilik ni? Takkan abang nak cakap dengan dinding pulak kan" jawab Izz. Mula lah dia pagi-pagi dah nak loya buruk dengan aku.

Aku segera bangun dari katil dan pergi ke tempat aksesori Izz. Laci dibuka. Banyak betul tie! Macam-macam warna ada. I love blueblack but....

"I pick this one" kataku lalu membawa tie itu ke arah Izz.

"Black?" tanya dia.

"Yes. Nothing look more good with white except black. Perfect combo!" Aku menghulurkan tie itu kepada Izz.

Izz hanya merenung aku. Mata birunya tepat memandang mata honeyku.

"Why?" Aku tanya. Kenapa? Dia tak suka ke tie hitam?

Akhirnya, tie itu disambut Izz. Dia melilitkan tie itu di lehernya dan biarkan tie itu tergantung.

"Make it" Kata Izz. Mataku terus terbeliak. Dia nak suruh aku pakaikan tie?! Dah lama tak buat kerja ni.

"Aira tak pandai sangat lah nak pakaikan tie, Aira lupa. Last pun Aira buat when Aira pakaikan Syafit time graduation dia" jawabku. Aku terus menekup mulutku dengan kedua tangan. Oh no, Aira!

Sekali lagi mata biru Izz merenung aku. Dengan lebih tajam.

"I don't care. Just do it" kata Izz.

Apa boleh buat? Pakaikan je lah. Tercekik ke apa bukan salah aku, aku dah cakap aku lupa nak pakaikan tie bagai ni hm.

Aku mula memakaikan Izz tie hitamnya itu seperti yang dipinta. Ok nasib baik aku ingat sikit-sikit, kalau tak maunya jadi tie hitam ikat tepi?

"So, how does it feel?" Izz tiba-tiba sahaja tanya aku.

"Feel what?" tanyaku.

"Pakaikan tie for your fiance?" Soalan Izz buatkan aku rasa serba salah. Aku bukan sengaja nak ingat si Syafit tu. Aku just nak cakap something fact yang aku dah lupa macam mana nak pakaikan lelaki tie.

"Nothing. Macam biasa je lah, pakaikan je macam biasa" jawabku.

"Are you sure?" Tanya dia lagi. Aku hanya mengangguk.

"Did he just stand and look at you while you wear him his tie? Did he was the first man honey pakaikan tie?". Izz tanya lagi. Aku macam kena soal siasat dengan polis! Berdebar aku dibuatnya.

My Hero Mr CEOWhere stories live. Discover now