"Yay minggu sukan! Bolehlah aku kurus sikit." kata Zara dengan gembira. Ariana ketawa manakala Yana memandang Zara dengan pelik. "Ha, eloklah tu. Kau pun dah makin montel sekarang ni." tegur Yana dengan muka serious.
Zara pura pura terkejut. "Sampai hati kau. Last time aku check kau 50 kg. Aku baru 44 kg." Zara mengangkat kening. Yana bersilang tangan. "Excuse you? Aku baru 48 kg okay." balas Yana pula.
"Whatever, kau lagi berat daripada aku." Zara membalas. "Sebab kau pendek 8cm daripada aku." kata Yana sambil menjongket kening.
Zara ketawa. "Actually, 6cm. Aku 157cm. Hee." Zara membuat tanda peace. Yana tepuk tangan dan ketawa hambar, menyindir. "Harharhar. Actually, Masih 8cm. Aku 165cm."
Kata kata Yana akhirnya berjaya bat Zara terdiam.
"Wait wait. Sejak bila korang meninggi ni? Aku sorang je ke yang tak?" Ariana menyampuk tiba tiba. Zara ketawa, kelihatan riak wajahnya yang bangga. "Tapi kau still paling pendek." tegur Ariana. Zara terdiam sekali lagi.
"Ehem. Beratur ikut kumpulan semua! Tolong beri kerjasama. Okay okay, jangan jadi budak tadika." Suara Khadir bergema kuat, membuatkan semua orang memandang ke arahnya.
Dia menunggu sehingga semua orang sudah teratur.
"Okey. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ni minggu sukan. So, kita...um, sukanlah, kan?" katanya sambil menggaru kepala, membuatkan pelajar keliru. Ada yang ketawa mendengar kata katanya itu.
Khadir ketawa. "Haha, sorry speech tak ready. Anyway, straight to the point jelah. First activities, lompat tinggi dan lumba lari 4x100, 4x200. Kita akan buat test sebelum korang bertanding. Nak tengok siapa yang layak dan berbakat. Macam aku." terang Khadir, sempat lagi dia puji diri sendiri. Haih, Khadir Khadir.
"Kau rumah sukan apa?" soal Ariana kepada ahli kumpulannya. "Kitorang biru." jawab Ikram dan Hana. Ariana memandang Farish, menunggu jawapan daripadanya. "Hijau." jawabnya.
Ariana mengangguk, memandang Farish tajam. "Baguslah tu."
Berasa tidak selesa dengan jelingan Ariana, Farish bertanya. "Apahal kau jeling jeling? Tak puas hati dengan aku?"
Ariana menggeleng. "Takda pape. Just watch out." dia menghayunkan penumbuknya ke arah Farish, acah acah nak tumbuk. Farish pula terkejut melihat penumbuk Ariana yang tiba tiba berada seinci dengan muka dia yang suci murni itu. Kahkah.
"Apsal minah tu?" Farish tanya Ikram, sebaik sahaja Ariana terus berlalu pergi. Ikram hanya sekadar mengangkat bahu.
* * * * * * * * * * *
"Zara, Zara..." tegur Ariana. Zara menoleh ke arahnya. "Kau boleh lepas ke?" soal Ariana.
Zara mengangkat kening. "Kau perli aku ke apa ni?" suaranya kelihatan agak terasa dengan pertanyaan Ariana.
Terkejut Ariana dibuatnya. Tapi bila difikirkan semula, dia ketawa. "Sorry..Aku tahu kau pendek dalam group kita, tapi aku serious ni. Kau rasa kau boleh lepas tak lompat tinggi?" dia mengajukan soalannya sekali lagi.
"Entahlah, macam ragu ragu je." balas Zara bersahaja.
Ariana memegang tangan Zara. "Sejuk tak?" Zara membulatkan mata. "Pahal sejuk gila tangan kau ni? Nervous sangat ke?"
Ariana hanya membalas dengan senyuman hambar. Setiap minit terasa berlalu dengan begitu lambat sekali. Ariana tahu walaupun Zara kata dia ragu ragu, sebenarnya dia boleh. Zara sentiasa yakin pada dirinya sendiri.
Ariana? Hm, hampeh. Memang kalau tengok bergaduh dengan Farish, dia nampak berani, yakin dengan diri dia. Tapi sebenarnya dalam bab sukan ni, menggeletar satu badan. Macam duduk di Korea pula.
"Hi." sapa satu suara. Ariana mendongak melihat Ryan, tinggi gila lah nak dikatakan. "Hai Ryan."
"You...done?" soal Ariana, menunjuk ke kawasan lompat tinggi. "Lompat tinggi? Yeah, I'm done." Ryan berkata sambil tersenyum.
Ariana suka bila Ryan ada bersama. Wajahnya sentiasa dihiasi dengan senyuman. Walaupun kadang kadang dia menghadapi kesusahan, senyuman tu seperti wajib baginya. "So, how did it go?"
Soalan Ariana itu hanya dibalas dengan senyuman yang lebar. Cukup lebar untuk Ariana faham maksudnya. "No wonder. You have long legs. You can just do it naturally..." Ariana berkata sambil memandang ke bawah.
Tangannya terasa sejuk kembali. Dia menunggu turn untuk lompat, tapi lambat lagi. Sebab tu nervous tak hilang hilang. "What's wrong?" soal Ryan, wajahnya kelihatan risau.
Ariana menggeleng kepala dan menunjukkan senyuman yang tawar. "Nothing."
Ryan masih memandangnya dengan ekspresi yang sama. Ariana tergelak kecil. "What? You don't believe me?"
Ryan menggeleng kepala, mukanya masih serious. Ariana akhirnya menghembuskan nafas. "I'm just...scared."
Ryan tiba tiba berhenti ketika mereka tengah berjalan. Ariana pusing ke belakang. "What?"
"You know, Ariana. You don't have to be scared. Just don't think of what people might think of you. Do your best, and you will succeed. Even if you don't, just give a reminder to yourself that you've already done the best."
Nasihat Ryan itu berjaya membuatkan Ariana berasa lega. Dan tenang.
Namun setelah gilirannya tiba, terus menggeletar balik. Lemah longlai lututnya terasa.
"Ariana! Cepat!"
Debaran jantungnya semakin laju. Terasa semua mata memerhatikannya. Dia cuba untuk tidak berasa gemuruh. Nasihat Ryan diulang berkali kali dalam kepala.
"Go."
Ariana akhirnya memulakan langkah lariannya. Membuka langkah dan membawa dirinya ke hadapan.
Ariana, kau boleh! Believe in yourself! Dia memberi kata semangat dalam hati.
Tapi macam mana kalau tiba tiba dia tersadung? Terjatuh?
Macam mana kalau benda buruk yang berlaku...?
a/n
sorry for the really short chapter hahaha. ada masa saya update ok. thanks.
![](https://img.wattpad.com/cover/3720565-288-k891866.jpg)
YOU ARE READING
Sunshine
Romantik"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau bangla jugak? Aku cakap dengan bangla tadi." "Oh, please. Siapa jugaklah yang set contact name aku jadi 'sunshine ♡' dalam phone dia, hm?" "...