Kami keluar daripada airport. Nampaknya, Aventador Izz dah lama menunggu kehadiran kami. Siapa pula yang bawa kereta dia?
Tingkap kereta diturunkan.
"Berseri-seri betul member aku ni". Oh Arman rupanya!
"Nonsense. Cepat keluar. Tunggu apa lagi?" Jawab Izz. Amboi garang nau.
"Alah, aku baru nak merasa naik kereta mahal. Aventador kot. Kejap lah" Arman merengek. Halah macam budak-budak.
"Semua benda dah settle?" Izz tanya.
"Bereh boh. Tinggal nak masuk je" jawab Arman.
Apa yang dah settle?
"Kalau macam tu, kau bawak la kereta. Aku dengan Aira duduk kat seat belakang" kata Izz.
Wajah Arman dah bercahaya. Senyuman dinaikkan sampai ketelinga.
"Thank you, bro! Haih terharu aku" kata Arman pula dengan nada yang begitu teruja.
"Hati-hati bawak. Calar sikit je, muka kau yang calar nanti" Izz bagi warning.
"Haha don't worry! I can handle this" jawab Arman yakin.
Izz membuka pintu seat belakang. Dia menyuruh aku masuk dahulu. Izz pusing ke sebelah kiri dan mengambil tempat di sebelahku. Tak lama kemudian, Arman pun mula memandu Aventador milik Izz.
_____________
"Abang, kita nak pergi mana?" Aku tanya Izz. Jalan ni nampak familiar tapi bukan untuk menuju ke rumah family Izz.
"Somewhere. Why?" jawab Izz.
"Oh, tak lah. Aira Tanya je". Aku mula menguap. Ngantuk dibuatnya maklumlah pagi-pagi dah bangun awal nak balik Malaysia.
"Lah, honey ngantuk ke?" Tanya Izz. Aku mengangguk.
Izz melihat jamnya. "Sekarang pukul 2 lebih. Rasanya pukul 3 atau pukul 4 baru sampai ni. You can sleep if you want" kata Izz.
"Takpe lah, nanti abang sunyi duduk belakang ni kalau Aira tidur" jawabku.
"It's ok, honey. Just sleep". Izz menepuk bahunya seperti suruh aku melentokkan kepala di situ.
Aku pun mendaratkan kepala di bahu Izz. Haih, tegap betul bahu dia. Macam baring atas batu. Jadi, aku kebawahkan sedikit kepala dan badan untuk baring di atas dada Izz. Disebabkan di luar hujan dan sejuk, aku memeluk Izz erat.
"Is it comfy?" Izz tanya aku. Aku mengangguk sambil memejamkan mata. Tiba-tiba terasa seperti Izz memeluk aku. Erat juga. Bertambah selesa aku dibuatnya.
Aku mendongakkan kepala memandang Izz. Dia sedang bersandar dan memejamkan mata. Penat jugak lah tu agaknya. Wajahnya aku usap dengan tangan kanan secara spontan. Izz membuka matanya dan lantas memandang aku.
"Why?" dia tanya.
"You look tired. Semalam abang balik lambat. Mesti abang penat kan meeting semalam? " jawabku.
Izz tersenyum kecil. "Nothing to worry about. I'm fine"
"Eh, siapa risau? Aira tanya je" jawabku saje bergurau.
Izz mengecilkan matanya. Hidungku dicuit. "Naughty"
Aku tersenyum dengan tindakan Izz.
"Ish, suka sentuh hidung Aira. Kenapa? Abang tak ada hidung ke?" rungutku.
"Of course, ada. Mancung lagi tau. Honey ada?" jawab dia. Eleh nak riak pulak!
Aku tarik hidung Izz. "Oh, baru tahu ada"
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...