Aku membungkus kemas baju-baju yang ditempah oleh Kak Effy. Baju-baju itu baru sahaja sampai di butik aku pagi tadi jadi aku memberitahu Kak Effy untuk mengambil baju yang ditempahnya.
Aku melihat jam. Pukul 2 petang. Kejap lagi agaknya Kak Effy sampai. Aku meletakkan bungkusan itu di atas kaunter.
"Kak Effy tak sampai lagi ke?" Tanya Tiara. "Tak, kejap lagi la kot" jawabku.
Tiara hanya mengangguk. "Oh btw ni ada surat untuk kau." Tiara menghulur sekeping surat kepadaku. Aku mengambil surat itu. Perlahan-lahan aku membukanya. Terdapat satu kertas yang tertulis.
Don't try to run from us.
Aku pelik. Tiara juga. "Weh,dia tulis benda ni guna darah orang ke apa?" Kata Tiara.
Aku meneliti semula tulisan ini. Aku terkejut. Ya, memang betul ia ditulis dengan menggunakan darah manusia. Aku semakin cuak. Tak habis-habis dapat surat ugutan. Tapi aku masih tak dapat jawapan dari semua benda ni.
Siapa yang hantar surat ni? Apa salah aku? Ada benda yang aku tak tau ke?
Aku mengeluh. Penat nak fikir pasal benda ni."Aira, kau sorok something ke dari aku? Aku ni kawan kau tau. Aku tau kau ada masalah. Cerita lah kat aku weh. Aku ada ni" kata Tiara. Aku tak nak dia tiba-tiba terlibat dalam masalah ni. Tapi dia betul. Dia kawan susah senang aku.
"Sebenarnya aku dah lama dapat surat macam ni. Almost two weeks. But I don't know from who. I'm very curious. Dia macam mintak hutang tau. Aku cubalah ingat balik. Tak ada pulak aku hutang apa-apa." jawabku.
Tiara seperti sedang berfikir. "Are you sure? Tak ada hutang dengan siapa-siapa? Dah ingat betul-betul ni?"
"Ya, I'm very sure. Nak hutang untuk apa je? Dalam cek yang dia bagi menunjukkan yang aku hutang 500 ribu. Aku sumpah terkejut. I swear aku tak ada pinjam duit. Lagipun nak buat apa dengan duit banyak macam tu?Lepastu dia suruh aku serah diri. Haih aku tak fahamlah" Terangku kepada Tiara.
"Aira. Kau tak selamat sekarang ni. Ya Allah meremang bulu roma aku dengar.Kau kena lebih berhati-hati sekarang ni. Kau tak nak report polis ke? " Tanya Tiara. Aku menggeleng perlahan.
"What if kalau mmg ada kena mengena dengan aku? Tak pasal-pasal aku yang masuk jail kang. Lagipun dia just bagi letter. Bukannya melibatkan keganasan. Kan? " Tanya aku balik. Meminta pendapat Tiara.
"Tapi--" kata-kata Tiara terhenti. Dia kelihatan terkejut. "Eh, kau kenapa ni?" Tanyaku. Yelah macam nampak hantu dah. "At your back" bisik Tiara perlahan. Aku perlahan-lahan pusing belakang. Aku juga sedikit terkejut.
"Izz? " Rasa macam dah lama tak sebut nama dia. After a few days, dia munculkan diri.
Dia tidak memberi sebarang reaksi terhadap panggilanku. Sekarang dia kelihatan menakutkan dan dingin seperti waktu pertama kali aku jumpa dia. Sangat berbeza dengan Izz Adrian yang aku jumpa pada malam kelmarin. Such a caring and cute person.
"My sister busy so I will take that stuff. I want my stuff" suara garau dia kedengaran. Dah lama tak dengar suara dia. Tapi seperti biasa, suara dia dingin dan tidak sama seperti malam kelmarin. Soft and deep voice.
Aku mengambil bungkusan baju di atas kaunter itu dan menghulurkan-nya kepada Izz. Dengan perlahan Izz menyambut bungkusan itu.
Izz menghulurkan wang ringgit berjumlah RM 400. Kini aku pula yang menyambutnya dengan lembut. "Kirim salam Kak Effy" kataku. Izz hanya mengangguk. Aku memandang Izz. Dia langsung tak buat eye contact dengan aku. Mata biru dia sentiasa ingin mengelak dari bertembung dengan mataku.
"My sister said she will pray for your engagement to go well."kata Izz kepadaku tetapi matanya masih lagi tidak bertembung dengan mataku. Aku cuba untuk mendapatkan matanya. Aku merenung Izz lama.
"And I pray for your happiness" mata dia bertembung denganku secara tiba-tiba. Kini, aku pula yang segan nak pandang mata dia.
"Thank you, Aira" kata Izz dan terus keluar dari butik aku. The way he call my name also different jika nak dibandingkan dengan malam kelmarin. Sangat lembut cara dia panggil aku. But not now, everything is different.
"Wah, dia punya handsome tak boleh bawak bincang ye." kata-kata Tiara menyedarkan aku dari lamunan. Aku tersenyum kecil mendengar apa yang Tiara kata.
"Aira? Are you ok? Dah hilang dah rindu? " Tanya Tiara. "Merepek je lah kau ni. " jawabku bersahaja.
Tapi hakikatnya ya, aku rindu. I will never see the same Izz Adrian again macam malam kelmarin. He so soft that night.
Forget it, Aira. Forget HIM. Focus on your new life. You have Syafit and that's enough.
"The way he look at you,Aira. Time dia cakap dia doa untuk kebahagiaan kau tu, aku yang dub dab dub dab tau Aira oi. Kalau dia ada hati kat kau kan Aira, kesiannya dia" kata Tiara lagi.
"Eish tak ada lah. Merepek je kau ni. He don't deserve me,Tiara. Dia terlalu sempurna. Sangat sempurna. Aku kagum setiap kali tengok dia. Dia belongs to someone who much more better than me. I also pray the best for him . Dah lah aku nak sambung buat kerja " jawabku. Aku terus naik ke tingkat atas untuk menyambung kerjaku yang tertangguh.
_______________________
Thank you for read my story, keep support and vote ! Will update next chapter asap! Luv ya ♡
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...