"Weh, tengok ni! Hensemnya!"
Yana menjenguk ke arah Zara dan ketawa. "Tak dapat lelaki real, watak anime pun kau nak?" sindirnya.
Zara berpura-pura membuat muka sedih. "Tsk, sampai hati kau. Tahulah dah ada boyfriend! Huh! Kawan kau sendiri kau layan macam ni! Selamat tinggal Yana!" kemudian dia berlalu pergi dengan dramatis sekali.
Yana memandang kosong kelibat Zara yang semakin jauh. "Weh, Zara tu.. pahal?" dia memandang Ariana yang sedang merakam Zara sambil tersengih.
"Baru kena reject dengan lelaki dia suka.. Well, sebenarnya dia tak confess pun lagi. Baru je nak ajak pergi minum kat cafe dah kena reject. Terus down dia jadinya."Tiba-tiba Zara pusing memandang Ariana. "Aku dengarlah hoi!"
Terkejut Ariana dibuatnya. Kuat sangat ke dia cakap? Atau pendengaran Zara sangat tajam?
Namun dia buat tak layan dan memandang Yana semula. "Anyway, betul ke dia cakap tu? Kau ada boyfriend?"
Yana membuat muka jijik, seperti hendak muntah. 'Ergh, kau mimpi ke apa ni? Sejak bila tah aku suka dekat lelaki, kan. Kau macam tak kenal aku. Bagi aku, lelaki semua tak boleh harap."
Tiba-tiba je Ariana teringat dekat Farish. Lelaki semua tak boleh diharapkan. Betul ke?
"Alah, mana aku tau. Kot-kotlah kau tetiba je nak berahsia dengan kitorang ke apa ke. So, kau taknak kahwin ke?"
Yana mengangkat bahu, tanda tidak tahu. "Memanglah nak, tapi aku tak tahulah aku dapat buang perasaan benci dekat lelaki ke tak. Maybe sampai bila-bila aku jadi anak dara tua.."
"Don't worry, satu hari nanti akan ada seorang lelaki yang akan melembutkan hati batu kau tu." tiba-tiba satu suara berbisik perlahan di belakang mereka.
Terus melatah Yana dibuatnya. Automatik tangan dia mengetuk kepala Zara. "Hoi, kau buat lagi sekali macam tu senget kepala kau aku buat kang!"
Zara hanya menjelirkan lidahnya. "Anyway.. aku jumpa Ryan tadi." Yana terus membulatkan matanya. "Mana? Weh bapak ah, dah lama gila tak jumpa dia. Mana dia?"
Zara menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Um, sebenarnya.. aku bukan jumpa, aku nampak je. Aku nampak dia dengan perempuan lain, yang aku tak kenal. Ariana, entah-entah pasal ni kot dia berahsia dengan Ikram?"
"Apa?" itu je yang mampu keluar dari mulut Ariana. Dia agak terkejut mendengar berita Zara.
"Bukan Ryan kata dia tunggu kau ke.." kata Yana pula. Zara mengangguk setuju. Ariana sendiri agak terasa. Selama ni Ryan selalu kata, bila Ariana dah sedia, dia tunggu. Dia kata dia akan tetap tunggu Ariana. Tapi macam mana.. dia boleh dengan perempuan lain pula? Dia dah bosan ke tunggu?
Dia berharap sangat situasi Farish dahulu tak berulang sekali lagi. Dia percaya Ryan takkan buat macam tu dekat dia.
Yana dengan tiba-tibanya menarik lengan mereka berdua. "Jom, aku nak jumpa dia. Dia tak boleh buat kau macam ni Ariana!"
Zara menunjuk ke suatu tempat. "Tu.. nampak tak? Ari, ke kau kenal perempuan tu?"
Ariana menggeleng kepala. Mukanya tak jelas, namun dia pasti dia tak pernah jumpa atau kenal pun dengan perempuan tu. Mereka cuma memerhati dari celah sudut, dan tiba-tiba..
Yana berjalan ke arah diorang. Dengan laju.
Terkejut beruk Ariana dan Zara, tengok-tengok Yana dah berjalan ke depan. Terus diorang mengejar Yana, nak menghalangnya.
"Hoi, kau buat apa ni!" Ariana separuh membisik separuh menjerit. Yana berkeras mahu pergi ke arah Ryan. Zara pula berusaha menarik Yana pergi dari situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/3720565-288-k891866.jpg)
YOU ARE READING
Sunshine
Roman d'amour"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau bangla jugak? Aku cakap dengan bangla tadi." "Oh, please. Siapa jugaklah yang set contact name aku jadi 'sunshine ♡' dalam phone dia, hm?" "...