Bab 6 - makcik dan bangla

4.1K 163 5
                                        

- Find The Spy - 

"Okey, time for game kedua. Find The Spy. Everyone get ready!" jerit Khadir menerusi mikrofon. "Semua orang ambik satu kertas. Hanya ada 10 kertas je yang ada tanda spy. Game ni senang je. Tugas spy adalah cabut nametag korang tanpa orang tahu identiti diorang. Korang pulak kena carik siapa spy tu. Kalau korang dapat jumpa, korang menang. Kalah kalau spy dapat cabut nametag korang." terang Khadir. 

Semua orang laju mengangguk. "Ok, dah faham jom start."

"Hai Ari. Kau spy eh?" tanya Zara. "Ish kau ni, mana boleh tanya je. Tak bestlah camni." kata Ariana pula. "Habis, camne pulak aku nak tau siapa spy?" tanya Zara kehairanan. 

Ariana mula berjalan jalan. "Figure that out yourself." Ariana tersenyum sendiri. Sebenarnya dia bukan spy pun. Sibuk menggatal kononnya spy. Saje nak kasi Zara suspen sikit. 

Dia bertembung dengan Ikram. Dua dua suspek antara satu sama lain. 

"Ari, kau spy eh?" tanya Ikram, straightforward. Ariana mengangkat bahu. 

Ikram mengeluh. "Aku tanya semua orang, semua cakap entah. Tolonglah jangan buat aku suspen!" 

Gayanya Ikram ni macam bukan spy je. Tapi, tu mungkin taktiknya. 

"Kau pulak?" tanya Ariana. 

"Aku? Eh aku bukanlah." Ikram berkata sambil tersenyum. Ok, ni suspicious. 

"Apa? Tak percayalah tu. Aku bukanla. Betul. K-kalau betul, aku memang dah gagap ni." 

"Ha! Tu gagap tu." Ikram menggeleng. "Tu tak sengaja. Betul." 

Ariana hanya memandang Ikram, bagaikan cuba mencari klu. Nak ikutkan, muka dia nampak macam gelabah je sekarang ni. "Kau syak aku lagi ke?" soal Ikram. 

"Hmm." kata Ariana bagaikan tengah berfikir. "Kau jangan syak weh. Aku memang camni." balasnya. 

"Tak boleh tukar fikiran aku." kata Ariana pula. 

"Tolonglah Ari, aku team mate kau kot. Kau cabut aku punya, aku tak boleh tolong kau." pujuknya. 

Ariana mula menjauhi Ikram. "Nope." katanya lalu berlalu pergi. Betul ke dia team mate aku? Maybe dia nak tipu aku je. Tapi kalau apa yang dia cakap betul macam mana? 

Dia menggaru kepala. Ish, serabut kepala otak aku ni. 

50 minutes later.

"Sekarang hanya tinggal 15 orang daripada 90 orang. 4 spies dah terkeluar." Khadir memberitahu update terkini. 

Ariana sudah pun terkeluar. Tulah, gatal sangat nak berlakon jadi spy, dah kena cabut nametag. Dia hanya termenung sementara menunggu game tamat. "Bosannya lah~ menyesal aku berlakon jadi spy tadi. Eshhh. Eh, jap. Ikram spy ke tak?" soalnya sendirian.

Selepas permainan tamat, Ariana berlari ke arah Ikram. "Kau spy ke?" tanya dia terus. Ikram hanya tersengih. "Tak." jawabnya ringkas. Aish, dia tipu aku ke ni? Ariana masih tidak percaya Ikram. 

"Kenapa? Tak percaya? Taknak percaya takpe." katanya sambil membuat muka tidak bersalah. Ariana menggeleng kepala. "Tak caya sudah." Ikram menjelir lidah. 

Ariana beralih ke arah Hana. "Hana Hana! Ikram spy ke?" 

"Oh, Ikram? Entahlah." Hana mengangkat bahu. Hm, kalau best friend dia pun tak tahu, nak tanya siapa? Khadir? Dia tu bukan boleh diharapkan pun. Farish? Dua kali lima. Tapi, kena cuba.

