Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba, Farish dan Ikram berlari pecut ke kantin. Bukan lari gitu gitu, lari pecut ni. Diorang kata sapa sampai kantin dulu kena belanja apa saja yang si pemenang nak.
"Aku akan sampai dulu!" jerit Ikram yang berada di hadapan Farish. "Blah kau! Jangan harap!" balas Farish pula, dia kini memotong Ikram.
Dia memandang ke belakang dan menjelir lidah, sambil berlari. Berlari sambil pandang belakang, apa padahnya?
"Hoi pandang depan lah!" jerit Ikram. Segera Farish menoleh ke hadapan semula, tengok tengok kepala dia bertembung dengan tiang. Sekali badan, tapi kepala yang kena dulu. Terduduk Farish menahan sakit.
Nasib baik time ni pelajar lain baru nak keluar, so tak berapa ramai orang yang nampak.
Farish memandang sekeliling. Bapak malu. Muka dia merah menyala, apatah lagi dahi dia. Merah habis. "Hoi kau okey tak ni?" soal Ikram.
Farish mengangguk. Dia bangun semula dan berjalan ke kantin seperti biasa. "Dahi aku amacam?" dia tanya kepada Ikram. Ikram cuba tahan gelak, buat muka serius. "O-okey je."
Farish mencebik. Tengok muka Ikram pun dah tahu Ikram ni tak boleh dipercayai.
Mereka berjalan seperti biasa, tiba tiba Farish berlari pecut semula. Terkejut beruk Ikram dibuatnya. "Asal lari woi!" jerit Ikram namun Farish buat tak endah.
Sampai je di kantin, Farish berdiri tegak, menunggu Ikram.
"Aku sampai dulu, so belanja aku." katanya, macam takda apa apa yang berlaku tadi. Ikram akhirnya akur, terpaksa ikut sebab kesian jugak dekat Farish. Berjuang habis habisan sampai langgar tiang semata mata untuk makanan. Tabik.
"Bak duit, aku nak keropok lekor." Farish menadah tapak tangan. "Haih yelah yelah." Ikram mengeluh, menghulurkan duit kepadanya.
Sebaik sahaja Farish memberi duit kepada makcik kantin, tiba tiba lengan bajunya yang putih bersih dihiasi dengan warna merah. Sos cili. "Woi!" Farish separuh menjerit. 'Haih, minah ni lagi. Siapa lagi kalau bukan minah ni yang asyik cari pasal dengan aku.'
Dia memandang pelajar yang berdiri di sebelahnya. "Nampak tak kau buat apa ni?"
"Ops, sorry. Tak sengaja." kata Ariana dengan nada tidak ikhlas.
"Tu je? Baju putih bersih suci lagi murni ni kotor, sebab kau tahu tak?" bentak Farish.
"Alang alang dah kotor tu, meh sini aku tambah lagi sikit." Ariana mengambil sos cili dan meletakkan ke lengan Farish. Farish pula tak menjangkakan Ariana akan buat lagi, so memang kenalah sos tu kat lengan dia.
"Hoi!" jerit Farish, terkesima. Ariana pula buat muka selamba.
Farish baru je terfikir nak balas balik, tapi dia terhenti. Dia bagi keropok lekor kepada Ikram dan berkata, "Pegang jap." Dia berlalu pergi, dengan begitu pantas.
Ariana pula terpinga pinga. Pelik pun ada. Biasa Farish layankan je kalau nak gaduh. Dan biasanya, dia yang start dulu. Farish makin pelik sekarang ni. Sejak dia bercakap dengan Mira kot?
Ke dia marah sebab Ariana kotorkan baju dia? Aih, tak boleh jadi ni.
"Farish kenapa?" Ariana tanya Ikram. Ikram mengangkat bahu. "Tadi dia jatuh. Tu perangai pelik sikit kot." jawabnya.
"Aik, jatuh kenapa?"
"Langgar tiang."
"Setahu aku dia tak rabun kan, macam mana boleh langgar tiang pulak?"
Ikram tersengih. "Kitorang main lumba lari tadi. Siapa sampai dulu dia kena belanja."
Ariana mengangguk. Sekarang dia tahu. Perangai Farish yang agak tak betul dan macam kebudak budakan tu masih ada dalam diri dia. Tapi kenapa bila dengan Ariana dia macam lain? Ariana dapat rasakan tu. Farish macam dah tanak gaduh dengan dia.
Dan Ariana rasa sunyi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sunshine
Romance"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau bangla jugak? Aku cakap dengan bangla tadi." "Oh, please. Siapa jugaklah yang set contact name aku jadi 'sunshine ♡' dalam phone dia, hm?" "...