Aku tersedar dari lena. Aku melihat sekeliling. Tiara sedang tidur di sebelah aku.
Tangan lantas mencapai iPhone aku di atas rak sebelah katil. Pukul 6:00 pagi.
Aku kejut Tiara di sebelah."Tiara, bangun tiara. Dah subuh dah ni. Jom solat" aku menepuk bahunya lembut. Tiara terjaga dari tidur.
"Eh Aira, kau dah bangun." Kata Tiara sambil menggosok-gosok matanya."Yelah, jom lah solat"
"Hm lena tidur?" Tanya Tiara secara tiba-tiba. Aku mengangguk perlahan "Lena je macam biasa. Kenapa?" Tanyaku balik. Macam pelik je soalan.
"Haih, mana tak lenanya. Prince Charming dukung malam tadi letak helok atas katil. Kalau aku, belum tentu zuhur aku sedar lagi haha" jawab Tiara.
Aku pelik. Prince Charming? Siapa pula yang dukung aku ni? Aku ingat balik apa berlaku malam tadi.
Aku teman Izz di pintu rumah tokma. Oh god! Jangan cakap aku tertidur dekat situ! Kau serius lah Aira?!
"Izz dukung aku?!" Aku tanya Tiara. "Hah mestilah dia yang dukung kau. Nak harapkan aku dengan Kak Dira? Hah memang tak lah! Kau dah lah berat! Tokma? Hah memang tak lah Tokma yang dukung kau haha" jawab Tiara.
Aku pegang seluruh tubuhku. Damn! How can a guy dukung me! Arhh tak boleh bayang! Kenapa kau boleh tertidur Aira?
"Alah tenang je. Time dia dukung kau, kiteorang semua ada. Dia tak buat apa-apa pun. Dia just nak tolong kau. Dia kesian tengok kau mengantuk, kaki pun luka. Dia tak nak buat kau terbangun. " Kata Tiara lagi.
Aku mula menenangkan diri sendiri. Haih, tak apa lah Aira. Betul, dia hanya nak tolong kau. Aku kenal Izz. Dia takkan ambil kesempatan. Dia bukan jenis yang macam tu.
Aku terus masuk ke dalam bilik air dan bersiap untuk solat subuh.
_________________________
"Lepas zuhur nanti kita pergi rumah yasmin. Tolong dia untuk kenduri malam nanti. " Kata Tokma.
Aku dan Kak Dira hanya mengangguk.
Tiara dah pulang ke rumahnya pagi tadi. Tinggal lah aku, Kak Dira Dan Tokma. Kurang lah sikit riuh dalam rumah ni."Tokma, apa pendapat Tokma pasal Izz? " Tanya Kak Dira tiba-tiba. Soalan dia buatkan aku yang tengah minum air tersedak.
"Eh? Tersedak pula dia. Ada apa-apa ke tu? Hihi" perli Kak Dira. Hamboii sedap kenakan aku. Aku hanya berdiam diri.
"Hm.. Pada Tokma Izz tu ok. Dia nampak matang dan boleh nampak ciri-ciri kepimpinan pada diri dia. Tokma suka lah Izz tu. Handsome pun handsome." Jawab Tokma.
Ewah ewah Tokma. Bukan main puji Izz. Takkan cair dengan Izz kot! Hahaha. Pelik je.
"Tengok dia jaga Aira semalam. Comel je kan Tokma. Macam pinang terbelah-belah dah Dira tengok." Kata Kak Dira.
Ada jugak kang air aku minum ni aku simbah kat muka akak aku sorang ni. Ade je benda merepek dia nak cakap.
"Hm Tokma setuju." jawab Tokma pula. Aku sekali lagi nak tersedak tapi sempat tahan. Tarik nafas dan hembus. "Tapi nak buat macam mana kan? Aira pulak nak tunang dah dengan Syafit. Kalau tak memang Tokma nak aje satukan Aira dengan Izz" sambung Tokma lagi.
Hamboi masing-masing! Tak sedar ke esok aku ni dah nak tunang. Ish! Hm ye esok aku dah nak digelar tunang orang. Apa rasanya bila digelar tunang orang? Seronok ke?
Hm bila agaknye Syafit nak sampai Johor ni? Haih aku call tak angkat, mesej tak reply. Mana tah dia hilang. Busy sangat ke?
__________
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...