so part ni akan menjadi farish's point of view. first time ni beb!
FARISH'S POV
"Hai Farish. Kau masuk apa?" sapa seorang perempuan. Aku pandang bawah, haih, pendek rupanya. Sama je macam Ariana. Tinggi diorang lebih kurang kot? Dua dua pendek. Bukan sebab aku ni tinggi ok. Aku normal.
"Lumba lari." aku jawab, aku perhatikan dia. Cuba nak ingat balik, kalau aku pernah cakap dengan dia atau pun tak. Aku kenal dia ke? Dia kenal aku ke?
Aku mengeluh, penatlah nak ingat. Buat penat otak aku je nak fikir benda tak penting.
"Oh, wow. Kau rumah sukan apa?" soalnya lagi. "Hijau."
Tiba tiba muka dia berubah ceria, teruja malah. "Betul ke? Yay, kita samalah!"
Aku cuma senyum dekat dia, tak tahu nak jawab apa. Dahlah tak kenal budak ni siapa, tiba tiba datang borak dengan aku. Tapi aku taknaklah bagi first impression aku sombong pulak. Tak baik.
Aku menggaru kepala. Lama jugak aku tunggu nak tanya dia. "Boleh aku tanya?"
Dia mengangguk ceria. "Boleh, tanyalah."
"Erm, kau ni siapa eh? Maksud aku, kita tak pernah jumpa kan?" aku cuba taknak dia rasa terguris, sebab manalah tahu aku sebenarnya pernah cakap dengan dia ke.
Dia hanya tergelak. "Apalah kau ni. Aku kawan sekelas kau lah. Aku sekolah ni. Kita baru sekali bercakap. Ni kali kedua."
Aku mengangguk tanda faham. Hm, tak pernah nampak pun budak ni dalam kelas aku. Mana taknya, Ariana asyik kacau aku je. Budak lain aku tak sempat nak ambik kisah pun.
"Aku Mira. Boleh kita berkawan?" dia bertanya, mukanya masih tersenyum. Hobi dia memang suka senyum kot.
"Boleh je." aku balas dengan senyuman. Tapi aku malas nak layan dia dah, so aku mintak diri dulu.
"Farish, kau pergi mana tadi ha?" tegur Ikram yang terkocoh kocoh berlari. Aku menjongket kening. "Aku dekat khemah atas padang tu je tadi. Aku tunggu kau punya lama kau tahu tak?"
Ikram tersengih sengih. "Sorry lambat. Perut aku buat hal. Btw, kau cakap dengan siapa tadi?"
Aku malas nak jawab soalan dia, nanti lagi kena attack. Aku hanya mengangkat bahu. Ikram angguk walaupun muka dia nampak macam tak percaya. "Budak kelas kitalah. Apa nama dia tadi eh? Mira? Ah, Mira mira. Betul la tu kot."
"Ariana mana?" soal Ikram tiba tiba. Cis, dia ni. Manalah aku nak tahu minah tu dekat mana. Aku bukannya PA dia pun. "Manalah aku tahu ngek. Tanyalah Ryan."
Ikram mencebik, tak puas hati dengan jawapan aku. "Esh kau ni. Aku tanya sebab korang berdua kan rapat. Bila ada dia je, mesti ada kau. Tu sebab aku cari kau tu. Wait, bunyi macam kau jeles je ni."
"Boleh tak jangan nak merepek? Tolonglah." aku mengeluh.
Aku bangun dan berjalan menuju ke khemah di padang. Langkah aku terhenti sebaik sahaja ternampak Ryan. Apa lagi buat aku bengang, Ariana ada dekat sebelah dia. Walaupun diorang cuma bercakap, entah kenapa aku rasa macam tak senang.
Geram betul tengok diorang berdua. Kacau mood aku je nak lepak bawah khemah. Aku mendengus geram. "Bro, muka ti jangan berkerut sangat." Ikram tegur dari belakang.
Aik? Bila pulak mamat ni ada kat belakang? Tak perasan pulak dia ikut aku tadi. "Nampak sangatlah kau suka dia. Kalau orang lain tahu macam mana? Ariana dengan Ryan tu dahlah hot. Kau pun sama. Macam dua orang budak gosip tadi tu."
Tak semena mena Ikram melepaskan tawanya dengan kuat, teringat apa yang digosipkan dua orang tadi tulah kot. "Hoi Ikram. Bangunlah. Jangan buat malu kat sini."
Ikram kembali normal (lol) selepas beberapa minit ketawa sendirian. Walaupun orang pandang pelik, kisah apa dia kan?
Mukanya masih merah, air mata dikesat akibat ketawa terlebih. "Kau tahu, muka kau tu senang nak dibacalah bro. Kang Ariana dapat tahu macam mana? Habis kau nanti."
Aku mencebik. "Kenapanya kalau dia tahu pun? Ryan tu cousin dia je kot."
