Aku terus baring terlentang di atas katil aku yang empuk. Haihh letih betul.
Melihat jam di dinding. Pukul 8 malam. Aku membuka tudung dan menyangkutnya di dalam almari bajuku. Aku kembali duduk di sisi katil. Tangan terus mencapai iPhone 7 plus dalam sling bag.
Melihat phone aku sendiri, aku teringatkan Izz aka mamat kerek.Dia tanya pasal phone aku hm, caring juga.Tapi kerek2 dia pon, at least dia dah minta maaf dengan aku.
Mengenangkan pula cara dia minta maaf tadi, terus jantung aku berdegup laju. Hm tah kenapa tah. Hm ape kau ni Aira! Kau dah ada Syafit!
Tiba tiba ihpone ku bergetar. Syafit menelefonku. Panjang umur dia.
"Assalamualaikum,Syafit? Ye ? Ada apa apa ke call ni?"
"Waalaikumsalam. Eh salah ke nak call girlfriend Syafit sendiri? "
"Eh tak la. Saje je tanya hehe"
"Aira dah dinner?"
"Belom. Aira baru balik kerja. Kenapa? Nak ajak makan ke? Eh boleh ! Tapi Syafit belanja la hahaha"
"Hm bole, ape tak boleh. Hmm pukul 9:30 Syafit ambil Aira ok. Jangan lambat."
"Okok. Aira pakai simple2 je tau! "
" Aira pakai ape pon cantik,sayang"
Aku mengerutkan dahi. Aku tak tawu kenapa. Tapi aku rasa geli dan tak selesa bila dia panggil aku 'sayang'. Mungkin sebab dia masih bukan muhrim aku lagi agaknya.
"Aira sayang? Dengar tak? "
"Hah, ye? Ape?"
"Eishh Tu lah. Syafit cakap, Aira berangan pulak."
"Hehe mana ada lah. Aira tgh pikir nak pakai baju apa. Hah cakap la apa Syafit nak cakap tadi"
"I love you."
Aku tersenyum."Me too Syafit"
"Ok lah, pegi siap siap sana. Nanti lambat pulak"
"Okok bye "
"Bye"
Aku mematikan panggilan. Haih, sweetnya boyfie aku ni.
___________________"Hai cinta hati, penat ke? Nampak macam penat je" tanya Syafit sebaik sahaja aku masuk dalam kereta dia.
"Hai,Syafit. Penat la jugak. Hari ni ada tiga customer"
"Oh" jawab Syafit sepatah.
Syafit mula memandu kereta honda jazz kepunyaannya. Aku pula mengeluarkan iphone kepunyaanku. yelah, Syafit kalau dah drive mmg tak bole kacau. Dia tak fokus sikit nanti salahkan aku cakap aku kacau dia la ape la. Haishh baran la jugak tapi da sayang nak buat macam mana. Tak apa la, at least dia sweet.
Aku membelek whatsApp. Tiara menghantar mesej.
Tiara gedik :
Sumpah hensem siottt mamat kerek yang kau cerita tuhh. Ishhh! Dah la CEO!Aku tersengih. Haaaa mula la Tiara ni. Mentang-mentang single. Haaa nak kebas la tuh.
Me:
Hahahaha not bad lah kan. Tapi tu lah, nak ke pandang orang macam kita.Ehhhh macam tiber je aku nieh.
Tiara Gedik :
Aikk, Aku tak cakap pon aku nak try. Haaaa ke kau yang da suka dia hah? Amboi amboi. Mentang-mentang dapat buat 'sweet scene' dgn mr kerek tadi. Takkan dah tersuka kot? Ehh igt sikit. Kau tu ada Syafit. Jangan nak curang pulak. Aniaya kau nanti Syafit kerja kan. Dia dah la bole tahan baran.
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...