Ya, aku dah decide. Aku nak lupakan Farish. Walau sesukar mana, aku tetap akan berusaha.
"Ariana!" panggil ibu dari bawah. Aku terus keluar dari bilik dan turun ke bawah.
Ryan berdiri dekat dengan pintu depan, ibu jemput dia masuk ke dalam. Aku sebenarnya agak terkejut dengan kehadiran dia. Dia lah orang kedua paling least aku expect akan muncul dekat rumah aku. The first one is Farish lah hei. Anyway, Ryan dah nak dekat seminggu jugaklah dia tak contact aku. Dia ada masalah ke?
"Yo, lama tak jumpa." aku tegur dia. Dia tersenyum kecil. Lain macam je senyuman dia. Macam tak semangat.
"Awak ada masalah ke?"
Dia memandang aku sambil membuat muka terkejut. "Nampak sangat ke?"
Aku ketawa. Kelakar pulak aku tengok muka dia macam innocent sangat. "Kind of. Mind telling me?"
Ryan menggeleng kepala, sambil tersenyum simpati. "Sorry, private matter."
Aku meletakkan tangan ke dada, kononnya terasa dengan dia. "Hei, sampai hati! I'm your cousin, okay!"
Dia ketawa, tanda dia faham aku bergurau. "Of course you are. It's just.. not the right time to tell you."
Aku angguk. Takkan aku nak paksa dia pulak en kalau dia taknak. Lagipun selama ni dia dah banyak tolong aku, banyak dengar masalah aku. Tapi kan, bila fikir balik..
Aku je yang asyik mengadu masalah dekat dia. Tapi dia tak pernah nak cerita dekat aku masalah dia. Macam nilah, bila aku tanya, dia kata takda apa apa.
Ke aku ni tak layak untuk dengar masalah dia? Dia tak percaya aku ke?
"Don't worry, Ari. Bukan saya taknak bagitahu awak, tapi masalah saya yang satu ni teruk sangat. I'll tell you about my other problems, though. Ready?"
Terus aku menghembus nafas lega mendengar jawapan dia. Aku ingat dia tak percaya aku. "Go ahead." balasku.
"Okay, Farish kata dia sambung study dekat London. He'll start in two weeks." terang Ryan bersahaja. Muka dia nampak relaks, tenang.
Wait, WHAT? FARISH? STUDY? LONDON?
LONDON?
FREAKING LONDON?
FARISH?
"Hello..." Ryan melambai tangan. Aku terus berhenti mengelamun. "Sorry, I think I misheard you. Apa awak cakap tadi?"
"Farish kata —"
"No." aku memotong percakapannya. "You're kidding me, right?"
Dia menggeleng kepala perlahan. "I wish I am. But I'm not."
Aku terdiam. Betul ke.. Farish sambung study London? Aku tak pernah jangka dia akan study jauh sangat. Aku pernah ingat lagi dia kata dia taknak study jauh-jauh sangat, takut nanti dia rindu aku.
Tsk, sakit pulak hati aku bila teringat balik. Nampaknya dia memang betul-betul tak suka aku dah. Dia tak kisah pun pasal aku, kan? Dia memang nak lupakan aku. Mungkin jodoh dia dekat sana..
Stop, Ariana! Stop fikir pasal dia. Kau sendiri kata nak lupakan dia, kan? Ha bagus jugak kan, dia takda dekat Malaysia, senanglah aku nak lupakan dia. Bagus bagus.
Tapi... siapa aku nak bergurau. Memang aku kata bagus, tapi kenapa aku rasa sedih sangat ni?
Ah, takpe. Move on, Ari, move on. Buat tak kisah, lama-lama kau okay. Hope so.
"So.. kenapa Farish study London masalah awak?" soal aku. Pelik jugak bila dia kata nak luahkan masalah dia, tapi dia cakap pasal Farish.
"Sebab, ni masalah awak. Masalah awak, masalah saya jugak. I care for you, Ariana." jawabnya. Pergh, tersentuh jugak aku dengar. Terharu aku ada cousin macam dia ni.
"Thanks, tapi Farish bukan masalah saya lagi dah. Out of my concern." kataku dengan yakin sekali. Kenalah confident, kan?
Dia nampak terkejut dengan jawapan aku. Mungkin dia tak sangka secepat ni aku mengalah. Nak buat macam mana, bukan aku yang decide nak mengalah dalam hubungan kitorang.
"You.. sure?"
Aku mengangguk laju. "Yes, Ryan. Saya dah decide nak lupakan dia. And I'm serious. Will you help me?"
Ryan pandang aku macam aku berkepala tiga. Ish, apa pulak dia ni pandang aku pelik, susah sangat ke nak percaya apa yang aku kata.
Selepas beberapa ketika, baru aku dengar dia bercakap. "Okay then, I'll help you."
Aku tersenyum. "Great."
"Good, will you be my girlfriend?" soalnya dengan kasual sekali.
Senyuman aku terus pudar. Telinga aku dah pekak ke apa? Sejak akhir-akhir ni banyak sangat aku dengar benda pelik-pelik. Kena jumla doktor agaknya. Tak mungkin Ryan kata dia nak aku jadi girlfriend dia tadi. Dahlah muka selamba gila. Dia cakap benda lain kan? Kan?
"I'm not kidding, Ari. I said I'll help you forget him, right?"
"Yeah... tapi takkan semata-mata nak tolong lupakan dia?"
Ryan memandang ke lantai. "About that... there's another problem of mine. I actually like you, Ari."

ANDA SEDANG MEMBACA
Sunshine
Romance"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau bangla jugak? Aku cakap dengan bangla tadi." "Oh, please. Siapa jugaklah yang set contact name aku jadi 'sunshine ♡' dalam phone dia, hm?" "...