"Ikram spy ke?" soalnya kepada Farish. Farish menggeleng kepalanya. "Bukan." Jadi dia tak tipu aku lah ni? Hm, siapa patut aku percaya sebenarnya? Farish ni pun tak boleh percaya sangat. 

"Asal garu kepala tu?" tegur Ikram yang muncul entah dari mana. "Jujur jelah. Kau spy ke bukan?" Ikram mengangkat bahu. 

"Diatak percaya aku ke? Kurang asam punya makcik." Farish menggumam. "Aku dengarlah bangla." Ariana menjeling ke arahnya. Farish hanya tersengih macam kerang busuk. 

Ariana ketawa sendiri. 'Apa yang kelakar? Aku buat lawak ke?' fikir Farish. Ariana memandang sekeliling. "Aku cakap dengan bangla tadi. Kau bangla eh?" sindir Ariana lalu ketawa terbahak bahak. 

"Makcik, ada aku jawab ke? Takkan?" balasnya pula. Memang Farish tak cakap apa apa pun. Dia sekadar senyum je. "Ish..kau ni...memang nak kena!" Ariana mengepal penumbuknya. 

Farish membuat muka hairan. "Kenapa kau marah? Aku cakap dengan makcik lah tadi. Kau makcik eh?" Farish membalas sindiran Ariana. 

"Oh lupa, kau memang makcik pun kan? Aku panggil makcik je, mesti kau jawab. Kan, makcik?" Ariana hanya mampu menjelingnya. Kalau nak balas, dia cakap makcik lagi. 

"Tak tau pulak aku bangla sorang ni annoying gila nak mati." Ariana mengomel sendirian. "Aku dengarlah. Tak pekak lagi telinga aku ni, makcik." Farish merenung Ariana tajam. 

Ariana tersenyum. Yes! Jerat mengena. "Sedar jugak kau ni bangla rupanya!" katanya sambil ketawa. "Tapi kau jawab jugak bila aku panggil kau makcik!" Farish mencebik. 

"Dah dah. Kau makcik, kau bangla. Sampai bila tak sudah. Gaduh cam bebudak." Yana menyampuk dengan tetiba.

Ariana beralih ke arah Yana. "Ikram spy ke?"

"Oh, Ikram? Bukanlah. Kenapa? Yang aku tau, mat bangla yang kau cakap ni, spy." 

Laa, Ikram tak tipu aku rupanya. Ngeklah aku ni tak percayakan dia. Tapi, kejap. Mat bangla ni spy?! 

Farish hanya membuat muka tak bersalah. 

Ariana menjeling ke arahnya dan memukul bahunya dengan benda apetah yang dipegangnya. "Ouch! Untuk apa?!" Farish menggosok gosok bahunya yang dipukul Ariana. "Jadi selama ni kau spy? Masa aku dengan kau. Whoa. Aku ada dengan kau lama, kan? Whoa whoa." Air muka Ariana jelas menunjukkan betapa speechlessnya dia. 

"Kenapa tak cabut je nametag aku?" tanya Ariana. 

Farish dengan tiba-2 terkejut mendengar pertanyaan Ariana. "A--apa? Ahh...erhh..Entah. Tak tahu." Tergagap dia menjawab. 

"Apa lah korang ni. Takkanlah dia nak cabut nametag orang yang dia sayang kot. Agak agaklah." kata Yana selamba. Kata-2 Yana membuatkan semua orang speechless. 

"Gila ke apa kau ni?" marah Farish kepada Yana. "Apa?" Yana pula masih membuat muka selamba badak dia. 

Ikram menepuk bahu Farish dan menunjuk tanda thumbs up. "Aku tak suka dialah! Korang ni dah kenapa? Please, kebudak budakan betullah." Farish menafikan.

Yana hanya ketawa kecil. "You can lie to them, but not me." Yana tersenyum sinis lalu berlalu pergi. 

'Apa kena dengan dia ni? Hati aku rasa tak sedaplah.' fikirnya. 

hahaha ni cuma permulaan je korang. filler banyaklah. tapi saya suka buat. just wait and see hehe

SunshineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang