Bab 4

5.5K 172 13
                                    

Percutian di Amerika sudah tamat. Kini, terpaksalah Ariana pergi semula ke dalam kehidupannya yang membosankan. Dia menangkap gambarnya di Amerika buat kali terakhir. "I'm gonna miss you America!" jeritnya. "Ari, buat apa tu? Cepatlah sikit. Dah lambat ni." arah Puan Liza. Ariana bergegas mengambil begnya lalu memecut ke dalam flight.

Dia terus duduk bersebelahan ibunya lalu menyumbatkan telinganya dengan headphone. Puan Liza pula sedang khusyuk membaca novel. Perjalanan yang mengambil masa selama 20 jam itu bagaikan 3 jam bagi Ariana kerana dia tidur mati sejak menyumbatkan telinganya dengan headphone. "Ari bangun dah sampai ni." kejutkan Puan Liza.

Dengan mamai dia bangun lalu mengambil begnya dan turun dari flight. Sebaik sahaja sampai di KLIA, perutnya terus berbunyi. "Ibu, jom makan McD~" pujuknya. Setelah beberapa kali memujuk Puan Liza, akhirnya ibunya mengalah. Ariana berjalan dengan lemah longlai. Berjalan seperti mayat hidup!

BUMP! Terlanggar orang pulak. Tulah, jalan macam orang sleepwalking. Cepat cepat dia meminta maaf. "Eh....?" kata lelaki yang dilanggarnya. Ariana memandang ke arahnya. "Eh, mat bangla! Apa kau buat kat sini?" tanya Ariana selamba.

"Saja datang sini nak buang hajat." Farish membalas dalam nada sindiran. Ariana menjelingnya. "Serieslah gila." Farish tergelak kecil. "Aku baru hantar pakcik aku pergi UK."

Baru sahaja dia hendak keluarkan ayat, perutnya sekali lagi. Dan automatik dia teringatkan McD kembali. "Sorrylah aku kena pergi! Perut dah berbunyi." katanya lalu berlalu pergi.

Ibunya, Puan Liza sudah menunggu di McDonald. "Lah, sikit ni je ke? Ibu tau kan Ari makan banyak. Lagi ni ha perut tengah menyanyi." katanya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis di dunia. 'Nak bodeklah lah tu.' fikir Puan Liza. "Nah, ni duit, pergi beli apa yang patut." Puan Liza mengeluarkan wang kertas RM50.

Muka Ariana terus berubah menjadi ceria. Dia terus mengambil duit itu lalu beratur untuk membeli makanan.

"Banyaknya! Ni nak makan satu family ke apa?" Puan Liza terkejut melihat makanan yang berada di tangan Ariana. Ditambah lagi dengan makanan di atas meja. Ariana hanya sekadar tersengih sengih. "Lapar sangat ni.Kalau tak habis, boleh bawak balik."

Puan Liza hanya memerhatikan gelagat anaknya yang seorang itu makan macam tak makan satu bulan. "Ibu kalau tak makan, Ari kebas semua. Boleh?" katanya sambil memasukkan kentang goreng ke dalam mulutnya. "Makanlah, ibu nak kentang je." Ariana memandang ibunya pelik. "Ibu diet ehhh?" usiknya.

Tiba tiba dia terasa sakit di tangannya. Seperti ada orang membaling sesuatu kepadanya. Ariana hanya bersabar. Sekali lagi dia terasa tangannya dilastik. 'Ish, kot ye pun nak ngorat tak payah la main lastik lastik ni. Buat sakit tangan aku je.' Ariana mendengus geram.

Kali ketiga dilastik, terus Ariana mengamuk. "APA MAIN LASTIK LASTIK NI?! NAK MAKAN PENUMBUK AKU KE?" bentaknya. Lelaki itu terus mendiamkan diri. Semua orang memandang ke arahnya. Dia kembali duduk dan makan nuget. 'Nasib baik makanan ni tenangkan aku. Kalau tak, dah lama aku lempang mamat tu walaupun aku tak nampak dia. Nak ngorat tak berani, baik pergi mampus je.' dia bermonolog dalam hati.

"Kenapa Ari jerit tadi?" tanya Puan Liza setelah terkejut mendengar jeritan Ariana yang sekuat ngauman singa. "Ada orang lastik Ari. Nak ngorat lah tu. Ari sedar Ari ni cantik." katanya selamba. Puan Liza tergelak mendengar jawapannya. 'Ya Allah, perangai anak aku ni menurun dari siapa? Yang pasti bukan aku.' fikir Puan Liza.

Kali ini baru Ariana memandang lelaki itu. Terus dia membulatkan mata. "Woi, ni akulah!" tegur Farish. Hampir tersedak kentang goreng yang dimakannya. "Hek eleh, kau ke? Buat malu aku je tadi." kata Ariana. Farish hanya membuat tanda peace lalu kembali makan makanannya, begitu juga Ariana.

SunshineWhere stories live. Discover now