bab 54

2.6K 113 4
                                        

Zara berjalan dengan laju dan terus menarik lengan Ariana keluar dari kampus. Ariana memandang sekilas jam di tangan. "Nak pergi mana? Kelas dah nak startlah ngek."

Zara menghentikan langkah dan mengeluarkan phone dia dari poket. Dalam masa sesaat dua dia terus menunjukkan screenshot perbualannya dengan Farhan Ameer.

Ariana mengambil phone Zara dari tangannya dan scroll setiap conversation mereka sehingga ke bubble chat yang last, dihantar oleh Zara. 

Zara: are you serious? 

Farhan: yes, i am. im sorry zara. farhan tahu farhan salah dalam hal ni, tapi ni soal hati dan perasaan. soal ni kita tak boleh kawal

Zara: tak boleh kawal my ass. wow, farhan. wow. cant believe i spent almost two years loving a fucking prick like you. im done with you.

Farhan: so kita dah official break ke ni? 

Zara: bila dah pandai curang tetiba tak pandai baca eh?  DONE. D-O-N-E. dalam erti kata lain, aku taknak ada sebarang kaitan dengan lelaki bangang macam kau ni. 

Farhan: sorry, zara. i will always love you. 

Zara: eh bodoh, dah tak cinta tak payah cakaplah ayat sampah tu bodoh. bodoh tu jangan tayang sangat 

Farhan: sorry zara. bye. 

Zara: go suck a cactus

"He did not! Seriously, apa masalah do lelaki ni?" Ariana memberi semula phone Zara kepadanya. Zara mengangguk laju, dengan muka merah macam nak meletus. Gunung berapi is about to explode. "Oh, girl. he did. He seriously did it." katanya, terselit ketawa hambar yang agak menyeramkan. Nasib sekarang ni matahari tengah memancar terang, kalau tengah malam, dah cabut seribu batu daripada Zara. 

Ariana perasan, masa dia baca conversation diorang tadi. Zara lain sangat. Selama diorang berkawan, Zara tak pernah mencarut, eh satu dua kali pernah lah. Tu pun dalam masa lima tahun berkawan. Telan air liur jugaklah masa baca, tak sangka Zara ada side macam ni. Side Zara yang sarkastik tahap tommo. Ni mesti dia kecewa gila nak mati. Apa jelah yang mamat sakai ni buat? 

"So, kau nak jumpa dia ke apa ni?" 

Zara menggeleng kepalanya. Tatkala itu, wajahnya terpampang seribu satu kekecewaan, sampai dia tak mampu nak kata apa apa. Ariana menepuk bahu Zara dan menariknya keluar dari kampus. "Let's just ditch class for today." 

Tiba-tiba Zara berhenti. Ariana mengangkat kening. 

"Belanja aku baskin robbins," kata Zara dengan muka kosong. Sebenarnya dalam hati dah tersengih. Alang alang dah nampak Ariana kesiankan dia, tagihlah lagi simpati seberapa banyak yang boleh. Apa punya kawanlah Zara ni. 

Ariana sebenarnya pun tak kisah. Sebab apa? Skip class. Perangai sekolah menengah sampai ke universiti terbawak bawak, kata abahnya. Ariana cuma tersengih sambil jawab, 'old habits die hard, abah.' Plus takkan dia nak tinggalkan kawan dia yang tengah heartbroken segala gala broke ni sensorang kan? Karang menggila pulak perangainya yang sepatutnya memang kena pantau pun. 

/ / / / /

"Kau tahu tak ceritanya sebenarnya macam mana?" Zara menyoal. 

Ariana menggeleng kepala. Obviously dia tak tahu dah bendanya baru terjadi tadi. 

"Aku sebenarnya dah suspect lama dah perangai dia lain macam. Bila keluar dengan aku, asyik main phone. Lepastu bila aku tanya dia, jawab sepatah sepatah sambil gelak tengok phone. Macam tengah chatting dengan girlfriend, padahal ni ha girlfriend depan mata kepala tak angkat langsung dari phone. Sejak dari tu memang hati aku asyik tak sedap je," terang Zara. 

"Habis tu kalau kau dah syak, mesti kau dah prepare kan possibilities yang dia.. kau tahulah. Curang. Tapi kenapa aku tengok convo kau dengan dia, macam kau tak expect langsung yang dia curang?" 

Zara mengeluh. "Taklah, sebab aku bengang. Sampai ke akhirnya pun dia baik dengan aku. Walaupun dia tak berapa layan aku masa dating, benda lain tu banyak jugaklah dia ambik perhatian. Belanja minum, beli hadiah. Half perfect gentleman gitu ah. Attitude dia yang terlebih baik masa dia nak bagitahu aku yang dia kononnya tersuka orang lain tu buat aku menyampah. Sampai ke sudah nak baik padahal aku dah mencarut bagai semua dekat dia. Nampak macam aku pulak the bad guy." 

Setelah panjang berjela Ariana mendengar keluhan Zara, mereka berjalan di sekitar mall. Tengah tengah duduk sibuk membebel, Zara tiba-tiba berhenti. 

Ariana memandangnya pelik. "Hoi, kau pahal?" 

Zara meletakkan jari telunjuknya di bibir, tanda suruh Ariana kunci mulut. Dia memerhatikan tempat yang Zara khusyuk pandang, dan matanya terpandang Farhan. 

Terkelip kelip mata dia tengok, macam tak percaya. Farhan dengan perempuan lain. Tengok muka Zara yang tenang macam ombak, lagi seram dibuatnya. Lagi seram bila dia baru sedar yang diorang datang ke sini bukan semata mata sebab Baskin Robbins. 

"Ni ke sebabnya kau nak datang sini?" 

Zara hanya membalas dengan anggukan kecil. Matanya tajam memerhatikan pasangan tu. Farhan tu pun alahai kenapalah dia boleh tersenyum tergelak ketawa bagai depan Zara ni hoi, kau ni tempah maut lah. 

"Hei, kau- kau bukan nak sergah dia ke apa kan?" soal Ariana yang sudah mula kecut perut. Zara mencebik. "Of course lah aku datang nak main dekat arcade, main layang layang dekat park dengan kau." 

Ariana memandangnya blank. 

Zara menjulingkan matanya ke atas. "Obviously lah aku datang nak attack dia ngek. Habis tu buat apa aku dekat sini membazir masa tak pergi kelas?" 

Ariana memandang lantai, satu perbuatan yang membantu dia berfikir lebih dalam. Jawapan Zara tu mengikut logik betul, tapi ikut logik berdasarkan Zara tak betul sebab Zara pun dua kali lima tiga kali sepuluh dengan perangainya, suka skip kelas. Takkan dia rasa membazir masa kot--

Tiba-tiba Zara mengetuk kepalanya. "Kau ni ngek sangat kenapa? Aku still ada maruah lagi okay. Tak kuasa aku attack macam perempuan gila depan dia. Jatuhkan imej Zara yang ayu mayu layu ni je, k. Heh, buang masa aku jelah." 

"Habistu kau nak buat apa ni?" 

Zara menyedut air minumannya sambil mengangkat bahu. "Aku nak tengok betul ke hati dia dah suka orang lain. Betul ke aku ni dah takda dalam hati dia."

SunshineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang