"Ariana?"
"A-abah?"
Encik Adam memandangnya dengan reaksi terkejut. Reaksi mereka bagaikan pantulan cermin, sama sama terkejut.
Ariana jarang keluar berjalan dengan ayahnya ke mall, tambah pulak dengan Farish yang tengah terdiam kaku disebelahnya. Ah, sudah. Habis rosak imej Farish di mata abahnya.
"Abah buat apa dekat sini? Bukan ada kerja ke?" soal Ariana.
Encik Adam mengangguk. "Yes, abah ada kerja. Buat meeting dekat sini," kemudian matanya beralih kepada Farish. "Is this Farish?"
"Ya, saya Farish, pakcik." Farish terus bersalaman dengannya. Ariana memerhatikan wajah abahnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Ini lagi merisaukan Ariana.
"Speak in English." tiba-tiba Encik Adam berkata. "Pardon?" automatik Farish berkata. Farish yang mendengar slang American Encik Adam yang masih pekat, terus bertukar bahasa seperti gaya dia bercakap dengan kawan kawan di London.
"I heard you're studying abroad. You need to be good at speaking, not just writing." abahnya sempat lagi menjeling Ariana. Sempat lagi abahnya perli dia. Ariana tahu, walaupun dia half American, slang American dia teramatlah terhad. Nasib baiklah dalam penulisan dia agak bagus.
"Yes, sir. Right now I'm taking Biomedical Engineering at Imperial College." Since Farish dah duduk London hampir setahun setengah, gayanya bercakap bahasa Inggeris semakin fasih dan ada sedikit slang british. British kot! Cair Ariana mendengar. Dia perasan juga masa dia bercakap dengan Farish tadi, Farish banyak kali berbahasa inggeris.
"Oh, so are you on your own or did you get a scholarship?" soal En Adam lagi. Sebelum sempat Farish membalas soalannya, Encik Adam berkata kepada Ariana. "I'm going to talk to him for a moment. You don't mind right, Farish?"
Farish laju mengangguk. Sebenarnya dalam hati dah menjerit minta tolong. Bawak anak dara orang yang belum kahwin lagi, dahlah abahnya tahu pasal breakup diorang, apa buruk sangatlah imej yang kau bawak ni Farish?
"Ari nak ikut boleh?"
Encik Adam menggeleng kepala. "You... just go shopping somewhere else lah. I have a lot to talk about with him. How else am I going to get to know my future son in law, right?" jawabnya.
Smooth, abah, smooth. Ariana tahu abah sengaja cakap future son in law tu tapi hatinya kembang kuncup jugak mendengar.
"Okay, abah. Jangan kasar sangat tau dengan dia, hehe." sengaja Ariana pesan begitu. Bagi kecut sikit Farish dengar. Dia menunjukkan tanda good luck kepadanya dan berlalu pergi. Farish dah teguk air liur dah.
Sementara menunggu Encik Adam dan Farish, Ariana masuk ke kedai teddy bear tadi dan memerhatikan penguin tadi. Nah, Farish tak sesuai jadi penguin.
Kemudian dia beralih ke patung lain pula. Ariana ketawa kecil apabila melihat patung monyet kecil. Yang sebenarnya nampak agak cute.
Yang ni baru Farish.
/ / / /
Keesokan harinya, di campus.
Sebaik sahaja ternampak batang hidung Ariana, terus Zara berlari lalu menumbuk kasar lengannya. "Kau pahal ponteng semalam!"
Tumbukan Zara pun sebenarnya boleh tahan, tapi Yana still menanglah. Masih Ariana teringat zaman sekolah menengah, masa dia tertidur tatkala mendengar sepatah dua kata dari pengetua, lalu Yana terus memberi cubitan padu yang menyebabkannya mengeluarkan jeritan kecil. Dan dia juga masih teringat kesan cubitan yang berbekas di pehanya itu.
"Aku kan dah bagitahu kau semalam? Tak baca whatsApp ke?"
Zara mencebik. "Memanglah aku baca. Masa aku tengah tunggu kau dekat kafe ni ha." sindirnya.
Ariana tersengih lalu meletakkan lengannya di bahu Zara. "Alah, aku kan dah ada sekarang. Yang lepas biarlah lepas. Hidup ni kita kena move forward, jangan toleh belakang lagi dah. Macam mana nak berjaya kalau tak move on dari kesilapan lalu, kan? Kesimpulannya, lupakan jelah ketidakhadiranku semalam. Yay!" dengan tak semena mena diberi motivasi pagi kepada Zara.
Zara sudah membuat muka bosan. Macam tak selalu dengar Ariana selalu memberi kata kata positif setiap kali dia ingin memarahinya. Dahlah kata positif yang takda kena mengena langsung pulak tu.
"What? Pagi pagi dah tak semangat ke Zara?" Ryan tiba tiba muncul di sisi mereka.
"Tak, aku tengah cakap pasal si budak ni ponteng semalam!"
"Lah yeke," kemudian dia beralih kepada Ariana. "Haah, penat kitorang tunggu semalam tahu tak?"
Ariana terdiam. Ah sudah, dua lawan satu. Motivasi apa lagi aku nak bagi ni?
Satu perkara tiba tiba muncul dikepalanya. "Semalam aku ponteng, aku jumpa Farish."
"Kau jumpa dia? Lepastu? Apa jadi? Korang dah berbaik kan?" bertubi tubi soalan Zara dikenakan padanya. Mata Zara sudah bersinar sinar ingin tahu berita pasal Fariana.
"Dia kata.. pasal kau dengan Yana." Ariana mengangkat kening sambil tersenyum senget. Zara sudah dapat cam ekspresi tu.
Cepat cepat dia mengeluarkan phone. "Oh hahaha, Farhan kata nak jumpa akulah. Hahaha bye!" lalu berdesup dia lari daripada mereka berdua.
Ariana ketawa melihat pergerakan Zara yang tergopoh gapah melarikan diri. Ryan pula terpinga pinga, sebab tak tahu apa apa.
"What? Why did she run away?" soal Ryan.
"Nope, it's nothing." Ariana malas nak bercerita panjang lebar. Sebab dia penat ketawa.
"Oh, did you really meet him? Farish?"
Ariana mengangguk. "Yep."
"How are things going on with him? You guys are okay now?" suara Ryan terselit rasa concern.
Sekali lagi dia mengangguk. "We're good. Dia kata dia nak propose saya nanti."
"Oh."
Alamak.
Tiba tiba Ariana menyesal. Dia terlupa pulak pasal Ryan dengan dia dulu. Kan dah jadi awkward. Ryan pun dah terdiam tak tahu nak kata apa.
"I'm still not moving on." Ryan memecahkan kesunyian 3 minit tadi. Hei, 3 minit lama tahu.
"Apa?" terkejut Ariana mendengar. Ryan serta merta menggeleng kepala. "Nope, nothing."
Ariana mengangkat kening. "You know i heard you. I'm just not sure if I heard it wrong or right."
"Right, of course you did. I'm sorry, I'm still in the process but I promise you, I am trying." dia mengangkat tangannya tanda sumpah.
"I'm sorry." buat kali yang ke seratus Ariana berasa bersalah. Sebab at some point, dia dah bagi harapan palsu dekat Ryan.
"Stop saying that. It's not anyone's fault, alright? But hear me out, Ariana. Even if it was just for a short time, you accepted me. I was grateful for that short moment of happiness. Thank you for that."
Ugh, lagi sekali dia buat ayat sedih. Mana taknya Ariana tak rasa bersalah?
"Okay, seriously. You made it sound like you're not going to move on."
Ryan mengangkat bahu. "I may not."
"Tapi awak kata still in the process..?"
Lagi sekali Ryan mengulang. "I said I may not."
"Okay, whatever. That's not my point. Ryan, someday, awak akan jumpa orang lain. Someone far better than me. Someone who makes you happy even when you only see them. Someone who deserves you better. Trust me on that."
"Yelah yelah. Nak sangat saya move on kan." saja Ryan bergurau.
"No, bukan macam tu-"
"I know I know. Time heals, Ariana. Time heals."
ANDA SEDANG MEMBACA
Sunshine
Romance"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau bangla jugak? Aku cakap dengan bangla tadi." "Oh, please. Siapa jugaklah yang set contact name aku jadi 'sunshine ♡' dalam phone dia, hm?" "...
