Bab 5

4.4K 152 0
                                    

Ariana menghempaskan badannya atas katil. Kemudian dia bangun balik. Dia memandang Ryan. "Okey tak?" soalnya. Ryan mengangguk. "Suruh mak awak ajar awak dekat rumah. Boleh?" tanya Ariana. Ryan memandang Ariana. Ekspresinya bagaikan tengah berusaha untuk memahami kata kata Ariana. "Ask your mom to teach you Malay at home."

Telefon Ryan berbunyi. Dia mengangkat telefonnya. Dia mengeluh. "Um I gotta go now. Bai Ari."

Ariana mengangguk. Ryan bertemu Pn Liza dahulu sebelum keluar dari rumahnya.

Pn Liza memandang Ariana sambil tersenyum. "Kenapa?" tanya Ariana. Pn Liza makin tersenyum lebar. "Ibu kenapa?"

"Ari ngan Ryan ada pape ke?" soal Pn Liza. "Ya Allah. Tak ada." Ariana memprotes. "Nampak macam rapat je." tambah Pn Liza. Ariana menggeleng kepala. "Kita kan jiran." balas Ariana, tidak mahu mengalah.

"Alah, takpayah nak berahsia. Ibu tahulah." kata Puan Liza sambil tersenyum-senyum. "Ryan dengan Ari sesuai apa. Sepadan betul!" Puan Liza mengusik. Dia tahu Ariana tidak suka apabila dia dipadankan dengan mana mana lelaki, gorjes atau tak.

Ariana menarik muka masam. "Ibu, boleh tak jangan nak jadi matchmaker kat sini? Takde rancangan pun."

"Adelah. Rancangan--" Puan Liza tiba-tiba berhenti. Terkejut Ariana dibuatnya. "Kenapa ibu?"

"Ariana. Ryan. Nama pun sepadan. Ya Allah! Macam mana boleh tak perasan? Korang berdua macam ada jodohlah. Atau memang jodoh?" usiknya lagi. Ariana membulatkan matanya. Dia menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa sambil menonton tv.

Ding dong! Bunyi loceng rumah. Ariana bangun lalu menuju ke pintu. Terkejut beruk Ariana melihat orang di depan dia.

"Apa kau buat kat sini?" soalnya, separuh menjerit. "Aku datang pun tak payahlah jerit. Aku....nak topi aku balik." kata Farish. "Lah, tu je ke?" tanya Ariana, sedikit kecewa.

Ariana hanya berdiri di situ sambil bersilang tangan. Farish mengangkat kening. "Tak nak bagi ke?" Ariana menggeleng. "Taknak jemput masuk ke?"

Ariana membuat muka terkejut. "Oh.. lupa! Jemput masuk." Ariana mempelawanya. Farish tidak menyangka Ariana menjemputnya betul betul. Dia cuma bergurau saja. "Eh, taknak taknak. Aku datang nak topi aku je." Farish menggaru kepala yang tak gatal.

"Kenapa?" soal Ariana. "Sebab...tu topi aku?" Farish menjawab soalan yang sudah jelas jawapannya. "Yelah, kenapa nak sangat?" Farish memandang pelik ke arahnya. "Sebab tu topi aku lah, ngok apa kau ni?" katanya selamba.

Ariana menjeling. "With that attitude, I'm not giving back your snapback." Ariana berkata sambil tersenyum sinis. Farish mengeluh. "Yelah yelah. Sebab..aku rasa macam tak complete lah tak pakai snapback aku tu. Fav aku tu. Lagipun, tu...ada orang bagi." terangnya.

"Siapa?" tanya Ariana yang mula mengorek rahsia. "Adalah. Kau tak payah tahulah." "Taknak bagi."

"Kalau aku sanggup pergi kat rumah kau semata mata nak ambik snapback aku balik. Kau agak sapa bagi?" soal Farish semula. Ariana berfikir lalu terangguk angguk, bagaikan faham maksudnya. "Kejap aku ambik." Ariana berlalu pergi ke biliknya lalu kembali ke ruang tamu sambil memegang topi Farish.

"Nah." Dia menghulurkan topi itu. Farish tersenyum. "Thanks." Ariana memandang Farish. Rasanya, ni pertama kali dia senyum ikhlas macam tu dekat dia. Peliknya. Special sangat ke orang yang bagi snapback tu?

Selepas Farish pulang, Puan Liza terus menyerbu ke arah Ariana. "Siapa tadi?"

"Kawan. Dia datang nak ambik topi. Ibu jangan nak match-match eh. Ari nak naik atas." kata Ariana dengan pantas, tidak mahu ibunya mengusik lagi. Puan Liza hanya tergelak mendengar jawapannya.

SunshineWhere stories live. Discover now