Bab 41

338 5 0
                                    

Wajahnya aku sentuh dengan lembut. Mata Izz masih lagi terpejam lena. Rasa tak sampai hati pula nak kejut.

Aku mengusap jambangnya. Hm, dia tak pernah terfikir ke nak cukur jambang?

Tapi, apa salahnya kalau nak bela pon kan. Dia nampak lebih handsome dan maskulin dengan jambang itu. Lagipun bela jambang kan sunnah.

Tiba - tiba mata Izz terbuka sedikit. Terkaku aku untuk seketika.

"Morning, honey" suaranya garau dan sedikit serak. Suara bangun tidur.

Aku membalas dengan senyuman. Pelukan tangannya di pinggangku semakin dieratkan. Dia kembali memejamkan matanya.

"Abang, wake up! Jom lah mandi lepastu solat subuh jemaah" aku menepuk perlahan tangannya yang sedang memelukku.

"Just a minute" jawab Izz.

Aku muncungkan bibir. Yelah tu, a minute dia. Kejap lagi berdengkur lah tu.

Izz membuka matanya. Wajahku ditenung.

"How can this woman still looking so fine. Are you really mine, Aira? I can't believe it" kata Izz. Tangannya mula menyentuh lembut pipiku.

Dan tiba - tiba aku rasa macam ada rama - rama terbang di dalam perut. Aku mula tersenyum sendiri.

Muka ditutup dengan selimut. Malu aku dibuatnya.

Izz ketawa sinis melihat reaksiku itu. Siapa je tak malu kalau suami sendiri puji? Haih berbunga hati.

Dengan sekelip mata, Izz menindihku.
Maka, makin bertambahlah rama - rama di perut. Jantung pula mula berdegup laju.

Wajahku ditenungnya lagi. Matanya memerhati setiap inci mukaku.

"Yes, you are mine. All mine" kata Izz lagi.

Aku meneguk air liur sendiri. Aku just harap yang Izz tak -

Izz mula bergerak bangun dari katil dan mencapai bathrobe di dalam almarinya.

Aku hanya memerhati gerak geri Izz yang sedang menyarung bathrobe itu. Pakai bathrobe je pun handsome. Bila je dia tak handsome. Kan?

"By the way, sayang. Don't forget to give me my morning kiss later" kata Izz sebelum terus masuk ke dalam bathroom.

Setelah itu, terus aku hembuskan nafas lega. Tak sangka aku masih nervous dengan Izz walaupun kami sudahpun bersama. Aura Izz ni memang lain macam betul!

____________

Sampai sahaja aku didapur, aku nampak Izz sedang menyediakan sarapan. Wow, ni kali kedua aku nampak dia masak. First time dekat Spain haritu dekat rumah abuela.

Terus aku berlari mendapatkan Izz. Aku memeluknya dari belakang.

"Abang!! Masak apa tu?" Aku tanya dia.

"Honey?!" Dia nampak terkejut pandang aku. Matanya memandangku dari atas sampai ke bawah.

Aku menilik diri sendiri. Oh, ya. Aku memakai kemejanya lagi. Tapi kali ni yang lain pula. Warna putih krim rasanya.

Aku pandang Izz semula.

" Ho- " belum sempat Izz cakap, aku mencium bibirnya. Tak lama pun, sekejap je.

"Here your morning kiss" kataku dengan nada teruja. Lagipun, Izz yang nak kan tadi?

Izz nampak terkaku seketika tapi kemudian dia memelukku erat dan cuba menukar posisi kami. Gayanya seperti bukan sebarang peluk, macam tengah sembunyikan aku dari sesuatu.

My Hero Mr CEOWhere stories live. Discover now