Akhirnya dua minggu sudah pun berlalu. Lepas aje kejadian kat studio haritu, aku dah tak jumpa Izz langsung. Contact pun sikit-sikit je. Tanya khabar and take care. That's it. Lagipun haritu Izz dengan family pergi spain dalam 4 hari gitu? Tapi tak tau lah sebab apa.
Dan hari ni tibalah masanya aku bergelar isteri. Setengah jam je lagi. Nervous makin terasa. Aku meneliti diri sendiri di hadapan cermin. Sudah siap sepenuhnya. Make up, wedding dress, heels and semuanya sudah lengkap. Perfect.Tinggal nak akad nikah je kejap lagi. Tiba-tiba teringat pula majlis pertunangan aku dulu. Terus rasa takut menyelubungi diri. Takut benda yang sama akan berlaku.
Cepat aku hiraukan semua itu. Semua tu takkan berlaku. Aku yakin! Sebab kali ni bukan Syafit. Kali ni Izz yang akan hadir. Hadir untuk akad nikah dan sekali gus dia hadir juga dalam hidup aku. Aku bersyukur untuk itu. Aku harap Izz bukan pilihan yang salah. Dan aku tahu memang tak salah untuk pilih dia sebagai suami aku. Walaupun tak sampai setengah tahun kenal. Tapi ia tak bermaksud apa-apa. Aku dengan Syafit lima tahun kot! Last-last, dia tinggalkan aku. Aku tak boleh salahkan dia seratus peratus. Mungkin betul apa dia cakap. Mungkin aku memang betul ada sakitkan hati dia? Tapi sepatutnya dia bincang dengan aku! Bukannya pergi macam tu je!
"Aira?" suara seseorang menyedarkan aku. Aku melihat gerangan itu melalui cermin besar yang berada di hadapanku.
Kak Dira. Dia tersenyum lebar dan berjalan ke arahku. Sepanjang aku hidup dengan Kak Dira, ni first time aku nampak dia tersenyum lebar macam tu.
"Aira ready? Izz dah tunggu dah tu. Tok kadi semua dah ada. Semua tengah tunggu Aira je sekarang ni" kata-kata Kak Dira membuatkan aku makin nervous. Tapi aku lega. Sebab Izz ada. Dia tak lari kan?
Aku pusing belakang dan terus memeluk Kak Dira. Cuba menahan air mata. Takut rosak pula makeup aku nanti. Kang sia-sia je Kak Effy makeupkan aku tadi.
"Aira tinggalkan akak?" Kata Kak Dira.Kurang asam betol! Dia makin nak buat aku nangis ke apa?!
"Janganlah cakap macam tu!" aku jerit di telinga dia. Padan muka!
"Hoi! Pekak nanti akak kau ni! Dah dah lah tuh. Nak ada suami pun gembing lagi ke?"
Aku melepaskan pelukan. Lantas mata menjeling Kak Dira. Dia ketawa.
"Aira, ok lah. Actually akak tak pernah langsung setuju Aira dengan Syafit dulu. I know him. Banyak dah perempuan dekat kampung dia dah game dulu. Aira je tak tau! Sebab akak tak nak Aira sedih." Tiba-tiba Kak Dira buka cerita pasal Syafit.
Aku hanya mengangkat bahu. "Entahlah Aira dah tak nak kesah pasal dia. Biarlah dia hilang entah ke mana." jawabku.
"Good! And now akak nak bagitahu. Bila akak dengar je Tokma cakap Izz masuk minang Aira. Akak terus setuju! Tak ade ragu-ragu langsung! Sebab apa? Dia lain dari Syafit. Dia lain dari sesiapa pun. Even akak suka dekat Arman pun, akak terpaksa mengaku yang akak sikit jealous dengan Aira sebab Izz perfect. And you got him! you deserve him! Aira, you're my strong younger sister. You deserve happiness and Izz will make you happy. Don't worry. Take care of him ok!" Kak Dira memegang kedua-dua bahuku. Seakan-akan memberi semangat. Aku tersenyum.
"Thank you, akak. Always dengan Aira since we're baby" ikhlas aku bercakap. Selama ni susah senang aku hidup tanpa kasih sayang mereka, kami akan gagal. But now! Aku kena hidup susah senang dengan orang lain. Kongsi hidup dan impian aku bersama seorang lelaki yang akan aku jaga dia dengan sepenuh hati. Aku harap hati aku ikhlas dengan Izz.
"It's ok. I'm still your sister. So apa-apa share je dengan akak. Jangan dah berkepit dengan suami 24 jam tak cari akak langsung! Mentang-mentang dapat suami handsome!" kata dia lagi. Aku tergelak dengar apa yang dia cakap.
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...