bab 44

2.3K 117 8
                                    

"Ibu! I'm home!" sudah 15 minit Ariana duduk di ruang tamu menunggu ibu bapanya. Sekarang pukul 6.15 petang.

Rumah senyap sunyi. Abah balik lagi 15 minit. Ibu pula tak tahu ke mana. Tadi suruh balik, sekarang takda siapa pulak dekat rumah. Ariana mengeluh dan pergi ke biliknya.

Dia memandang bilik yang sudah 4 minggu ditinggalkan. Rindu tak terkata bila tengok semua barang kesayangannya balik.

Kecuali satu benda ni.

Penguin aka Farish.

Sekali pandang dekat patung tu, macam-macam nostalgia bermain di kepala. Ariana duduk di atas katilnya dan mengambil anak patung turtle nya.

"Nampak ni, Farish? Ni Ryan," Ariana memandang Farish. Kemudian dia tersenyum sinis, macam bercakap dengan Farish yang sebenar pulak.

"Ryan patung feveret aku yang baru. Sorry, kau sangat annoying so jawatan kau dekat katil ni aku turunkan." (THAT SOUNDS SO DIRTY HAHAHA)

Ariana meletakkan Farish di dalam almari dan sebelum dia tutup, dia kata, "Kau tak layak untuk dipeluk aku. Bye."

Dia terdiam buat seketika. Mukanya berubah merah.

"BENDA AKU CAKAP DO KOTOR GILA." dia menjerit seorang diri.

"Ariana....?" pintu biliknya dibuka tiba-tiba.

"MaAAK!" Ariana terus menjerit lagi sekali.

Ibunya ketawa melihat muka Ariana yang serupa beruk tadi.

Ariana menggosok dadanya, jantungnya laju akibat terkejut tadi.

Dia menghembus nafas lega bila nampak ibunya. Dibuatnya nampak benda lain, mau dia lari terjun ikut tingkap. Nak lari ikut pintu, benda tu ada. Takkan nak knee kick dia kot nak redah keluar. Memang tak ah.

Meremang bulu roma jugak bila terfikr pasal ni. Dahlah sensorang kat rumah. Tadilah tadi. Sekarang Ibu dah balik.

Dapur.

"Bila Ari balik?" soal Pn. Liza sambil menuang sepaket serbuk Old Town White Coffee ke dalam mug. Feveret Ariana.

Ariana memandang jam sekilas. "Pukul 6 tadi."

"Eh, awalnya balik. Ibu ingat Ari balik malam." ibunya memberi mug itu kepadanya dan duduk berhadapan Ariana.

Dia berpura-pura membuat muka, kononnya merajuk. "Ibu yang kata suruh balik awal. Tapi bila Ari balik, takda orang pun."

Pn. Liza tersenyum simpati dekat anak perempuannya itu. "Kesian Ari. Sorry, tadi ibu jumpa dengan Aunty Lily."

"Oh? Dah lama tak dengar cerita Aunty Lily padahal Ai rapat dengan anak dia."

Pn. Liza memerhatikan anaknya. "Ari dengan Ryan macam mana? Haritu Ari kata Ryan minat Ari kan?" sudah, mulalah ibunya nak korek rahsianya. Tapi dia bagitahu jugak, nak rahsia apanya dengan mak sendiri kot.

Ariana mengangguk. "Dia kata dia sanggup tunggu Ari lama."

Mata ibuya bercahaya, tanda dia berminat nak dengar. "Aw, baiknya dia. Kenapa dia kata dia sanggup tunggu lama? Ari tak terima dia eh."

Ariana tersengih melihat ibunya yang sudah begitu tekun nak dengar. "Well, mula mula memanglah. But I already said yes, so dia takdalah tunggu lama mana pun."

"Kejap," ibunya memejamkan mata, cuba mengingat semula sesuatu, "bukan ke Ari dulu dengan orang lain? Farish kan?"

Ariana mengangguk dan tersenyum kelat. "Itu kisah lama." Yang tak berapa lama.

Ibunya faham sangat tengok senyuman anaknya tu. Dia tahu deep inside, Ariana masih simpan perasaan dekat Farish, walaupun Ariana tak selalu bukak cerita pasal lelaki kecuali abah dia.

Yang membuatkan Pn. Liza ragu ragu dan kurang yakin dengan tindakan dia dan suaminya.

"Anyway, ibu," Ariana menukar topik, "kenapa ibu suruh balik awal tadi? Bunyi macam penting je. Ke ibu rindu dekat Ari sangat ni?" usiknya.

Pn. Liza tersenyum. "Memang ibu rindu Ari pun. Sangat. Tapi memang ada hal penting pun nak dibincangkan dengan Ari."

Ariana masih kasual, dia masih tak dapat kesan betapa pentingnya hal itu. "Apa dia?" soalnya.

"Tunggu abah balik. Malam nanti kita bincang."

8.25 malam.

Ariana turun ke ruang tamu, disambut dengan wajah serious ibu bapanya. Tiba tiba hatinya rasa tak sedap pula.

Namun sebaik sahaja nampak kelibat Ariana, En. Adam terus melemparkan senyuman lebar. "How's my daughter doing? Abah rindu sangat dekat anak abah sorang ni tau. Lama Ari tak balik. Ni ha, ibu ni hari hari merengek bosan kata takda sapa nak teman."

Pn. Liza mencubit peha suaminya dengan kuat. "Pandai je nak kata orang padahal dia yang nangis malam malam kata rumah sunyi." ibunya membalas sambil menjeling abah.

Ariana ketawa melihat gelagat ibu bapanya. Dia dengan bangganya berkata, "Takpe takpe, Ari faham kehadiran Ari dekat sini sangat bermakna dan berharga sampai Abah menangis. Quite shocking actually."

En. Adam mencebik. "Pelik sangat ke kalau seorang bapa menangisi kehilangan anaknya?"

Ariana menggeleng kepala tanda tak dapat approval dia. "Bila masa Ari hilangnya, abah? Pergi ambik SPM balik, BM abah fail." dia mengejek. Seketika dia terlupa pulak yang abahnya mana pernah pun ambil SPM.

Abah meletakkan tangan di dada, berpura pura terasa. "Tsk, sampainya Ari. Anak abah sendiri buat abah macam ni."

Mereka berborak kosong selama beberaoa minit, sampailah Pn. Liza bersuara. "Okay, jokes all put aside. Sekarang ni ibu abah nak bincang hal penting dengan Ari."

Kedua dua berubah dari senyum ke serious. Macam mula mula tadi.

Jantung Ariana tiba tiba berdebar dengan laju.

"Pasal ......apa?"

Abah menarik nafas yang panjang sebelum memulakan bicara.

"Sebenarnya kitorang...."

SunshineWhere stories live. Discover now