Note: gambar di atas, atau tepi, tu Ryan. Hensem kan kan? Hoho.
"So, macam mana PD? Mesti best kan?" Abah terus tanya lepas je aku masuk kereta.
Aku ketawa hambar. "Hm, best sangat abah. Best gila."
Aku rasa Abah dapat kesan nada sarkastik aku tu, sebab tu Abah pandang aku dengan muka risau. "Kenapa? Tempat tu tak best ke? Did something happen?"
Aku pandang Abah, dan tunjuk dekat muka aku. "Ni, nampak tak plaster dekat hidung Ari ni?"
"Ya Allah, ada orang tumbuk Ari ke ni?" teka Abah. Aku menggeleng kepala. "Taklah, kena bola. Hal kecik je ni."
Abah pandang aku pelik. "Kalau hal kecik, takkan Ari takda mood sepanjang trip kot?"
Aku terdiam. Abah pun tak kata apa apa. Aku tahu Abah sebenarnya nak aku jelaskan apa yang berlaku, tapi buat masa sekarang aku malas nak bercakap. Malas nak buat apa apa. Yang sekarang ni aku tahu katil empuk aku mesti dah tunggu aku lama. Tak sabar nak tidur.
Sampai je rumah, aku terus baring atas lantai dekat ruang tamu. Dah penat sangat, sampai lantai ni pun rasa empuk sangat bagi aku.
"Ari, buat apa ni?!" jerit ibu sebaik sahaja nampak aku terbaring atas lantai.
"Tengah menyelam dalam air. Wuish cantiknya ikan ni." aku balas dengan nada sarkastik.
Haih, sorry lah bu. Memang dah penat gila ni. Memang keluarlah perangai aku yang bila dah malas nak melayan orang, akan keluar ayat ayat sarkastik aku. Dekat sesiapa sahaja. Ibu bapa tidak terkecuali.
Ibu hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat aku.
Lepas aku tidur kejap, aku bangun, mandi, solat, dan baring balik atas katil.
Bukak phone.
Aku nampak ada notification dari... Farish.
Bila baca, sumpah rasa macam nak menangis.
Farish: ariana. aku mintak maaf sangat sangat. aku masih rasa bersalah lagi, walaupun kau dah maafkan aku. Dan mungkin sampai bila bila aku rasa akan rasa bersalah. im sorry for hitting you. im sorry for being the reason you got blood on your nose. for being the reason you fainted. im sorry for being such an egoistic idiot. im sorry for always causing you trouble. im sorry for being a burden to you. im sorry for being a terrible friend to you. am i even worth being called your friend? im sorry for everything. thanks for being a really great friend to me.
Ok, aku dah menangis dah ni. Farish, kenapa kau buat aku susah nak lupakan kau? Kau buat aku rasa macam nak reply je message kau ni.
Tolong, buatkan aku lupakan kau. Aku taknak lagi benda yang lepas diulang kembali. Walaupun aku rasa kau memang dah menyesal, tapi aku tak boleh. I just can't.
Hari Isnin.
"Hoi!" Yana menepuk meja dengan kuat. Ei, dia ni. Saja nak bagi aku heart attack ke apa?
Aku pandang dia sambil angkat kening. Yana dan Zara mengeluh. "Kau ni, aku tengah bercerita lah. Yang termenung tu kenapa?"
"Oh, sorry tak perasan. Kau cerita pasal apa tadi?"
Yana menjeling aku. "Dahlah, aku malas nak ulang balik. Membazir air liur aku yang berharga ni je." Typical Yana.
Kalini Zara pula yang menepuk meja. Apa korang ni main tepuk tepuk meja? Menganggu konsentrasi budak lain nak belajar lah.
YOU ARE READING
Sunshine
Romance"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau bangla jugak? Aku cakap dengan bangla tadi." "Oh, please. Siapa jugaklah yang set contact name aku jadi 'sunshine ♡' dalam phone dia, hm?" "...