"Jangan risau ye, cik...?"
"Cik Aira" dia seperti bertanya siapa nama aku. Aku jawab je lah.
"Mana family Encik Izz?" Tanya Doktor...
Aku tengok nametag dia. Dr.Alisha.
"On the way" jawabku ringkas.
"Oh, I see.. ok back to our discussion, hentakan di kepalanya telahpun berjaya membuatkan belakang kepala Encik Izz koyak sedikit, tapi jangan risau sebab kami dah pun jahitnya dengan kemas dan teliti. And.. gegaran pada kepalanya tidak memberikan impak negatif seperti hilang ingatan dan sebagainya. Over all, he's fine. Don't worry" matanya terarah kepada Izz.
Tiba-tiba rasa cemburu pula.Mungkin Dr Alisha juga terpegun dengan ketampanan yang Izz ada walaupun dia cuma berbaring dan memejamkan mata di atas katil tetapi masih mampu menarik perhatian mana-mana wanita. Ye, termasuklah aku.
"Thank you, Dr. Alisha. Tapi, boleh saya tahu bila dia boleh keluar dari hospital?" aku bertanya. Akhirnya mata Dr.Alisha yang dari tadi memandang Izz kini terarah kepadaku.
"He need some rest. But cedera dia tidak terlalu parah. If he's strong, he can go home tomorrow."
Yes, he is. I know Izz kuat. Jadi aku harap dia dapat sembuh sepenuhya dan boleh start kerja macam biasa. Aku tak nak aku jadi sebab Izz terlantar dekat hospital lama-lama dan tak dapat masuk office dia.
Memikirkan tentang itu, aku rasa cemas. Apa nak jawab dengan mama dan papa nanti? Marah ke mereka kepadaku kalau aku terus terang semua ini jadi berpunca daripada sikap degil dan tak dengar cakap aku?
"So, cik Aira. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya. Anything, just call me." Dr Alisha meminta Izin sebelum dia keluar dari bilik pesakit ini. Dr Alisha sangat cantik! Macam model dah sekali pandang. Tinggi, putih dan kurus. Perfect!
Automatik rasa cemburu hadir sekali lagi. Aku cepat-cepat menidakkannya.
Lantas kaki berjalan menuju ke kerusi yang berada di sebelah katil Izz. Aku duduk di atas kerusi itu dan melihat sekeliling bilik ini.Semasa di dalam ambulans tadi, aku sempat call Kak Effy dan memberitahunya apa yang berlaku. Terus dia mengarahkan aku untuk membawa Izz ke private hospital di Kuala Lumpur sementara mereka bergegas balik ke KL.
Prince Court Medical Centre. Ya, itu lah namanya. Nampak mewah betul hospital ni. Mesti keluarga Izz selalu ke sini kalau sakit dan sebagainya.
Lamunanku terhenti bila aku mendengar suara Izz perlahan mengerang kesakitan. Aku mendongakkan muka memandang Izz. Dia memegang kepalanya. Matanya perlahan-lahan terbuka.
"Izz, are you ok?" Soalan pertama yang keluar dari mulutku. Macam soalan bodoh pun ada juga. Dah tahu dia terang-terang sakit kat atas katil tu pergi tanya pula.
Izz hanya mengangguk perlahan sambil menahan kesakitan di kepalanya. Dia menegakkan badannya daripada baring tadi. Badannya disandarkan di kepala katil.
Risau tengok dia. Sakit-sakit macam ni boleh pula dia gerak-gerak. Aku yang tak kuat melihatnya. Tiba-tiba rasa sebak bila diingatkan balik. Dia sakit sekarang ni sebab nak selamatkan aku. Lebih kejam lagi, sebab aku. Rasa serba salah menghantui diri.
Mata birunya merenung aku tajam. Lagi lah aku rasa serba salah. Mesti dia pun tengah maki aku dalam hati kan? Mesti dia cakap aku degil. Macam budak kecik, tak tau duduk diam. Ada je nak merayap sana sini. Tak apa, aku terima kalau sekarang dia nak marah aku. Cause its my fault!
"Are you fine, el carino? Are you injured?" Soalan dia ternyata membuatkan sangkaanku terhadapnya salah. Rupa-rupanya dia sedang risau tentang aku. Masih risaukan aku walaupun cederanya jauh lebih teruk daripada aku yang memang tak cedera langsung! It's not fair again untuk Izz.
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...