bab 50

2.7K 119 8
                                    

Ariana mengerling jam tangannya. Ah sudah, dah pukul berapa dah ni. Tadi dah janji dengan ibu taknak balik lewat.

Dia terus straight to the point je sebaik sahaja diorang keluar panggung. "Kau nak cakap apa?"

Farish, on the other hand, amatlah tak bersedia bila dia terus kena tanya. Walaupun dia yang kata nak cakap tadi. "Um.. aku.."

Lagi sekali Ariana melihat jam tangannya. Sebenarnya sengaja dia buat macam tu. Dia cuma taknak berdiri lama lagi dah menghadap muka Farish sekarang ni.

"Kalau ada apa apa hal penting, baik cakap sekarang. Kalau tak, aku blah sekarang." katanya dengan lagak yang tenang dan cool. Dah siap acah nak blah betul betul pulak tu. Tapi dalam hati ha kau, laju mengalahkan F1.

"Tunggu. Memang hal penting pun. Aku nak tahu, kau suka aku lagi tak?" soal Farish dengan laju. Memang agak memalukan pun bila dia tanya soalan macam tu.

Ariana terkejut beruk bila dengar soalan yang terpacul keluar dari mulut Farish. Matanya berkelip banyak kali tanpa henti. "Apa?"

"You heard me. Kau suka aku lagi tak? Answer me seriously."

Ariana membatu dan hanya memandang Farish tanpa menunjukkan ekspresi yang sukar ditafsirkan.

Farish sedar soalan dia agak mengejut dan dia pun memang dah agak possibilities yang ada. "Ariana, please. Aku kena tahu."

Nope, Ariana kekal berdiri dengan mulutnya terkunci. Dia sebenarnya speechless dan tak dapat nak decide apa yang patut dijawab.

"Okay fine. Biar aku bagitau kau dulu. Aku still suka kau. Sejak Form 5, sampailah sekarang. Honestly, aku tak pernah tak suka kau selama ni. Dan sebab tu aku nak.. propose kau someday. Aku nak pastikan kau pun ada perasaan yang sama dengan- Ariana? Oh my god kau menangis ke ni? Ya Allah aku tak berniat nak buat kau menangis. Ugh, patutnya aku berhenti bercakap je tadi takpun tak payah cakap langsung daripada tengok kau nangis."

Tiba-tiba Farish terdengar Ariana ketawa kecil sambil menangis. Ah sudah, apa pulak kalini?

"Hoi, punyalah lama aku tunggu kau!" Ariana bersuara.

Farish tersenyum lega bila nampak Ariana tersengih walaupun air mata tengah mengalir haha.

"Betul ke ni? Kau kata nak.."

"Propose? Yes, I'm not kidding. I really love you. And I'm not going to run away again."

"Habis kenapa dulu kau ignore aku? Setiap kali aku whatsApp kau. Semuanya bluetick. Sampai satu masa jadi greytick je. Jahanam hati aku kau buat tahu tak?"

Farish terus rasa bersalah. "Itu-"

"Nah, aku tahu. Kau cuma nak yang terbaik untuk aku kan?"

Farish menggeleng kepala. "Nope, aku saja taknak layan kau time tu."

"Seriously? Wow. Ok. Wow, Farish. Tak sangka kau macam ni. Betullah ni, nilah Farish yang aku kenal. Farish ni buat aku rasa macam nak lempang je dia setiap masa."

Farish ketawa kecil. "Yes, I'm that Farish."

Diorang bercakap tak lama, sebab Ariana baru tersedar betapa lewatnya dia.

Setibanya di rumah, dia terus meluncur laju ke biliknya. "Ibu, sorry lambat tadi ada masalah teknikal!" jeritnya sebelum menutup pintu. Teknikal lah sangat.

Puan Liza yang sedang menonton drama Philippines terpinga pinga. Lepas beberapa saat dia terus abaikan je, lagipun Ariana sudah masuk biliknya. Nak marah esoklah. Harini dah penat.

Ariana mengeluarkan phone dan membuka whatsApp.

Group chat [ zara, ariana, yana ]

Ariana: GUYS BUKAK SKYPE NOW

Zara: WHAT WHAT HAPPENED?

Yana: ada hal penting ke?

Ariana: Exclusively important get your ass to the laptop

Ariana: i have some good news.

SunshineWhere stories live. Discover now