Bab 6

188 9 0
                                    

"Ya Allah comelnya Aira!!" Tiara menjerit. Excited sangat dengar cerita aku.

"Comel kau! Kalau kau tgk muka aku time tu macam badut tak siap make up. Buih melekat kat hidung"jawabku sambil menyangkut baju-baju yang baru sampai di butik tadi. Hari ni aku dah mula kerja macam biasa. Kaki  pun da 100% ok.

"Hahahah, eeeee comel weh. Lepastu main lap2 guna tisu pulak. Aku jealous ni tau! Haih, kalau la aku ada dekat tempat kau. Aku tak boleh nak bernafas aku rasa." Dah mula dah Tiara punya berangan.

"Hm tak payah nak berangan. Pergi buat kerja sana. Nanti lunch sama sama ok?"

"Ok, aku naik atas dulu tau."

"Eh jap, Hael dengan Mail kerja tak?"

"Ada, kat belakang tengah buat kerja"

"Oh okok" jawabku. Tiara terus naik atas menyambung kerjanya. Tiba-tiba phone ku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku pergi ke kaunter untuk mengambil phone. Terpapar di skrin phone satu mesej from unknown number.

"1 more weeks. Serah diri cara baik or kau tau nasib kau"

Aku terkejut dan terkelu seribu bahasa. Wait what?! Sumpah apa benda ni! Kenapa aku asyik dapat mesej ugut-ugut ni. Serah diri apa pulak. Serabut la macam ni! Aku reply

Me:
Sorry, wrong number.

Unknown:
Don't being rude Aira Qaisarah.

Aku bertambah terkejut. Rasa nak gugur jantung. So dia tau nama aku?
Tak salah nombor la ni. Tapi kenapa? Apa yang ada one more weeks?!

Aku pikir balik. But still got no answer. Melainkan birthday aku la. Tapi apa kena mengena pulak birthday aku dengan semua benda ni? Macam tak masuk akal je.And aku tau yang hantar surat kat rumah aku tu mesti dari unknown number ni jugak.
Ya, Allah, apa semua ni?

Aku biarkan sahaja mesej itu tergantung. Malas nak serabutkan kepala. Aku sambung buat kerja.
_______________________

"Kau kenapa ni?Dari tadi aku tengok asyik termenung je? Makanan kat depan pun tak usik lagi. Ada benda tak kena ke? Cerita la kat aku." Aku sedikit tersentak dengan soalan Tiara yang keluar secara tiba-tiba.

"Tak ada apa lah." jawabku tipu.Aku sangat lah tak ok fikir pasal unknown number tu hm. Tak nak la libatkan Tiara. Kesian dia.

"Hah, kau rindu Izz ea?"tanya Tiara. Mata aku membulat. "Eh tak adanya heh. Baik aku rindu tokma aku kat kampung sana tu"

"Weh,Aira. Sebut pasal tokma, dah lama kita tak balik johor kan. Aku rindu family aku kat sana. Jom la kita balik kampung weh."

Aku fikir balik. Betul juga. Nak dekat dua bulan tak balik Johor. Tokma pun selalu suruh balik Johor. Tapi tu la, aku ni busy. Bukan tak nak balik. "Haah kan weh. Hm nanti aku check jadual appoiment and anything else. Kalau minggu depan kita free, kita balik Johor. Aku ajak Kak Dira sekali"

"Cun! Apa-apa roger aku heh." Aku hanya mengangguk dan sambung makan.

Tiba-tiba phone aku berdering. Ada orang call.

"Mak Long"Aku segera mengangkat phone. "Assalamualaikum, Mak Long?" 

"Waalaikumsalam,Aira. Ye ni Mak long. Aira sihat tak tu?" tanya Mak Long. Oh, ya Mak Long aku ni mak kepada Syafit. Disebabkan dari kecil aku dan Kak Dira tiada ibu bapa, kami menumpang sedikit kasih sayang daripada mak long. Aku dah anggap dia macam mak sendiri. Tak lama lagi jadi mak mertua insyaAllah hehe.

"Sihat je ni mak long. Ada mata, hidung dan mulut macam biasa. Tak cacat lagi anak buah mak long ni, Alhamdulillah. Kenapa Mak Long call ni? "

"Sebenarnya macam ni, Mak long, Pak long dengan tokma kamu dah bincang nak cepatkan pertunangan Aira dengan Syafit. Aira setuju ke?"

" Hm, nak cepatkan? Bila tu? "aku menyedut jus oren di depan aku. "Minggu depan?" Secara automatiknya jus oren yang aku sedut tadi tersembur keluar dari mulut.

"Hoi! Aira! Tak senonoh seh kau" Tiara dah mula bising. Alah, bukan sengaja Tiara oi.

Aku sambung semula perbualan dengan mak long "Srsly mak long? Minggu depan?!  " Tanya aku dengan nada ragu-ragu. "Ye,Aira. Mak long tak main main ye. Minggu depan balik Johor ok. Alah, tunang je dulu. Kahwin nanti baru kita buat grand wedding ok?"

Aku berfikir seketika. "Hm ok, Mak Long. Minggu depan Aira balik ye dengan Tiara dan Kak Dira."

"Ok, Aira. Thank you sangat-sangat. Lagipun ni untuk masa depan Aira dan Syafit" balas Mak Long."Ok, Mak long. Aira faham la, jgn risau."

"Oklah,Aira. Mak Long nak masak ni. Pak long tu dah lapar."

"Ok mak long. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Panggilan dimatikan. Aku pandang Tiara. "Kita kena balik jugak Johor minggu depan"

"Apahal? Gempak nau sampai tersembur air tadi" Tiara pandang aku pelik. "Minggu depan aku tunang dengan Syafit."

"Whatttt?!?!? Wahhhh dah nak tunang dah kawan aku ni. Tapi kenapa cepat sangat"

"Entahlah, mak long. Maybe pada dia benda baik tak elok lambatkan. Agaknye la" jawabku. Aku menyuap nasi ke dalam mulut.

"Wahhh, Tahniah lah. Kawan sehidup semati aku ni dah nak tunang. I'm proud of you but I hope Syafit is the best choice for you, Aira. Kahwin or tunang ni bukan benda main-main tau." bebel Tiara pula.

"InsyaAllah. Doakan la yang baik-baik untuk aku. Aku nervous ni. Aku sebenarnya tak ready lagi tau. Entahlah, aku serius dalam relationship ni. Tapi sometimes rasa macam ada yang menghalang and I'm not ready for being Syafit's fiance or wife. Hm, maybe ni sebab nervous je kot " Aku cuba untuk menyedapkan hati. Tiba-tiba rasa tak sedap hati pula. Macam something bad will happen.

"Aku bukan apa la. Aku memang tak suka dengan si Syafit tu from dia curang dengan kau tu. But I feel the same lah Aira. Like he's not meant to you. But maybe la, maybe sbb aku benci dia so timbul rasa macam ni. Aku tak nak la masuk campur sangat hal peribadi kau. But Aira, kalau ada apa apa masalah just tell me ok. " Aku hanya mengangguk.

Tiba-tiba aku teringatkan Izz. Hm. Kenapa ni wahai otak. Patutnya skrg kau fikir Syafit. Kenapa keluar muka Izz ni ? No, please Aira! Syafit with you for 5 years. Jangan buat hal. Ni semua mainan fikiran semata.

Ya Allah, sesungguhnya kau sebaik-baik perancang. Permudahkanlah segalanya.
______________________

Thank you ya for read and vote muehehhehe. Will update asap!
Muah

My Hero Mr CEOWhere stories live. Discover now