bab 46

2.2K 109 3
                                    

Nampak je kelibat Ryan di kafe, Ariana melambai ke arahnya.

"What's up?" dia menarik kerusi dan duduk. Ariana tidak menjawab, cuma memandang Ryan dengan wajah yang serious.

"What? Saya ada buat salah ke?" soalnya, gelisah.

"Yes, ada. Awak dah tahu semuanya sejak awal lagi, kan? Kenapa awak tak bagitahu saya?" kata Ariana dengan nada yang agak tegas.

"Pasal apa ni?"

"Pasal.. kita.. kahwin." sebutnya perlahan, takut orang lain dengar.

Hati Ryan terus dipagut rasa bersalah. "Sorry."

Ariana mengeluh. "Since when?"

"Um, lepas spm."

"That long ago? Why didn't you tell me?"

"Well, awak suka Farish kan masa tu, takkan saya nak cakap. Saya rasa bersalah pulak nanti. Sebab tu saya cuba nak menang hati awak. Fair play."

"Tapi.. maksudnya awak tak suka saya lah ni? Awak buat sebab parents kita?"

Ryan menggeleng kepala. "Of course lah tak. I really really like you."

Ariana terdiam. Sekarang dia tak tahu nak kata apa.

"Wait, maknanya masa Farish break dengan awak, awak still tak tahu ke pasal ni?" soal Ryan tiba tiba.

"Awak main main ke ni? Takkan saya dah tahu kalau saya baru tanya awak sekarang!"

"Mana saya tahu awak tak tahu! Saya ingat Farish bagitahu awak sebab dia break."

"Kenapa tak awak je yang bagitau? Ni kan pasal kita?"

"No, saya taknak jadi perosak hubungan awak dengan dia. Sebab tu saya tak cakap apa apa. Dan saya tak suruh Farish break dengan awak semata mata sebab parents kita plan pasal kita, kalau itu yang awak fikir. Dia buat decision dia sendiri."

"Mana ada saya fikir macam tu."

"Yeke? Muka awak clearly kata macam tu. Looks like awak salahkan saya atas semuanya. Okay, fine, saya mintak maaf sebab bukan saya yang bagitahu awak."

Ariana dapat mengesan nada Ryan menyindirnya.

"So, awak dah berubah hati balik ke? Memandangkan awak tahu Farish break dengan awak semata mata sebab kita? Awak nak pergi dekat dia balik, kan?"

"No! Saya tak fikir macam tu. Saya cuma rasa —"

Ryan ketawa hambar. "No, Ariana. Somehow I can clearly read your face right now. Awak mesti fikir kalau plan ni tak dirancang, mesti awak dengan dia masih bersama, kan? Mesti awak tengah bahagia lagi kan? Kalau saya tak datang Malaysia, mesti semua ni takkan jadi, kan? Itu yang awak fikir, kan?"

"No, stop it. Please." Ariana tak sanggup nak dengar lagi dah.

"Mungkin sebab ni sampai sekarang saya still doubt awak terima saya. Tengok apa jadi? Lupakan jelah Ariana. Sampai bila bila pun awak takkan pernah suka saya." kata Ryan buat kali terakhir sebelum dia bangun dan berlalu begitu sahaja.

Ariana tak mampu nak balas kata kata Ryan tadi. Kerana setiap apa yang dikatakannya betul. Dia masih fikir pasal Farish sampai sekarang.

Ugh, sekarang ni aku nak buat apa? Tak pernah lagi aku gaduh teruk dengan dia macam ni. Bodohnya kau, Ariana. Sanggup kau buat dekat Ryan macam ni, Ariana mengomel dalam hatinya sendirian.

Zara masuk ke dalam kelas dan duduk di sebelah Ariana.

"Hei, kau okey ke?" serta merta dia tegur. Ariana yang tengah mengelamun terus memandangnya hairan. "Hm? Apa?"

Zara mengeluh dan tersenyum kecil. "Aku tak tahu nak cakap apa pasal plan parents kau tu. Tapi sekarang ni awal lagi Ari. Tak terlambat kau nak betulkan keadaan."

"What do you mean? Betulkan keadaan apa? Macam mana kalau aku memang nak ikut je plan parents aku?"

Zara tersenyum senget. "Kau jangan nak menipu aku. Habis apasal kau nampak sedih je ni?"

Ariana mengeluh. "Tu sebab aku gaduh dengan Ryan. Aku marah dia sebab tak bagitau awal awal pasal ni."

Zara menongkat dagu dan memandang ke hadapan. "Cuba kalau dia bagitau kau awal awal, apa yang kau akan buat? Time tu kau still dengan Farish lagi."

"Kau tahu aku kan Zara. Obviously aku protes dengan semua ni. Sebab masa tu aku ada Farish."

"Maybe Farish taknak rosakkan plan parents kau, sebab tu dia break awal awal?"

"See, he's a good a guy. Dia break semata mata sebab—"

"Ariana, itu assumption aku je. Are you really defending him? Kau baru gaduh dengan Ryan kot. Ryan tu pun baik apa. Maybe dia tak bagitau kau sebab dia nak menang kau fair and square. Kan?"

"Actually, memang dia ada cakap macam tu pun."

"Kan dah kata. Baik kau mintak maaf dekat dia, Ari."

Ariana mengangguk. Lepas mendengar penjelasan Zara, dia makin rasa bersalah. Rasa selfish sangat asyik fikir pasal diri sendiri je selama ni.

Setiap kali dia habis kelas, dia pergi cari Ryan. Tapi setiap kali, tak nampak batang hidung dia pun. Call tak angkat, whatsApp tak reply.

Tanya Zara, dia pun tak tahu.

Ariana dah buntu. Sudah, first time bergaduh, teruk jadinya. Merajuk pergi mana tah Ryan ni.

Macam mana dia nak mintak maaf kalau orangnya pun tak muncul?

Dan macam mana pulak dengan plan mak bapak dia tu? Dia sendiri tak tahu lagi keputusan apa yang dia perlu buat.

SunshineWhere stories live. Discover now