Empat hari sudahpun berlalu. Alhamdulillah, setakat ni masih selamat hidup di atas muka bumi ni. Tiada sebarang setan yang cuba apa-apakan aku semenjak kejadian hari tu. Mungkin mereka betul-betul anggap yang aku terlantar dekat hospital agaknya? Padahal yang terlantar kat hospital haritu Izz.
Tiba-tiba teringat pula homo sapiens itu. Mana agaknya dia sekarang? Empat hari tak jumpa dia, tak contact semua. Alah bukan penting pun! Lagi pun aku sendiri yang ambil keputusan untuk menjauhkan diri. Tapi tipu lah kalau selama empat hari ni aku tak fikir langsung pasal Izz. Sejujurnya aku risau dengan keadaan dia. Dia dah sihat ke? Dah boleh jalan ke?
Eh, apooo lah. Dia sakit kepala, bukan kaki. Tapi aku yakin. Walaupun kesan jahit dekat kepala dia belum hilang, dia tetap kuat. Dia tetap datang office dia. Dia seorang yang sangat pentingkan kerja dia. No main-main.
Dan sejujurnya, aku rindu sangat dia. Aku tahu kejam sangat aku layan dia hari tu. Padahal, dia yang selamatkan aku haritu. Kalau lah batu bata tu kena dekat aku, dah arwah agaknya. Aku ni dah lah kecik orangnya. Tak macam kakak aku, tinggi. Tapi aku buat semua ni demi keselamatan dia. Biarlah aku sorang yang hadap.
Loceng pintu masuk butik tiba-tiba berbunyi. Menandakan seseorang masuk.
"Kak Effy?!" Aku terkejut tengok Kak Effy tiba-tiba datang. Terus tangannya aku capai untuk salam dan memeluk erat tubuh tinggi Kak Effy. Ye, memang semua orang tinggi. Aku je pendek. Macam mana tah boleh pendek. Sekali lagi, mungkin antara ayah dan umi bertubuh kecil? Mungkin umi. Sebab Tokma pun rendah orangnya.
"Ya, sayang. Akak lah ni." jawabnya. Haih, comel betul Kak Effy panggil aku sayang.
"Kenapa akak tak inform dulu nak jumpa ke apa. Boleh kita lepak dekat mana-mana restoran."
"Eh, tak payah lah. Sebenarnya akak datang ni ada hajat."
Aku pelik. Hajat? Kenapa macam serius je bunyinya?
"Hajat apa?" Tanyaku.
"Memandangkan Aira ada butik ni. Apa kata kita memperkenalkan lagi dengan orang luar tentang butik Aira dengan lebih terperinci. Yelah, akak kan pengurus rancangan beauty with brain dekat TV. So kalau akak boleh tolong bangunkan orang lain, kenapa bukan Aira?"
Aku sedikit terkejut dengan tawaran Kak Effy. Ya itulah kerja Kak Effy, pengurus rancangan beauty with brain yang memperkenalkan wanita-wanita muda yang berjaya kepada seluruh rakyat malaysia. Kadang-kadang Kak Effy jemput model, kadang-kadang pengurus butik juga. Dan bukan berkaitan fesyen aje. Chef dan banyak lagi. Yang pasti semuanya pasal seorang wanita yang layak digelar sebagai beauty with brain.
Tapi masalah sekarang ni, yang pernah dijemput dekat rancangan tu semuanya artis-artis, model-model, nama-nama terkenal aje. Aku ni siapa? Butik pun biasa-biasa je.
"Aira, boleh tak ni?" Kak Effy tanya aku.
"Hm, tak apa lah. Aira segan lah. Butik Aira pun biasa-biasa je. Tak setaraf dengan orang-orang ternama tu" aku bukan sengaja nak merendahkan diri tapi hakikatnya betul lah kan?
"No! your boutique is great enough to show to everyone! I am proud of you, Aira. Look at you. You still young but already have this wonderful boutique. I know you have been through a lot of things to have a great boutique like this. While other girl yang sebaya dengan Aira sekarang, mungkin tengah melepak, buang masa mereka dengan benda tak berfaedah, keluar malam pergi sana sini. But look at you, you're trying to achieve your goals. You should be someone who people can adore with. Akak sendiri pun jealous and adore dekat Aira tau"
Kata-kata semangat dari Kak Effy terus menusuk ke dalam hati dengan lembut. Seperti ada semangat baru yang hadir dalam diri. Ya, aku nak jadi seorang pereka fesyen and owner butik yang berjaya. Berjaya atau tidak, tolak tepi. At least I try.
YOU ARE READING
My Hero Mr CEO
RomanceAira Qaisara Dan Adira Soffya, kakak Aira sudah dijaga oleh Tokma mereka sejak kecil lagi selepas pemergian ibu dan ayah mereka. Tetapi Aira merasa sangat pelik dengan sikap Tokma dia yang tidak pernah menceritakan tentang parents Aira dan Adira . A...