Ikram terdiam seketika. Bulat mata dia pandang aku. "Pahal kau ni?" aku tanya. Tiba tiba je dia buat muka macam tu. Seram pulak aku.
"AKHIRNYA KAU MENGAKU KAU SUKA ARIANA! OHMYGODOHMYGODOHMY--" ambik kau jeritan Ikram, bergema satu khemah, eh silap, dua khemah rasanya.
Aku menendang kaki Ikram, nasib baik berhenti. Terduduk mamat tu atas rumput. Padan muka. Berani kau bocorkan rahsi--
Nanti.
Tunggu dulu. Rahsia? AKU MANA ADA RAHSIA PASAL ARIANA. OH MY GOD. AKU TAK PERNAH SUKA DIA PUN. APA NI.
Aku pandang sekeliling. Hampir semua orang memandang kitorang berdua. Ya Allah, malunya. Apa jelah mamat ni dah buat? Haih, teruk aku.
Seketika aku terlupa Ariana dan Ryan berada di khemah yang sama dengan kitorang. Aku pandang mereka berdua.
Shoot. I'm dead. SO DEAD.
Diorang berdua memandang aku, Ariana memandang dengan muka takda perasaan. Ryan pula..senyum dekat aku? Dia ni nak perli aku ke apa? Ergh, jangan mamat tu gay sudah.
Aku menghulurkan tangan dekat Ikram, walaupun aku tahu takdalah sakit mana pun kaki dia tu. Aku tendang sikit je tadi. "Lain kali mulut kau tu jaga sikit."
Ikram hanya tersengih. "Sorry. Tiba tiba aku rasa excited. Wow, seriously. Tak sangka aku yang kau akan mengaku akhirnya. So, kau plan nak confess dekat dia lah kan sebab kau kata kau tak kisah kalau dia tahu pun. Kan? Oh my god, IM HYPERVENTILATING."
Aku berdehem. "Aku rasa kau salah faham. Aku sendiri tak tahu aku cakap apa tadi. Dan aku tak suka Ariana."
Ikram menggeleng kepala, muka dia serious. "No no. Memang kau tak tahu, dan kau tak sedar kau cakap apa. Sebab tu lahir dari hati kau. Dan sekarang ni, aku tahu kau tak jujur. Sebab kau dah plan dalam kepala otak kau, kau nak cakap apa dekat aku. Otak kau yang rancang.Kau taknak bagitau rahsia kau tu."
Tergamam kejap aku dengar apa yang Ikram cakap.
"Wow, ok sejak bila kau jadi psychic ni?" aku bergurau. Ikram terdiam seketika. "Kalau aku ni psychic, maknanya apa yang aku cakap tadi tu betullah kan? KAU SUKA ARI--" terus aku tutup mulut dia. Memang tak tahu nak jaga mulut betul Ikram ni. Haih.
"Aku tak maksudkan apa yang aku cakap tadi. Aku tarik balik."
Ikram hanya ketawa. "See? Tadi tu lahir dari hati kau. Apa yang kau taknak mengaku, kau kata tu bukan kau. Sebab tu hati kau yang kata. Hati kau suruh kau keluarkan apa yang kau rasa. Sebab dia taknak kau simpan rahdia kau tu lagi. Dia kata kau kena bagitau sahabat kau ni ha." terangnya sambil menunjuk ke arah dirinya sendiri.
Aku menggeleng kepala. "Terpulanglah kau nak cakap apa. Aku tak percaya benda merepek ni."
Ikram merenung aku tajam. "Baik kau mengaku sekarang."
Aku menggeleng kepala lagi. Jangan harap. Aku nak mengaku apa? Bukan aku suka Ariana pun.
Ikram membuka mulut, dan firasat aku mengatakan Ikram akan membuat sesuatu yang--
"FARISH SUKA ARI--"
"Ok ok stop! Tolong jangan memalukan aku dekat sini." aku memandang sekeliling, masih ada segelintir pelajar yang memandang kitorang. Nasib Ariana dah takda kat sini.
"AHMAD FARISH SUKA ARIANA---"
"OK fine aku mengaku! Aku suka dia. Puas hati dah?"
Ikram tergamam seketika, lepastu dia melepaskan jeritan yang kuat mengalahkan perempuan.
Habislah, semua orang pandang aku. Ikram, aku dah mengaku kan? Kenapa kau memalukan aku lagi? Haih, apa punya kawan lah aku ada ni.
a/n
So yeah. AKHIRNYAA FARISH MENGAKU WOOHOOO IM HYPERVENTILATING
btw korang perasan tak masa farish cakap dengan mira, dalam otak dia fikir pasal ariana. dan dia bandingkan mira dengan ariana. ha hA pERASAN TAK HEHEH
will update more after exam. which is next tuesday.
so adios.
YOU ARE READING
Sunshine
Romance"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau bangla jugak? Aku cakap dengan bangla tadi." "Oh, please. Siapa jugaklah yang set contact name aku jadi 'sunshine ♡' dalam phone dia, hm?" "...