"Hoi cepatlah, dah lambat dah ni!" jerit Tiara. "Yeye dah siap! "kataku sambil masuk ke dalam kereta.
Hari ini aku akan bertolak ke Johor dengan Kak Dira dan Tiara. Syafit akan bertolak pada esok hari memandangkan dia busy dengan kerja dia.
Lebih kurang dua tiga hari lagi aku akan bertunang dengan Syafit. Aku nervous! Dah nak jadi tunang orang! Belom lagi nak jadi bini orang, boleh tercabut jantung agaknya.
"Eh Aira, kau tak jemput Kak Effy ke?" Tanya Kak Dira. "Dah, tapi tu lah diorg ada kenduri dekat rumah nenda diorg" jawabku sambil memandu kereta.Teringat pula Izz pernah menjemputku untuk ke sana.
"Rumah nenda diorang kat mana heh?" Tanya Tiara yang berada di tempat duduk belakang. "Entah, manalah aku tau. Tak pernah tanya pula"
"Mesti best kalau diorg ada skali kan? Kak Effy dengan family kan peramah orangnya. Mesti riuh nanti kita borak-borak lah, gosip lah," kata Kak Dira pula yang duduk di sebelah aku.
"Bestnya kalau ada Izz. Kau tengah syok bertunang, aku cuci mata usha Izz. Wah, memang aku nak bertunang skali lah time tu dengan Izz. " Dah mula dah Tiara punya berangan.
"Kalau ada Izz, mesti ada Arman. Bestnya kalau diorg ada" kata Kak Dira pula. Aku dengan Tiara pelik. Lelaki sesat mana pulak ni akak aku mention? Boyfriend dia ke? Hamboi kenapa aku tak pernah tahu?
"Siapa Arman, Kak Dira?" Tanya Tiara. "PA Izz. Dia banyak tolong Kak Dira buat kerja kat office tu" jawab Kak Dira dengan senyuman dibibirnya. Bukan main."Wah bukan main skrg eh kak Dira. Yelah semua dah ada partner. Tiara ni kentang je. Siapa yang nak?! " Tiara mula mengenang nasibnya. Aku ketawa kecil.
"Kau tu ramai je nak weh, kau yang jual mahal sangat! Bukan taste kau la ape la. Memanglah single kalau macam tu!" Kata Kak Dira kepada Tiara. "Haah. Betullah tu! Dah dua orang masuk minang, tapi kau tolak"
Aku menyokong Kak Dira."Hehe. Hm yelah tengok lah siapa yang masuk minang aku tuh. First, man sewel tuh, budak kampung kita tu. Budak-budak motor, tak sukalah aku. Lepastu Aroy pulak. Dah lah banyak kali dia putus tunang sebab dia yang curang. Eh memang tak lah nak terima. Aku paling pantang lelaki curang ni" bebel Tiara. Aku dengan Kak Dira tergelak.
"Yelah, Tiara. Kau kan cantik, mana tau dapat lelaki kaya kan" kak Dira menyambung perbualan. "Aku rasa jodoh aku memang lelaki kaya. Ceo ke, doktor ke, takpun Polis! Haaa polis! Hm bestnya! " Untuk kali ke seribu dia mula berangan. Macam biasalah. Tiara dan berangan berpisah tiada.
"Weh aku lapa lah" Tiara ni kalau mulut tak diam, tak sah. Ade je benda nak cakap.
"Hah, nanti kat rnr kita stop lah kejap ok. Kita bertiga pon tak sarapan dari pagi tadi." kata Kak Dira. Aku dan Tiara hanya mengangguk setuju.
Aku melihat jam kereta. Pukul 8:00 pagi. Sempat ni sampai rumah Tokma before zuhur.
____________________Selepas sarapan di rnr tadi, kami teruskan perjalanan kami ke Johor tanpa henti. Letih betul kaki aku dari tadi drive. Kejap tekan enjin, kejap tekan break. Haih.
Ni kalau sampai rumah Tokma ni, mmg confirm aku pengsan terus, silap-silap maghrib baru bangun. Hehe.
Setelah 5 jam lebih perjalanan, akhirnya sampai juga kami di rumah Tokma. Aku tengok kak Dira dan Tiara. Hamboi sedap diorang tidur. Aku penat drive dyeorg buat apa je?
"Bangon! Bangon! Bangon! Hamboiii nyenyak betul tidur heh! " Aku jerit puas-puas nak make sure diorang bangun. Halah dalam kereta kan. Mana ada orang luar dengar.
Kak Dira yang duduk sebelah aku terbangun dari tidur. Tiara pula sedap menggeliat di belakang.
"Bangun lah cepat! Dah sampai dah ni! Buka mata luas-luas! Hah dah sampai depan rumah tokma ni. Siapa last tutup enjin kereta. Aira masuk rumah tokma dulu, ok" Aku dah tak tahan sangat penat ni. Dah lama tak drive jauh-jauh ni makin letih pula dibuatnya.
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...