1 tahun kemudian.
Kini, semua orang sudah menjejak kaki ke universiti dan kolej masing-masing. Macam yang diberitahu sebelum ni, Farish study dekat London, dia ambil course medic. Since diorang semua bercadang nak apply semua universiti yang sama sebelum spm haritu, Zara, Ariana dan Ryan mendapat universiti yang sama. Yana, Ikram dan kawan yang lain-lain tercampak dekat universiti lain. Nasib hiduplah.
Ariana's POV
Hallo, semua. Ariana here. It's been like, what? A year, right?
Oh ya, aku major dalam environmental studies. Bachelor of Arts. And housemate aku obviously Zara. Aku ada kawan-kawan baru yang lain tapi obviously Zaralah yang paling aku rapat. Yana yang tercampak dekat u lain tu, dia takut sangat aku dengan Zara akan jadi makin rapat dan bila kitorang hang nanti dia takut krik krik je dengan dia so kitorang memang hari hari skype. So rasa macam Yana pun tinggal sekali dekat sini.
Anyway, sekarang ni --
"ARI, LARILAH BANGANG!" okay, tu suara Zara. Mesti korang wonder apa bendalah yang kitorang buat ni. Bunyi macam trouble je kan. Ha, memang trouble pun.
Adalah dalam empat lima orang budak perempuan depan aku ni. Aku pandang kan aje budak perempuan depan aku ni, yang aku rasa ketua. Eceh, bunyi macam gangster je tapi pft, rasanya tak layak kot walaupun muka semua acah-acah macam taiko. Sorry to say, muka Yana je sesuai jadi taiko.
"Kau apahal? Nak cari pasal lagi dengan aku?" aku kata sambil tersenyum senget. Well yes, selama aku jejak dekat u ni, aku memang dah masak dengan perangai geng ni. Memang banyak kali jugaklah diorang cari pasal dengan aku. Tah apa yang diorang dengki tah dengan aku. Tak sangka jugak aku dah masuk u pun ada lagi perangai kanak-kanak ribena (diri sendiri pun sama je).
Yang ada cuma aku dengan Zara, dan geng Siti ni. Sorry aku pakai panggil je apa nama aku suka sebab aku tak tahu nama dia.
But maybe kalau pun aku tahu nama dia, I'll still be calling her Siti till the end.
Tapi belum sempat dia nak bukak mulut nak kutuk aku ke apa ke, Zara dah awal-awal tarik lengan aku dan heret aku keluar.
"Zara, aku tak sempat lagi nak roast Siti tu!"
"Kepala hotak kau nak roast dia, and siapa pulak siti hah? Suka hati jiwa raga kau je panggil dia tu. Nama dia —"
Aku terus mengangkat tangan tanda suruh dia diam. "Whoa there, aku taknak dengar kau sebut nama dia. To me, nama dia Siti, okay?"
Zara pandang aku dengan ekspresi hambar. "You just got weirder each day."
Aku hanya mengangkat bahu, malas dan tak tahu nak respon apa pun, haha.
"Yo, korang kat sini lagi ke?" Ryan tiba-tiba muncul di depan kitorang.
"Eh, kau tak masuk kelas ke?" soal Zara, agak terkejut kerana setahunya, Ryan jarang nak ponteng kelas ni.
Dia menggaru kepala dan memandang ke arah tempat lain dengan awkwardnya. "Uhh, aku.. nak pergi tandas?" jawabnya yang berbunyi lebih kepada soalan.
Ok, ni sah pelik.
Aku memandang Zara, dia pun pandang Ryan dengan pelik. Aku agak kitorang fikir benda yang sama.
"Spill jelah." gesa Zara.
Ryan mengeluh dan menggaru kepalanya. "Fine, Ikram kata dia nak datang sini. He'll be here in like.. 5 minutes I guess." katanya sambil memandang sekilas jam tangan hitamnya.
Ikram dan Ryan sejak 4-5 bulan yang lepas, makin rapat je aku tengok. Aku rasa maybe sebab Ikram bosan takda Farish yang dah awal-awal berambus ke London, Ryan pulak asyik kawan dengan aku je, mungkin dia nak cari kawan lelaki yang lain kot haha sebab tu diorang tetiba je rapat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sunshine
Romance"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau bangla jugak? Aku cakap dengan bangla tadi." "Oh, please. Siapa jugaklah yang set contact name aku jadi 'sunshine ♡' dalam phone dia, hm?" "...