Cahaya mentari pagi tepat suluh ke arah mataku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan terus memerhati sekeliling.
Ya, bilik Izz. Aku hampir terlupa yang aku dah kahwin. Mengingatkan apa yang berlaku malam tadi terus membuatkan aku tersenyum seorang diri. Satu perkataan sahaja yang mampu aku ungkapkan. Bahagia.
Ya, aku bahagia.
Kepala terusku toleh ke sebelah mencari suami aku. Tapi kosong. Aku pelik. Mana dia pergi pagi-pagi buta ni? Dia tinggalkan aku ke? Dia lari?
Tiba-tiba rasa resah. Terus aku turun dari katil dan pergi ke bilik air. Mencari suamiku itu. Tapi hampa. Bilik air juga kosong. Tak nampak kelibat suami aku."Abang? Abang? Oh Abang?"
Tiada sahutan.
Makin pelik aku dibuatnya. Takkan pergi kerja kot? Hari first kahwin mana ada orang pergi kerja pagi-pagi buta macam ni?
Aku tengok jam di dinding. Pukul 8:30 pagi. Terus mataku meluas! Aku terlajak tidur ke? Aduh! Breakfast pun belum buat! Eish kau ni Aira baru hari first dah buat hal!
Tangan terus mencapai tudung bawal hitam di almari dan sarung di kepala. Aku melangkah keluar dari bilik Izz. Sunyi. Macam tak ada orang.
Kakiku terus melangkah ke dapur. Dengar macam seseorang tengah masak. Aku melihat gerangan tersebut. Mama rupanya.
"Mama?" Aku memanggil.
"Eh, Aira! Anak mama. Good morning dear. Feeling good?"
Aku tersenyum. Ya, aku anak dia. Dari anak angkat sehinggalah jadi menantu dia. Tak sangka betul benda ni jadi!
"Good morning mama. Sorry kalau Aira terbangun lambat pagi ni"
"It's ok, mama faham. Jadi pengantin memang penat sikit". Fiuh! Lega aku dengar.
"Mama need help?" Tanyaku. Best juga kalau dapat tolong mama.
"Eh, tak apa lah. Aira pergi lah rest dulu, nak mandi pun boleh. Biar mama buat breakfast sorang. Lagipun dah nak siap ni" jawab Mama. Tapi masalahnya aku dah terlebih2 rest dah ni! Disebabkan aku seorang menantu solehah, aku memilih untuk dengar cakap mertuaku itu.
"Mama, mana abang Izz?" Mama mesti tau punya mana Izz pergi!
"Oh, Izz selalunya pagi-pagi time cuti macam ni dia dah keluar rumah dah" jawab Mama. Aku pelik.
"Pergi mana?"
"Jogging katanya"
Aku hanya mengangguk faham. Rajin betul suami aku ni. Cuti kahwin pun menyempat jogging pagi-pagi ye. Tak ajak pula tu!
"Assalamualaikum, mama! I'm home" kedengaran satu suara memberi salam dari ruang tamu. Dan aku kenal sangat suara tu!
"Ha tu! Panjang umur. Aira pergi lah ambilkan Izz air mineral dalam peti sejuk lepastu bagi dekat Izz kat ruang tamu. Dia baru balik jogging tu" kata mama.
Aku mengangguk setuju dan terus mengambil air mineral dalam peti ais. Kemudian kaki melangkah ke ruang tamu. Sampai sahaja di situ, aku terus nampak susuk tubuh suamiku yang ber t-shirt hitam sedang duduk di atas sofa membelakangkan aku. Balik-balik je baca surat khabar. Dia ni tak tau penat ke?
Aku duduk di sebelah Izz dan menghulurkan air mineral itu kepadanya. Dia seakan-akan terkejut melihat aku. Mesti dia anggap aku ni tengah terbongkang lagi atas katil kot.
Surat khabar yang tadi ditangannya kini diletakkan ke atas meja. Terus Izz mencapai tangan kananku dan dikucupnya lembut.
"Good morning, wife" sedikit tersentak dan terharu dengan tindakan tak terduga suamiku itu.
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...