bab 2

8.8K 241 5
                                    

Semua props sudah sedia. Pelajar-pelajar pun dah sedia. Cuma tinggal waktu sahaja. Macam biasa, Zara terlompat-lompat dan terjerit gembira. "Zara, boleh tak stop jadi macam orang utan? Kang tak pasal pasal aku campak kau dekat Taman Negara Sepilok. Padan muka!" kata Yana yang sudah jemu melihat perangai Zara. "Hah okeylah tu. Boleh kau melawat aku nanti. hihi." balas Zara, tanpa perasaan. Yana hanya menggeleng kepalanya. "Ish ish, kesian kawan aku sorang ni dah tak betul agaknya." bisik hati Yana.

Semua budak form 5 berkumpul di dewan terbuka. Pengetua naik ke atas pentas untuk bagi speech. "Assalamualaikum semua..Harini korang anjurkan game explorace trivia artis. Explorace tentang pelajaran takde ke?" kata pengetua. Seorang pelajar lelaki menjawab, "Takde la cikgu. Cikgu jugak yang cakap kita kena enjoy masa ni. Lupakan pasal pelajaran! Woohoo!"

"Nak enjoy enjoy jugak. Tapi jangan lupa pelajaran. Ingat tu. Ok. Cikgu serahkan kepada Khadir. Sukati korang la nak buat apa." kata pengetua lalu memberi mikrofon kepada Khadir. Sporting betul kan pengetua sekolah ni. Kebanyakan sekolah pengetua semua garang macam singa. Takde can nak berseronok.

Hana Liya sudah terlompat lompat gembira. "Hana, kalau ye pon seronok, takyahlah macam orang gila. Buat malu Ikram je." kata Ikram. "Hehe, tak bolehlah. Hana memang excited nak main!" kata Hana gembira.

"Assalamualaikum, semua sihat? Dah sedia dah? Siapa yang excited? Semua pakai baju sukan tak?" Empat soalan yang dilontarkan Khadir dalam satu ayat. "Satu-satu lah kalau nak bagi soalan. Nampak sangat yang kau ni terlebih excited!" kata seorang pelajar.

Khadir hanya menunjuk riak wajahnya yang terlebih gembira. "So, kumpulan 1-18 dah sedia dah? Kita dah nak start dah ni." kata Khadir. Semua pelajar form 5 menjawab 'ya' dengan serentak.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

"Ish, kau ni! Kalau tahu tak payahlah berlagak tahu pulak." kata Ariana, bengang. "Aku tahulah! Kau ni buat aku stress tahu tak? Stress!" balas Farish, turut berasa bengang. "Apa nama penuh Selena Gomez? Berapa tinggi dia? Best friend dia siapa? Umur dia?" tanya Ikram bertubi tubi. Hana hanya mendiamkan diri. Khusyuk berfikir agaknya. Kertas yang dipegangnya ditengok berkali-kali.


Nama penuh:

Tinggi:

Best friend(s):

Boyfriend:

Umur:

*kalau tak tahu jawab, padan muka! kahkahkah*

"Boyfriend dia aku tahulah." kata Ariana. "Eleh, setakat boyfriend aku pun tahu." kata Farish mengejek. "Ah diamlah kau! Berlagak tahu semua benda, padahal satu habuk pun tak tahu!" balas Ariana. "Ish, kau ni!" Farish sudah mengepal-ngepal penumbuknya. "Korang ni! Tak payahlah bergaduh. Kita satu team. Kenalah ada kata sepakat!" kata Ikram untuk menenangkan dua manusia yang tengah hangat bergaduh itu.

Hana memetik jarinya. Semua mata tertumpu ke arahnya. "Aku tahu!" kata Hana. "Akhirnya memori kau dah kembali! Alhamdulillah!" kata Ariana seolah-olah Hana hilang ingatan pula.

"Nama penuh Selena Marie Gomez. Tinggi dia 166cm. Best friends, Taylor Swift dengan Demi Lovato. Boyfriend Justin Bieber." Umur 20 tahun." kata Hana dengan laju. Mereka yang lain hanya tercengang memandangnya. Hana hanya tersenyum bangga. 'Hehe, geliga jugak otak aku ni.' bisik hatinya.

"Wow, mana kau tahu ni? Hebat-hebat." puji Ariana. "Perkara biasa je ni." kata Hana sambil tunjuk tanda 'peace'. "Okay! Move on to the next destination!" jerit Ariana.

* * * * * * * * * * * ** * * * ** *

Mereka semua berlari sepantas kilat. Sampai ke dewan terbuka, mereka terus memberi kertas yang dipegang. "Kumpulan kitorang yang keberapa?" tanya Ikram. Pelajar yang menjaga kaunter terakhir di dewan terbuka itu pun berkata, "Yang kedua." "What?! Berapa?" tanya Farish. "Eh, kumpulan ketiga. Sorry sorry." kata pelajar itu lagi.

SunshineWhere stories live. Discover now