epilogue

6K 187 13
                                    

"Sini sini!" Zara memanggil Ariana yang baru sahaja sampai di dewan hotel. Zara sudah memilih meja khas untuk mereka awal awal lagi. Ariana memandang sekeliling, terkejut dan teruja melihat ramai rakan sekolahnya dahulu sudah datang. Masing masing menjerit gembira memeluk rakan yang dah lama tak nampak batang hidung hampir tujuh tahun lamanya.

Paling orang excited nak jumpa tak lain tak bukan Khadir, the legendary host of the entire batch. Yang kelakarnya semua yang jumpa dia akan buat muka terkejut macam nampak penguin terbang, sampai Khadir sendiri muak tengok sampai satu tahap dia tutup matanya bila dia nampak tanda tanda orang nak buat muka terkejut.

"Kau pahal tutup mata? Ingat aku naked ke apa sakai?" Zafril mengerutkan kening melihat tindakan pelik dia tu. Ingat siapa Zafril? Ketua kelas yang setiap kata kata yang keluar dari mulutnya macam sindiran dulu tu.

"Kau nak buat muka terkejut sebab tak percaya aku ada anak," katanya dengan mata masih tertutup.

Zafril mengetuk kepalanya. Nak ketuk badan dia tengah dukung anak dia pulak. "Kau ni sengal apa? Aku bagi hadiah kot masa first anak kau lahir."

Khadir mengangguk memahami, teringat akan situasi tu dulu. "Betullah tu. Satu satunya kawan yang bagi tisu basah sebagai hadiah. Kau fikir aku sanggup lupakan hadiah yang teramat bermakna lagi istimewa tu?" cubaan Khadir membuat remark sarkastik macam Zafril dulu tak menjadi sebab dia tak ambil peduli pun.

/ / /

"Yana mana?" soal Ariana yang tercari cari kelibat sahabatnya yang sorang tu. Zara tersengih. "Tu ha, dia datang paling awal sekali nak tolong set up semua ni." dia menunjuk ke arah perempuan yang sibuk ke hulur ke hilir berbincang dengan Khadir. 

"Kitorang lambat ke?" sapa satu suara yang sangat dikenali. Ariana dan Zara terus memandang Farish dan Ikram. Farish tersengih menampakkan giginya. "Hai," dia melambai kecil kepada Ariana. Zara mencebik melihat mereka berdua. "Tch, kat Ariana je ke hai? Aku pun kawan kau jugak en." 

Farish ketawa kecil. "Hai Zara," tiba tiba suara orang lain pula yang menyapanya. Tanpa melihat siapa gerangannya pun dia sudah mula membuat muka kosong. "Hm, yelah hai. Aku dah bosan sebenarnya hari hari tengok muka kau. Tengok muka kau tak rasa reunionlah. Duduk tempat lainlah," kata Zara dengan selamba. Ryan sudah terbiasa dengan kata-kata Zara yang memang tak berlapik, namun dia masih berpura pura terasa dengannya. "That's mean. I hate you." 

Selama beberapa minit mereka berborak, mostly pasal kehidupan mereka selepas berjauhan selama beberapa tahun, kecuali tiga orang yang dah sememangnya satu universiti tulah. Tiba-tiba muncul kelibat seorang perempuan yang membuatkan mereka semua terdiam.

Hana mendekati meja mereka dengan perlahan. Dia tahu hubungan antara mereka dah sememangnya renggang sejak dia buat hal dulu, kecuali dengan Ikram. Walaupun Farish pun childhood friend dia, naya Farish kalau Ariana tahu dia masih rapat dengan Hana. Bukanlah nak dikongkong ke apa, tapi Hana tu jenis yang kena berjaga jaga sikit.

Farish mula menjauhi Ikram sebab dia tahu Hana akan duduk sebelah dia, so dia pun pindah tempat sebelah Ariana. Ariana rasa macam nak ketawa je tengok Farish tetiba beralih tempat sebelah dia.

"Mic test. Khadir handsome, Khadir handsome," kata Khadir, sambil menepuk perlahan mikrofon yang dipegangya. Semua tahu Khadir yang dulu masih wujud dalam diri dia yang sekarang. Kesakaian dia masih sama seperti dulu.

"Alright guys, assalamualaikum semua. Sekarang ni dah pukul satu, eloklah kita start. Yang datang lambat kena denda rotan cikgu Khadir. Alhamdulillah, tengok ramai yang dapat hadir reunion batch kita lepas tujuh tahun tak bersua muka, kan? Ramai dah kahwin, ada anak, dah kerja, aku ucapkan tahniah. Yang jemput aku kenduri korang tapi aku tak datang aku mintak maaf, maklumlah dah jadi famous ni schedule padat sikit. Yang single aku ucapkan usaha lagi," Khadir berhenti sebab dia nampak semua orang tetiba kecoh berbisik antara memasing.

SunshineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang