bab 25

2.7K 120 2
                                    

Sebaik je Ariana sampai di lobi, Farish terus datang menegurnya. "Kau okey ke?"

Ariana pula pelik dengan perangai Farish yang tah tiba tiba prihatin. "Umm, ya kenapa? Why wouldnt I be?"

"Takdelah. Semalam kau kan.."

"Aku apa?"

"Um takde papelah. Oh ya, aku nak bagitau kau sesuatu ni. Tapi.." kata Farish, memasukkan tangan dalam poketnya.

"Ba-bagitau apa?" tanya Ariana kepadanya. Farish terdiam. Tiba tiba rasa ragu pulak. "Eh takde papelah. Tak jadi pulak."

Ariana menghembus nafas lega. Nasib baik. Jangan mimpi dia haritu jadi real sudah. Menyeramkan betul. Dia memandang jam di tangan. "Eh, dah lambat lah! Diorang nak start game dah ni! Jom ah."

Farish cuma mengangguk dan mengekori Ariana dari belakang. 'Macam tak sempat je nak bagitau dia ni. Takut dia tetiba nangis macam semalam pulak, habis kang aku. Duh, macam mana ni?' fikirnya.

"Oi, ni pesal lambat ni? Dating eh?" tegur Khadir sebaik sahaja nampak kelibat diorang berdua.

"Hahaha, I wish." jawab Farish spontan. Tiba tiba suasana sunyi sepi. Tiga tiga terdiam sebab dengar jawapan Farish. Farish apatah lagi.

"I mean, um, nothing. Tadi, makcik ni ha nak keluar tandas lambat sangat. Nak tercirit aku tunggu." pantas dia cover balik.

"Eh, tapikan, aku sebenarnya suruh Yana dengan Zara yang tunggu aku. Kenapa kau pulak yang ada?" soal Ariana kehairanan.

"Sebab kau lambat sangat. Tu pasal diorang suruh aku."

Ariana memandang Khadir yang dari tadi tersenyum macam monyet dapat pisang.

Ni mesti dia fikir yang Farish ni sweet sebab tunggu dia, kan?

"Kau jangan fikir bukan bukan eh." dia menuding jari dekat Khadir. Khadir pulak terpinga pinga. "Macam mana kau.."

"Read your mind? Aku ni pakar Khadir. Dahlah, kata dah lambat. Mana diorang?" Ariana menukar topik.

"Tuu, tengah main bola tampar. Tak nampak ke?"

/ / / / / /

"Ariana, tadi aku nampak Mira dengan Farish. Diorang nampak rapat sangat." kata Hana yang tiba tiba datang kepadanya.

Ariana tersenyum. "Kenapa kalau diorang rapat pun?"

Hana tersentak. "Kau tak jeles ke? Kan kau suka Farish.."

Ariana menggeleng kepala. "Takdalah, aku tau Farish tu baik. Mira pun baik. Lagipun, aku tau dah Mira tu suka siapa. And that guy is not Farish."

Hana menggeleng kepala. "No no no, Ariana. Kau kena percaya cakap aku. Diorang betul betul nampak macam... couple. Macam bercinta."

Ariana yang tadinya hati tengah tenang, mula rasa berdegup kencang dan tidak senang.

Melihatkan Ariana yang tidak memberi sebarang respon, Hana meneruskan cerita. "Aku tak senang tengok, tu aku spy diorang tu. Aku.. aku dengar Farish panggil dia sayang."

Hati Ariana rasa macam kena koyak, koyak dengan ganas sekali. Koyak pastu dipijak pijak dengan kasut tumit tinggi. Ha korang faham kan perasaan dia?

"Aku.. aku tak kisah." balas Ariana, walaupun mukanya jelas sekali berkata sebaliknya. Hana sendiri tahu. Dia menepuk belakang Ariana perlahan. "Sabar eh, Ari. Aku pun tak tau Farish suka dia."

Ariana terus berdiri. Dengar Hana cakap macam tu lagi buat dia sakit hati je. Bukan dia tak suka Hana, tapi dia perlukan masa bersendirian.

Betul ke apa yang Hana kata tu? Jadi selama ni Mira tipu dia ke? Farish? Farish cuma bagi harapan palsu je lah dekat dia selama ni?

SunshineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang