bab 1

17.5K 442 6
                                    

author's note: hii. selamat datang, dipersilakan baca cerita saya. minta maaf sebab chapter awal2 memang agak teruk. but i promise it gets better. so dont stop reading, dan kepada yang setia membaca, kepada yang vote, kepada yang suka cerita ni, thank you so much. love ya

Hanna Ariana keluar daripada limousin hitam miliknya dan melangkah ke atas karpet merah. Lensa kamera milik Paparazzi mula tertumpu kearah gadis itu.

Dia melambai-lambai ala-ala diva gedik. Sedang dia asyik berjalan dan memandang kamera, tiba-tiba dia tersadung ke hadapan. Cepat-cepat dia membetulkan gaunnya. Serta merta mukanya bertukar menjadi merah jambu macam letak blusher terlebih pula. 'Malunya aku. Macam mana pulak batu boleh ada kat situ? Ish, buat aku malu je.' Ariana bermonolog dalam hati. Tiba-tiba dating seorang perempuan tua membawa baldi berisi air lalu menyimbah kepadanya. "BANGUN!!!" jerit makcik itu.

"Mana limousin aku? Mana paparazzi semua? Mana?" jerit Ariana dalam keadaan separuh sedar. "Oi mak cik. Sekarang ni dah pukul 7.00 pagi. Pergi mandi cepat!" bebel ibunya, Puan Liza. "Lek ar ibu, harini kan cuti. Hadoii." Katanya lalu kembali baring di atas katil empuknya. "Ariana, kamu ni mimpi lagi ke? Harini hari Jumaat la. Mengigau je tau. Dah-dah, pergi mandi. Badan bau macam itik tak mandi tiga bulan," bebel Puan Liza lagi. "Lah, awat tak habak awal-awal tadi? Tengok kan dah lambat." Kata Ariana sambil lewa. "Daripada duduk bercakap kat sini lagi, memang la lambat. Baik pergi mandi cepat." Puan Liza pun dah tak larat nak membebel lagi. Ariana akhirnya akur juga dan terus bersiap untuk ke sekolah.

Tepat pukul 7.25 pagi, Ariana sampai ke sekolah. "Lagi 5 minit je aku nak lambat. Kalau tak, habis kena dengar Cikgu 'Jambang' berleter. Selamat aku,' fikirnya. Dia terus berlari ke kelasnya dengan kelajuan mengalahkan Sparta. "Hoi Ari, asal lambat? Oh aku lupa, kau kan selalu lambat," sapa Yana, rakan baiknya. "Hai..korang..aku..penat," kata Ariana yang sudah tercungap-cungap. "Kau selamat harini. Jangan macam semalam sudah," kata Yana. Mana tidaknya, semalam dia terbangun lewat, sampai sekolah dah pukul 8.10 pagi. Habis kena berleter panjang berjela dengan Cikgu Jambang tu. Naya kalau dia lambat lagi harini.

"Hei, korang nak tahu tak? Sekolah lain nak datang sinilah! Rasanya diorang kena berkumpulan dengan kita, untuk buat tugasan kot." Kata Zara yang tiba-tiba menyampuk. "Sekolah mana?" Tanya Ariana. "Sekolah Seksyen 96 tu! Wah! Excitednya aku!" kata Zara sambil terlompat-lompat kegirangan. "Yang kau ni dok tergedik-gedik seronk sangat kenapa?" Tanya Yana. "Eh, mestilah seronok! Budak lelaki kat sana ramai yang hensem tau. Mana tahu ada jodoh, kan?" Kata-kata Zara itu membuatkan Yana dan Ariana berasa hendak muntah. "Entah papelah kau ni. Tetiba dapat lelaki rongak lima batang baru tau." Kata Yana menyebabkan Ariana ketawa terbahak-bahak. "Eleh, tahulah korang jeles. Huh." Kata Zara.

Sedang mereka asyik bersembang, tiba-tiba Cikgu Lela masuk ke dalam kelas. "Bangun! Assalamualaikum, Cikgu!" jerit ketua kelas.

"Waalaikumsalam, duduk semua. Cikgu ada berita gembira dan buruk. Nak dengar mana dulu?" Tanya Cikgu Lela.

Badrul, salah seorang daripada pelajar tingkatan 5 Amanah, segera menjawab, "Mestilah berita baik dulu! Kan? Kan?" "Hmm, Sekolah Seksyen 96 akan tumpang kat sekolah kita. Kamu kena buat kumpulan dengan diorang." Terang Cikgu Lela. Ariana mengangkat tangannya. "Cikgu, kenapa kitorang pulak?" Tanya Ariana.

"Sebab yang datang nanti Form 5. Sama la ngan korang semua." Terang cikgu. "Korang kena buat tugasan sama-sama. Sekarang kan bulan 3. Nanti takde masa pulak korang nak berseronok hujung tahun. Jadi pengetua nak korang anjurkan game sendiri. Explorace ke, apa-apa je, suka hati koranglah." Terang Cikgu Lela lagi.

SunshineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang