bab 37

2.2K 134 6
                                    

"Ibu, nak keluar dengan Farish jap." kata Ariana kemudian menyalam tangan ibunya. "Nak naik apa?" soal Puan Liza.

"Lahai, Ari kan pandai bawak motor. Ibu rileks je. Ok?" katanya dengan muka yang bangga. Maklumlah, baru dapat lesen dua minggu lepas.

"Ha yelah yelah, jangan lama-lama sangat. Balik awal." pesan Puan Liza, Ariana mengangguk lalu bergegas keluar rumah.

Farish kata hendak jumpa dia di tasik semalam. Dia kata tak lama pun nak jumpa, sekejap je.

Dalam perjalanan, tiba-tiba motornya semakin perlahan. Perlahan, dan perlahan. Dan berhenti.

"Eh? Alamak apahal doh motor ni! Aku baru je dapat lesen kau dah buat hal. Aduhmak ai. Siapa nak tolong aku dekat tepi jalan ni?" Ariana membebel seorang diri.

/ / / / /

Farish melihat jam di tangannya buat kesekian kali. Dia memandang sekeliling, masih tiada lagi kelibat Ariana. Semakin risau dibuatnya. Call pulak dia tak jawab, masuk voicemail.

Baru sahaja dia bangun daripada duduk, dia terdengar suara Ariana dari belakang.

"Sejak bila kau rajin exercise ni?" tegur Farish sebaik sahaja dia nampak Ariana yang menunggang basikal.

Ariana meletak tepi basikal sewanya, dia sempat menjeling Farish.

"Diam kau." kata Ariana, dia melabuhkan punggungnya  di bangku. "Um, weh.. aku sebenarnya.." kata Farish, namun Ariana mengangkat tangannya, memberi signal suruh Farish senyap. 

"Boleh kau cakap nanti tak? Aku nak beli ice cream dulu, penat ni." 

Farish mengangguk, dia hanya mengikut kehendak Ariana, dia faham betapa penatnya dia menaiki basikal tadi. Lagi-lagi dia tahu Ariana jenis tak suka nak bersukan. 

Mereka berjalan ke seorang pakcik yang menjual ais krim. "Pakcik, vanilla satu, eh, dua." kata Ariana kepadanya. Farish mengerutkan kening. "Untuk aku sekali ke?" 

Ariana mencebik sambil mengangkat keningnya. "Taklah, aku lapar. Aku nak makan dua." katanya bersahaja. "Itu sarcasm ke apa? Aku tak dapat nak detect." Farish menggaru kepalanya, kurang faham dengan maksud Ariana. 

Ariana ketawa melihat Farish yang mukanya blur semacam. "Untuk kau lah ngek, takkan aku nak makan dua-dua kot." 

"Tapi aku nak chocolate." balas Farish sambil membuat muka sedih. "Ah, banyak cantik muka kau. Aku dah belanja ni terima jelah dengan seadanya. Lagipun sedap apa vanilla." Ariana menghulurkan ais krim vanilla kepada Farish. 

"Meh, chocolate paling sedap kot. Taste kau teruk." kata Farish pula, namun dia tetap makan ais krim itu. Ariana tersenyum senget. "Really? Yeah, betul lah tu. Taste aku memang teruk." balas Ariana sambil mengangkat kening, masih tersenyum senget.

Farish pula tidak faham apa benda yang Ariana rasa kelakar tu. Beberapa saat lepastu, baru dia faham apa maksud Ariana. 

"Maksud aku, taste makanan kau teruk. Not in guys, because, trust me, your taste in that is really good." Farish membetulkan ayatnya semula, riak wajahnya jelas menunjuk dia bangga. 

Ariana mencebik. "Please, kau takdalah hensem mana pun." kata Ariana sambil memandang tempat lain. Dia tak boleh nak menipu, sebab tu dia pandang tempat lain. 

"Ariana." panggil Farish tiba-tiba.  Wajahnya yang tadi dihiasi dengan senyuman kini digantikan dengan wajah yang serious. Ariana tiba-tiba rasa berdebar. "Apa?" 

"Aku..." kata Farish, namun dia tak menyambungkan ayatnya. Ariana merasakan seperti dia hendak memberitahu sesuatu yang sangat penting, sebab dari riak mukanya mengatakan sama ada dia takut nak bagitau atau tak sanggup nak bagitau atau tak tau nak bagitau macam mana atau... ah, apa-apa jelah. 

"Aku sebenarnya.." Farish melepaskan keluhan yang berat, memandang lantai sambil mengerutkan kening. Ariana tiba-tiba menjadi risau. "Kenapa ni? Kau ada masalah ke?" soalnya kerisauan. 

Kalini Farish memandang tepat mata Ariana. "Aku nak break." 

Mimpi ngeri Ariana kini menjadi nyata, mimpi yang dia berharap selama ni takkan jadi kenyataan, akhirnya terjadi. Dan dia tak tahu nak buat apa. 

SunshineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang