bab 29

2.5K 134 4
                                    

"Hai Ari." tegur Ikram sambil tersengih. Hana pula melambai ke arahnya. 'Wah, lama pulak aku tak nampak dua makhluk ni.' fikir Ariana dalam hati. Nampak diorang berdua ni, Ariana teringat pulak dekat Farish. Dia dekat mana eh sekarang ni?

"Apsal aku lama tak nampak kau eh?" Ariana bertanya kepada Ikram. Dia hanya mengangkat bahu. "Aku ada hal sikit dekat sekolah lama. Harini baru datang. So, as you know, ni minggu terakhir kitorang dekat sini." kata Ikram, sambil memandang Hana yang nampaknya dah mula sebak. 

"Aku dah start sayang dekat sekolah ni tau. Apatah lagi korang semua." kata Hana pula. "Takda aktiviti atau program ke untuk minggu terakhir kitorang kat sini?" soal Ikram kepada Ariana. 

"Eh, mestilah ada. Sabtu ni, ada Majlis Perpisahan.. untuk korang semua lah. So, jangan lupa datang tau!" Mereka berdua mengangguk faham. Hana memandang jam di tangannya. "Oh shoot, dah lambat ni. Bye Ari, Ikram. Aku kena jumpa cikgu ni." katanya lalu terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. 

"Can I say something?" kata Ikram yang memandang Ariana dengan serious. Ariana cuma mengangguk perlahan. Seram pulak tetiba Ikram serious macam ni. Selalu sengih memanjang je budak ni. 

Ikram menunggu seketika sebelum berkata kepadanya, seperti tengah berfikir. Akhirnya dia pandang Ariana semula. "Ariana, aku tahu apa yang jadi antara kau dengan Farish. Aku faham perasaan kau, aku faham kenapa kau tak layan dia lagi dah. Aku tak salahkan kau sebab buat macam tu, tapi cuma satu je aku nak kata, kalau dia dah takda nanti, trust me, kau akan menyesal. So I'm just warning you okay, if you don't want to lose your friendship with him, make a move. And from what I can see, he's been trying so hard to make it up to you." dia berkata sambil tersenyum masa sebut ayat last sekali. 

Kalau masa Zara dengan Yana nasihatkan pun dia dah rasa nak gugurkan je hasrat nak ignore Farish, apatah lagi bila dengar penerangan Ikram. Dia akhirnya tekad, dia akan berjumpa dengan Farish!

Ariana mengorak langkah ke kelasnya, dia berjalan dengan laju sekali kerana excited terlebih. Zara dan Yana yang ternampak Ariana, segera bersorak untuk dia. "Go Ariana go!" jerit Zara sekuat hati tanpa mempedulikan mata mata yang memandangnya pelik.

Yana memandang Zara, kelihatan Zara tersenyum bangga. "Finally, aku dah tunggu saat ni! Wait, jom intip diorang. Aku teringin nak tengok!" ajak Zara yang sudah menarik lengan Yana. 

"And I'm still waiting for the moment they confess to each other..." kata Yana pula. 

Dalam perjalanan, tiba tiba Ariana berjalan denga laju ke arah yang bertentangan dengan kelas. Terus lengan Ariana ditarik. "Kau kenapa pulak ni?" soal Yana, sedikit curiga melihat Ariana yang bermuka sedih. "Takde pape lah. Tak jadi pulak nak tegur dia. Haa, so bye." kata Ariana yang cuba untuk mengelak daripada disoal sekali lagi. 

Zara pulak dah geram habis dengan Ariana sebab perangai dia macam tu. "Esh kau ni. Pergi jelah, tu ha dia kat depan tu!" gesa Zara. Ariana pulak menggeleng kepala bertubi tubi. Yana memandang ke arah Farish dan mencebik. "Patutlah taknak." Dengan Mira rupanya.

"Ari, ingat tak masa Mira kata dia suka Ryan? So tak payahlah takut sangat. Go and talk to him!" Kata Yana yang cuba menaikkan semangatnya.

Ariana kelihatan ragu ragu. "Tapi bukan ke Hana kata diorang -"

Zara yang dari tadi duk tahan sabar, akhirnya terus menarik Ariana sampai di hadapan Farish dan Mira.

Mira tersenyum. Bagaikan faham plan Zara yang tiba tiba mengheret Ariana, dia berkata, "Ok lah weh. Aku ada hal ni. Goodluck." katanya sambil tunjuk tanda thumbs up kepada Farish.

Krik.. Krik..

Dua dua senyap tak berkata apa apa. Farish tak pandang Ari, Ari tak pandang dia. Sorang tunduk pandang lantai, sorang lagi buat buat pandang tempat lain.

10 saat berlalu...

"Pssstt psst!" Ariana dengar bunyi orang memanggilnya. Dia pusing belakang. "Woi cakaplah dengan dia! Kalau tak aku makan Ferrero Roche kau!" Bisik yana perlahan, tetapi cukup kuat untuk Ariana dengar.

Ariana cuma menjeling ke arah Yana, Zara pulak pandang dia sambil tersengih.

Pastu dia pandang farish balik, tetiba dia berdebar, sebab at the same time Farish pandang dia jugak.

Dia bukak mulut, tapi tak jadi sebab farish tiba2 senyum dekat dia. "Hai." Tegur farish.

Like seriously, dia rasa macam dia tak kenal sapa orang kat depan dia ni sebab Farish ni macam baik sangat je. Sikit sikit senyum. Tahulah senyuman dia tu comel. Heh.

"Hi." Balas ariana, yang tak mampu nak sorokkan senyuman nya lagi dah.

Apa yang dia harapkan sekarang ni sama seperti Farish. Berbaik macam dulu, kawan macam dulu, walaupun selalu gaduh, well, kawan memang selalu bergaduh pun kan?

SunshineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang