BAB 61

32.3K 2.4K 187
                                    

Zoey menguap sambil sebelah tangan memegang leher. Dia pandang sekeliling, ada beberapa orang tentera sedang berborak, ada juga sedang menikmati kopi mereka dengan senyuman menikmati pemandangan pagi Timur Feyre. Hari itu hari terakhir mereka disitu sebelum esok pagi mereka harus pulang ke kem Gavriel.

Zoey tolak pintu rumah Syira sebelum dia memandamg beberapa juadah kelihatan enak terhidang di atas meja. Yang anehnya makanan itu jarang sekali dimasak Syira. Dia sudah lama bersama Syira, dia tahu Syira biasanya akan masakan juadah yang kesemuannya dia boleh hafal dan tahu bentuknya. Tapi kali ini berbeza.

"Syira aku lapar.." Zoey garu perut sebelum melangkah ke dapur.

"Oi Syira!"

"Ergh!" Tersentak Rose disapa mengejut tanpa salam hampir dia memotong tangannya sendiri.

"Aduh.." Rose pandang jarinya yang sudah berdarah. Bawang yang dia kupas untuk makan siang turut terkena darahnya.

"Kau siapa? Syira mana?" Dingin suara Zoey menegur sambil memandang darah di jari gadis itu.

"Syira pergi rumah Maria untuk periksa baby dan Maria." Rose cepat-cepat ke sinki membasuh lukanya. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

"Kau buat apa kat sini?" Zoey bersandar pada dinding memandang gadis itu membasuh lukanya. Sungguh dia tidak berminat mahu menolong ataupun merasa kasihan.

"Saya tolong masak untuk harini. Lyra sibuk dengan anak dia dan Syira sibuk uruskan Maria." Balas Rose tanpa memandang wajah itu.

"Tahu dekat mana Syira letak first aid?" Soal Rose sebaik siap membasuh lukanya dan berpaling memandang lelaki itu.

"Entah. Luka sikit pun nak first aid. Kau tentera ke?" Perli Zoey buat Rose menjenggil mata memandang lelaki itu.

Rose merengus lantas menarik tangan lelaki itu .
"Kau nak buat.." belum sempat Zoey bertanya dia melihat setitis darah Rose jatuh di atas tapak tangannya.

"Tuan tak kisah ke darah saya masuk dalam makanan Tuan?"Perli Rose kembali dia tidak tahu mahu memanggil lelaki itu apa. Yang dia tahu pangkat lelaki itu sama dengan Noah. Zoey tarik tangannya sebelum dia memandang jelik darah terkena di atas tapak tangannya.

Tak lama dia beredar dan kembali bersama first aid lalu dihulur pada gadis itu. Rose tidak mengucap apa-apa mencapai sebelum berlalu keluar dari dapur itu.

Bunyi daun pintu dikuak buat Rose dan Zoey serentak berpaling memandang Rowen dan Jett dimuka pintu. Keduanya kelihatan terkebil-kebil memandang Rose dan Zeoy berdua didalam rumah itu.

"Jangan salah faham aku cari Syira sebab aku lapar." Zoey terlebih dahulu membetulkan tanggapan.

"Sudah tersalah faham." Jett sengih buat Zoey menyipi mata.

"Makanlah, sarapan dah lama siap nanti sejuk." Ujar Rose sambil membalut tangannya.

"Tangan kau kenapa?" Soal Rowen

"Terpotong." Tenang Rose membalas.

"Rose! Sorry lambat sampai. Anak aku ni meragam pagi-pagi tadi." Lyra muncul dimuka pintu bersama Ryan. Ryan mungkin meragam kerana tiada papanya. Rowen terpaksa bertugas malam tadi sehingga pagi ini bersama Jett.

"Tak apa Lyra. Aku dah siap masak. Ryan dah okay ke?" Soal Rose memandang wajah cemberut Ryan dalam dukungan Lyra.

"Bagi saya." Rowen hulur tangan kepada Ryan.

GAVRIELWhere stories live. Discover now